4 Punca Anak Meracau Sewaktu Tidur Dan Cara Atasinya

Rodiah Amir
3

4 Punca Anak Meracau Sewaktu Tidur Dan Cara Atasinya 

Assalamualaikum. Pernah tak alami keadaan tiba-tiba je anak yang sedang tidur terbangun menjerit-jerit meracau sambil mata terpejam rapat. Pertama kali Diah berhadapan situasi anak meracau ni memang terkejut juga tapi lama kelamaan Diah semakin biasa dan mula mencari punca kenapa anak meracau sewaktu tidur. Kadang-kadang rasa geram pun dan hilang sabar sebab badan penat tapi lama kelamaan jadi satu kebimbangan pula. 

Anak meracau sewaktu tidur dan menangis sewaktu tidur berlaku kepada anak kedua Diah. Dia baru je berusia dua tahun. Jarak setahun dengan adik dia. Kadang-kadang dalam satu malam dengar la dua sehingga tiga kali dia meracau. Tak lama tempoh dia meracau, dalam seminit dua tapi cukuplah terganggu waktu tidur dia. 

Cara Atasi Anak Meracau

Punca Anak Meracau Sewaktu Tidur



Kalau ikut pembacaan Diah melalui perkongsian ibu-ibu lain, senarai kat bawah adalah antara punca utama anak sering meracau sewaktu tidur. Diah juga kongsi berdasarkan pengalaman anak sendiri terutama poin nombor tiga dan empat tu. 

#1 Badan Terlalu penat 

Bila badan terlalu penat semakin mudah anak meracau di malam hari. Emosi anak-anak akan jadi tidak stabil dan mudah terganggu. Badan penat disebabkan terlalu banyak bermain dan melakukan aktiviti di waktu siang. 

#2 Kurang Rehat Dan Tak Cukup Tidur

Faktor bermain sepanjang hari dan rutin tidur yang terganggu menyebabkan anak tidak mendapat rehat secukupnya. Bila dah tak cukup mula la anak akan buat perangai. Pakar kanak-kanak juga pernah kongsikan yang proses pembesaran berlaku ketika anak-anak sedang tidur. Masa itu lah otaknya berkembang aktif. Itu sebabnya penting untuk anak-anak mendapatkan waktu tidur yang berkualiti.  

#3 Perasaan Terpendam

Diah perasan yang sejak adik dia lahir, anak kedua banyak juga memendam rasa. Banyak situasi yang mana dia terpaksa mengalah bila adik dia memerlukan perhatian yang lebih. Selalu dia menjerit untuk tagih perhatian Diah. Kadang-kadang rasa sedih dan bersalah sangat dekat dia, tapi kuatkan diri yang aturan dan rezeki Allah tak pernah salah. Cuma Diah kena pandai mainkan peranan. Masih lagu belajar. 

#4 Rasa Terbiar Dan Tak Disayangi

Bila dah ada orang baru dalam keluarga, secara automatik tumpuan akan beralih kepada orang baru. Dalam sedar atau tidak, anak akan rasa terbiar dan rasa tak disayangi. Bahaya sangat-sangat kalau ibu bapa gagal kesan perubahan anak-anak. 


4 Cara Atasi Anak Meracau Ketika Tidur


Setiap permasalahan pasti ada penyelesaian. Paling penting tak boleh mudah berputus asa. Konsep ni sesuai untuk peringkat umur tak kisah korang adalah ibu bapa atau pun individu. Bagi Diah, menjadi ibu bapa merupakan satu proses pembelajaran setiap saat dalam kehidupan. Detik yang berharga dan pengalaman paling mahal ibu bapa akan dapat. Segala jerit perih akan dirasai sekali seumur hidup. Perasaan, kenangan, kesusahan, kemanisan yang tak dapat diundur dan di ulang semula. Jadi jom jadi ibu bapa terbaik untuk anak-anak kita. 

#1 Kawal Aktviti Anak

Rancang aktiviti harian anak-anak. Lebih mudah kalau kita buat jadual dan tetapkan waktu tidur anak. Bila kita biasakan ikut jadual yang kita buat lama kelamaan anak akan terbiasa dan aktiviti dengan anak-anak akan jadi mudah. Perkara penting adalah berdisiplin. 

#2 Jangan Biar Anak Tertekan Dan Rasa Terbiar

Ibu bapa yang mempunyai anak yang jarak umur yang dekat dan ibu bapa yang sibuk dengan kerja juga kena sentiasa prihatin dengan masalah emosi anak-anak. kadang-kadang kita tak sengaja, kita terlalu sibuk dengan diri sendiri sehingga lupa keperluan anak. 

#3 Pasang Alunan Ayat Suci Al Quran

Terapi paling mujarab untuk Diah setakat ni ialah sentiasa pasang alunan ayat suci AlQuran. Diah memang beli radio Quran tu. Sangat-sangat membantu. bukan setakat anak je yang tenang, dengan mak bapak sekali tenang in sha Allah. 

#4 Kurangkan Makanan Tidak Berkhasiat

Diah pernah dulu kalau anak terlebih makan makanan ringan memang dia cepat je marah-marah, sentiasa aktif dan memang payah nak dengar kata. Jadi, Diah akan kawal seminoma mungkin dan beri bila dia betul-betul teringin je.

Kesimpulan

Jika anak korang terlalu kronik masalah meracau ketika tidur, dan korang gagal untuk atasi masalah tersebut sila lah bawa anak untuk berjumpa doktor dan dapatkan nasihat yang sepatutnya. Kita cegah sebelum parah. Dalam masa yang sama korang boleh pantau dan kawal aktiviti anak-anak.  

Apa yang Diah kongsikan hanyalah berdasarkan pembacaan serta pengalaman peribadi Diah dalam mendidik anak-anak. Mana-mana perkara yang elok dan tidak membawa mudarat boleh la di ambil dan dijadikan rujukan. Dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan rawatan selanjutnya. 

Tags

Catat Ulasan

3Ulasan

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.

  1. Oo..gud info. Yang kita tau 1 je. Main banyak sangat hehe

    BalasPadam
  2. Anak sha pula akan meracau bila terlalu seronok..

    BalasPadam
  3. thanx untuk ilmu nya.. hee~ anak2 atie selalu dak mengigau.. tapi penat sangat kot..

    BalasPadam
Catat Ulasan