Tips Legakan Pedih Ulu Hati

Rodiah Amir
Assalamualaikum, Well Esok masuk minggu ke 34 mengandung. Kali ni mengandung anak ke tiga memang penat lain maciam sangat. 

Disebabkan faktor umur yang semakin bertambah dan juga nak kena handle anak lagi dua orang tu memang mencabar jiwa dan raga mak. 

Nak duduk berehat memang tak dapat la. Tapi mak gigihkan diri juga memasak, suap makan anak-anak dan kemas rumah apa yang mampu. 

Pada usia  kandungan mencecah 34 minggu, aku di uji dengan kesihatan bayi. Dimasukkan ke wad dan terima suntikan matangkan paru-paru bayi. 

Tips Legakan Pedih Ulu Hati

Masih lagi datang bekerja tapi memang dah apply cuti selang-selang sebab kena habiskan cuti tahun ni.  Aku tak tahu ibu mengandung lain, tapi di saat ini aku masih lagi sengsara dengan heart burn. 

Ala-ala gastric dan angin memang banyak gile dalam badan. Asyik la sedawa tapi tak selesa tetap ada. Bila dah macam ni mula la asyik nak muntah. 

 Walaupun dah masuk kandungan bulan ke lapan tapi aku masih alami pedih ulu hati. Seksa weh. Dugaan. 



Cara Legakan Pedih Ulu Hati Semasa Mengandung


Apa aku selalu buat bila kena macam ni ialah: 

1. Minum Eno - Memang aku selalu standby Eno kalau perut mula tak selesa. Minum sepeket lepas tu sedawa in sha Allah membantu. 

2. Kunyah Chewing Gum - Ini memang dari dulu aku buat. Kena beli yang ada mint and less sugar. kalau tak ada mint rasa loya pulak. Kunyah jangan sampai setengah jam. agak-agak hilang loya and sedawa stopla. 

3. Minum air batu - Minum air yang sejuk. Bukan suhu bilik tapi air yang diletak dalam fridge. Minum sedikit-sedikit tapi kerap. 

4. Paksa diri muntah - bila muntah angin sekali akan keluar baru lega isi perut. 

5. Berjalan - Bangun dan berjalan ambil angin. Biar otak tenang. 

6. Sapu minyak angin - kalau dah start tak sedap perut tu aku akan letak minyak dekat belakang telinga, atas bahu, betis, dada, dan hidung. 

7. Mengandung sebelum tu aku ada amalkan juga minum pati delima jenama Gulsan. Tapi masa dia ya ampun boleh tahan ya. 

Bila mengadu pada suami, dia kata ni pengorbanan jadi seorang ibu. Maka redhakanlah supaya mendapat ganjaran di sisinya. In sha Allah. 

Selamat mencuba untuk siapa yang senasib dengan aku. Jangan lupa ambil supplement ibu mengandung yang perlu untuk topup segala nutrien kita yang hilang. 

Tags