Parenting: Tip Bawa Anak Ke Majlis

Rodiah Amir
6

Parenting: Tip Bawa Anak Ke Majlis  


Selalu sangat baca keluh kesah ibu muda yang risau nak bawa anak kecil ke majlis kawan-kawan mahupun saudara mara. Risau tak dapat kawal anak dan merosakan majlis orang sebenarnya.

Aku pun tak terkecuali dan pernah merasa takut nak ke majlis orang walaupun anak aku tak la teruk mana perangai. Aku sanggup tak pergi dari rosakan mood.  

Dulu masa aku anak satu, masih berani nak bawa ke majlis yang ramai orang, tapi bila masuk anak ke dua aku jadi penakut. Ye lah selain tak cukup tangan dan belum penuh ilmu di dada memang tak berani amik risiko.

Kadang-kadang bila fikir semula rasa kelakar pun ada. Kami sanggup tak hadiri jemputan risau anak-anak buat perangai.

Bila fikir semula alangkah ruginya aku lepaskan peluang kami sebagai ibubapa nak tambah pengalaman dan juga peluang untuk anak-anak nak kenal dunia luar.




Silapnya satu, kami sebagai ibubapa tak penuhkan ilmu keibubapaan. Baru sekarang rajin nak membaca buku psikologi ibu bapa, baca buku tentang anak-anak. Tak apalah, kata orang biar lambat jangan langsung tak buat kan?

Aku nak kongsikan tip yang aku dapat melalui pembacaan dan juga pengalaman aku sendiri melalui saat getir dan juga persediaan sebelum bawa anak ke majlis. Tip ni juga terguna pakai bila anak berada dalam kereta dalam waktu yang lama contohnya perjalanan balik ke kampung.


Tip Mudah Bawa Anak Ke Majlis 


#1 Alas Perut Anak Sebelum Keluar Rumah

Dah jadi kebiasaan kalau dapat undangan rumah terbuka buat apa nak makan dekat rumah kan? Makan je lah dekat rumah orang. Sebenarnya cara ini kurang tepat. Anak-anak akan mula buat perangai bila perut kosong. Kalau sesat nak ke lokasi majlis dah jadi satu hal.

Nak kurangkan masalah semasa dalam perjalanan dan bila berada di dalam majlis pastikan alas perut anak dahulu. Cukup dengan buah-buahan sebab ianya tak menggangu selera makan.

#2 Sentiasa Pastikan Bawa Bekal Air Kosong

Limitkan pengambilan air bergula terutama air gas. Gula tu kan pencetus tenaga. Bila lebih gula lebih tenaga makin payah nak kawal anak-anak. Selalu aku kalau tertekan atau kering idea aku akan minum air banyak-banyak supaya aura negatif tu mengalir keluar.

#3 Sediakan Aktiviti Dalam Kereta

Aktiviti paling mudah ialah bawak buku mewarna atau komik. Untuk anak aku paling kecil biasanya aku bawa mainan dia yang paling kecil senang dia nak pegang. Agak-agak dah separuh perjalanan, beri mereka buat aktiviti tadi.

#4 Adap Makan

Ajar anak supaya menghormati rezeki. Ambil makanan secukupnya dan elak pembaziran. Tuan rumah mesti stress bila kemas pinggan mangkuk nampak ketulan ayam dan daging terbuang begitu sahaja. Kalau kena dekat diri sendiri mesti sedih kan?

#5 Datang Kerana Menghormati Jemputan Tuan Rumah

Jangan berlama-lama dalam sesuatu majlis. Kena faham yang anak-anak kecil ni cepat bosan. Dapat tunjuk muka dan bersalam salaman dengan tuan rumah dah cukup baik. Tuan rumah faham dan gembira sebab boleh layan tetamu lain pula.

#6 Bawa Pakaian Spare

Sentiasa amalkan bawa baju spare bila keluar rumah. Memang tak terjangka perkara malang kan? Selalu aku kena, bila bawa baju spare anak aku behave je. Tapi bila aku terlupa bawa, waktu tu la dia akan comotkan baju dia.

Semulajadi sangat. Para ibu pun kena bawa baju spare. Selalu ibu la akan jadi mangsa. Anak muntah dalam kereta contohnya.

#7 Sentiasa Amalkan Pemikiran Positif

Perkara paling penting sebenarnya adalah sikap ibubapa sendiri. Sentiasa amalkan pemikiran positif, terbuka untuk belajar benda baru, dan percaya setiap perkara sentiasa ada saat kali pertama. Bukan mudah, tapi tak la terlalu payah kan?

Tujuh tip dekat atas ni aku sentiasa ualang pakai sampai anak aku dah masuk tiga orang. Aku buat semua persediaan dekat atas walaupun hanya keluar ke pasar. Pengurusan tu penting ok.

Aku akan rasa sakit hati bila keluar rumah dan porak peranda semasa perjalanan lepas tu terlupa beli barang-barang bila dah sampai rumah.

Apa pun setiap orang ada cara masing-masing. Harapnya perkongsian Tip Bawa Anak Ke Majlis ni berguna dan menambah bakul pahala aku.

Salam sayang dari aku, mama anak tiga.

Tags

Catat Ulasan

6Ulasan

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.

  1. great sharing sis
    bole bookmark utk d praktikan bila sy sudah bekeluarga nanti :)

    BalasPadam
  2. bagus jugak tips ni, bab lama dekat rumah orang tu macam sesuai bukan untuk parents je tapi yang bujang

    BalasPadam
  3. Setuju sangat dgn tips tu.. Lebih2 lagi bab alas perut tu..

    Red Linda https://anakperak.com

    BalasPadam
  4. menarik tips ni, anak sedara pun leh praktik

    BalasPadam
Catat Ulasan