Resepi Pancake Gebu Kurang Manis Mudah

Rodiah Amir
5
Kalau korang dah bosan makan pancake yang biasa-biasa, dan teringan nak makan pancake gebu dan kurang manis korang patut cuba resepi pancake gebu kurang manis olahan aku sendiri.

Sebelum ni aku kalau nak makan pancake aku sanggup beli tepung pancake instant tu. Tapi manis dia memang tahap potong kaki. Puas aku adjust masih lagi manis.

Kemain kan makan pancake, kalau mak aku kat kampung dia panggil lempeng je lol. Tapi beza nya pancake ni tebal dan lembut.

Resepi Pancake Gebu Kurang Manis Mudah 

Kalau lempeng tu dia sedikit nipis dan kenyal. Lebih sedap makan cicah kari. Pancake pulak sedap makan dengan syrup dan buah-buah.


Sesekali nak feeling orang putih boleh la buat sarapan pancake. Jom tengok resepi mudah nak buat pancake gebu kurang manis.

Resepi Pancake Gebu Kurang Manis

Nak buat Pancake gebu kurang Manis ni senang je, yang utama korang kena ada mixer. Kalau tak memang lenguh la nak pukul telur.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah seperti berikut:

1 biji telur gred A / B
2 sudu kecil gula
1 ½ cawan tepung kek
1 sudu kecil esen vanilla
2 sudu kecil butter yang dicairkan
Sedikit garam
1 ½ cawan air (masukkan sedikit demi sedikit ikut keperluan)


Cara -cara membuat Pancake Gebu Kurang Manis.

  1. Asingkan telur putih dan pukul bersama gula sehingga menjadi tanduk.
  2. Dalam bekas lain satukan tepung, esen vanilla, butter yang dicairkan, kuning telur, garam dan air. Kacau sehingga semuanya sebati.
  3. Masukan sedikit demi sedikit telur putih yang telah dipukul tadi ke dalam bancuhan tepung tadi.
  4. Kacau rata dan masak di atas kuali non-stick.
  5. Siap dihidang dan sangat sedap dimakan ketika masih panas.

Aku suka hidangkan pancake dengan jem, madu, dan buah-buahan untuk makan pagi masa hari minggu. Setakat ni pancake berjaya buat perut kenyang sampai makan tengahari.

Selamat mencuba.

Tags

Catat Ulasan

5Ulasan

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.

  1. kalau teringin nak makan pancake boleh try resepi ni..hehe

    BalasPadam
  2. klu u buat kat i xprlu manis..tgk muka u pun dah rasa manis..hihi

    BalasPadam
  3. terima kasih atas perkongsian. boleh suruh kawan buat ni hehe

    BalasPadam
  4. boleh try buat pancake pulak nanti hihihi

    BalasPadam
  5. Mrs. A pun kalau buat pancake selalu guna tepung pancake yang instant tu.
    Tapi tengok resepi ni macam lebih menarik pulak kejadianya.

    BalasPadam
Catat Ulasan