Beli Tempe Mentah Di Tiktok

Review Pengalaman Pertama Order Tempe Online

Akhirnya sejarah peribadi tercatat, aku beli barang dapur paling ‘rare’ di TikTok. Aku dah pernah beli makanan segera, bahan mentah masakan dan kali ni aku beli tempe. Ye weh aku beli tempe mentah, aku sendiri tak pernah terfikir akan terjebak.

Inilah akibatnya kalau asyik scroll TikTok. Aku tak sengaja masuk ‘Live’ penjual tempe. Tak sangka tempe mentah pun orang jual. Mudahnya sekarang semua benda boleh beli online je. Waktu dalam live tu, seller tu tunjuk tempe mentah yang masih fresh, siap balut elok.

Dia tunjuk tempe yang belum jadi tempe. Ha faham tak? Kiranya tempe fresh yang masih belum ada warna putih-putih tu. Masih dalam bentuk kekacang soya dan tak melekat di antara satu sama lain. Oh ya sebelum ni aku pernah beli Kek Tapak Kuda Ustaz ya. 

 

beli-tempe-mentah


Beli Tempe Mentah Di Tiktok

Aku memang jenis suka makan tempe goreng. Makan goreng kunyit pon sedap. Kalau rajin buat sambal tempe. Alang-alang teruja memang terus aku checkout sebab dapat free shipping. Memang mudah dan jimat.

Tempeh merupakan hidangan yang kaya dengan nilai gizi dan merupakan makanan sumber protein tinggi yang dibuat daripada kacang soya yang difermentasikan dengan ragi. Ia kaya dengan mineral seperti magnesium, fosfor, kalium, vitamin A, vitamin B6, kalsium, dan zat besi.

 

tempe-mentah

Hantar Sampai Depan Pintu

Sebelum ni aku terpaksa tunggu hari Sabtu sebab selalu beli dekat Pasar Tani. Tempe dekat pasar dia balut dengan daun pisang dan confirm fresh. Aku trauma beli dekat pasaraya sebab pernah dapat tempe cepat busuk.

Sekarang tak payah susah-susah sebab tunggu je parcel sampai depan pintu. Yang best, penghantaran tak lama pun. Bila parcel sampai, aku agak berdebar juga membayangkan keadaan tempe.

Tapi Alhamdulillah. Syukur, packaging dia kemas. Tempe masih elok, tak busuk. Bau dia pun masih fresh. Memenuhi tanggapan aku dan semestinya boleh repeat beli lagi lepas ni.  

 

Beli Di Pojie’s Tempe

Aku beli tempe mentah jenama Pojie. Produk ni adalah produk Bumiputera dan dijamin Halal. Dah lama wujud dan aku je baru tahu kewujudan mereka. Ada kilang sendiri. Bangga weh, pemilik dia mula masa umur 24 tahun. Baca lebih tentang Tempe Pojie 

Dalam parcel dia siap selit manual langkah perlu dibuat selepas terima parcel. Ada panduan dan tips yang dia kongsikan supaya elok tempe terbentuk. Masa korang terima, tempe tu dalam bentuk kacang soya yang belum melekat antara satu sama lain tau.

Kena biarkan tempe tu beberapa hari, tunggu dia proses sendiri. lepas tu baru boleh makan. Tak susah pun. Dah siap boleh simpan dalam fridge.

Korang yang nak cuba boleh beli guna link di bawah ni:

TikTok – klik sini

Shopee – sini pon okay

 

Kewujudan Digital Footprint

Pernah dengar kan tentang digital footprint dan statement ini, “what you post on internet, It’s there forever”. Tak sangka at this age finally benda tu berlaku juga. Ya kenyataan tu membayangi aku sejak dua menjak ni after one accident yang tak sengaja cross my routine.

Lagi sadis perkara yang jadi tu melibatkan anak aku. Dia okay je tapi aku yang rasa kurang selesa. Aku kan banyak buat sharing pasal Ikhwan dan kebanyakan konten aku bersama Ikhwan. Jadi bila rakan sebaya google or chatgpt nama dia keluar lah semua.

Imagine kalau aku buat konten / posting di Facebook, Instagram atau blog dan merentan benda yang bukan-bukan. Oh mai mesti memalukan.

As background, selain menulis dekat blog aku pernah aktif buat posting di media sosial, buat review produk dan attend event untukrand launching yada yada. In short aku masuk dunia marketing. Zoom sikit lagi aku buat brand awareness. Nak gelarkan diri influencer jauh sangat lah. Jadi aku lebih selesa kenalkan diri aku as a content creator.

digital-footprint-apa


 

Kewujudan Digital Footprint

Masa awal-awal aktif dulu, aku memang dah pegang prinsip minimakan segala aib dan dosa. Nak elak sepenuhnya tu memang mencabar sebab bukan semua benda semua orang setuju dengan satu perkara.

Contoh aib: buat sharing tunjuk muka. In situation kena buat sharing produk kena bercakap di depan kamera. Ada pilihan nak buat konten tak tunjuk muka dan sebaliknya. Bagi sesetengah orang, benda tu tiada masalah pun dan begitu juga sebaliknya.

Tapi untuk hukum yang clearly disebut dalam Al-Quran dan diajar sejak kecil yang menyentuh isu adap, sopan dan terkait maruah keluarga memang aku tolak sekeras-kerasnya. inshaAllah masih menjaga sehingga mati.

 
Fikir Dulu Sebelum Kongsi

Masuk je tahun 2025 aku dah stop buat konten brandawareness tapi meninggalkan digital footprint (konten-konten yang masih aktif). Ibaratnya aku berjalan di pantai, pijak pasir dan tinggalkan bekas tapak kaki.

Cuma kalau pantai, bekas tapak kaki tu akan hilang tapi bahayanya teknologi ni jejak tu kita tak boleh nak kawal sepenuhnya. OMG takut.

Aku berhenti terima semua job review dan event sebab rutin sebagai emak menghadkan aku nak aktif. Jadi aku berhenti secara mengejut dan tiba-tiba.  Walaupun aku dah tak buat kerja-kerja tu but posting is still active selagi aku tak archieve / delete.

Digital footprint tu benar-benar wujud ya. Jadi berhati-hati lah jadi pengguna internet yang bijak. Scariest part bila orang salah guna konten kita. Kita dah delete orang sempat buat Salinan. Arghh.

Jadi tonjolkan sisi yang baik-baik, elak aurat terbuka. Kita protect diri dan posting sebelum orang lain buat benda tak senonoh. Ya, aku tahu zaman sekarang orang boleh buat macam-macam edit tapi urusan pertama kita dengan Tuhan. Jaga utama yang itu.

digital-footprint


Kesan Digital Footprint

Sebagai seorang emak semestinya aku cuba jadi emak yang normal, emak yang selalu tunjuk benda betul dan emak paling sempurna di mata anak-anak tanpa gagal. Menjadi emak yang dibanggakan anak-anak tu memang mencabar.

Ah begitu syulit ya, menjadi yang terbaik sedangkan dalam masa yang sama emak juga berdepan dengan pengalaman pertama kali. Mana mungkin terus berjaya. Harapnya apa saja aku buat sebelum ni tidak meninggalkan kesan yang negatif kepada orang sekeliling aku terutamanya.

Secara Kesimpulan, perasaan ini adalah titik mula juga adalah teguran halus Tuhan kepada aku. Bukti juga aku semakin menua. Masa berada di dunia juga semakin suntuk. Pengajaran juga apa kita buat melambangkan siapa kita, ap akita cakap akan berbalik kepada kita.

Entri kali ni agak berkecamuk dengan pergolakkan emosi tapi aku harap apa aku nak terangkan tu sampai. Mana yang baik ambil, yang sia-sia tu abaikan.

Tempah Baju Korporat Murah & Berkualiti di Malaysia – Terus Dari Kilang

Tempah Baju Korporat Murah & Berkualiti Harga Kilang


“Korang tengah cari baju korporat untuk syarikat, team atau event besar? Nak yang nampak kemas, selesa, dan tak lari bajet?” Kalau jawapan korang “Ya!”, Tahniah sebab tempah direct dari kilang adalah langkah paling bijak!

Ramai orang fikir tempah baju korporat ni leceh, tapi sebenarnya kalau tahu cara betul, ia sangat mudah. Lagi best kalau korang tempah direct dari kilang. Sebab semuanya jadi lebih cepat, lebih murah, dan kualiti pun terjamin.

Nak tahu apa kelebihan-kelebihan tempah terus dari kilang? Jom kita sembang satu-satu.

Tempah-Baju-Korporat -Murah


Kenapa Tempah Terus Dari Kilang Lebih Bijak?

Kalau korang tanya, “Kenapa tak order online atau beli siap-siap je?” – jawapannya mudah
  • Tempah direct lebih jimat
  • Design ikut cita rasa sendiri
  • Proses pantas & mudah kawal

Mari kita pecahkan satu-satu:

1. Harga Lebih Berbaloi

Siapa tak suka jimat? Bila korang tempah terus dari kilang, harga yang korang dapat ialah harga pengeluar. Lagi banyak kuantiti korang order, lagi murah harga setiap helai. Ini memang kemenangan besar kalau syarikat korang ada ramai staf.

2. Design Custom Ikut Korang

Nak baju cutting slim fit? Nak gabung dua warna ikut logo syarikat? Atau nak sulam nama staf kat dada? Semua boleh! Tempah direct dari kilang bagi korang kebebasan penuh untuk custom design.

3. Cepat & Efisien

Tak payah tunggu lama. Mafeya ada kilang sendiri dengan mesin sulam & printing automatik, jadi proses lebih cepat dan berkualiti. Kalau ada event besar minggu depan, team Mafeya boleh usahakan. Aku pernah kongsi tentang kedai printing ni sebelum ni. 

Tempah-Baju-Korporat -Murah-Berkualiti



Jom tempah Baju Korporat!



Apa Lagi Best Bila Tempah Direct?


Selain dapat kawal bajet dan design, korang juga boleh dapat konsultasi terus dari pakar. Kalau korang tak sure nak guna kain apa, nak pilih warna yang sesuai, team kilang akan guide korang. Macam contoh ni:
  1. Kalau pejabat aircond & formal, cotton atau poly-cotton paling sesuai.
  2. Kalau banyak outdoor event, pilih microfibre sebab ringan & cepat kering
  3. Nak nampak premium? Boleh pilih kain cotton berkualiti tinggi.

Kenapa Baju Korporat Penting Sangat?


Baju korporat bukan sekadar pakaian, ia adalah imej syarikat. Bila staf pakai uniform kemas dengan logo sulam, orang akan nampak korang profesional dan serius dalam bisnes.
Selain itu, uniform juga buat staf rasa lebih bersatu. Semua nampak sama, semua rasa sebahagian daripada team. Ini akan tingkatkan semangat kerja dan buat suasana pejabat lebih harmoni.
Kalau korang nak impress pelanggan masa meeting, conference atau event, baju korporat adalah pelaburan yang berbaloi.

Tempah-Baju-Korporat


Apa Yang Mafeya Sdn Bhd Tawarkan?


Mafeya bukan saja buat baju korporat. Mereka ada pelbagai produk lain supaya korang tak perlu cari supplier berbeza:
  • T-Shirt & Jersey Sublimation – sesuai untuk event sukan & team building
  • Jaket, Apron & Uniform – untuk restoran, kilang & hospitality
  • Cenderamata korporat – pen, topi, payung, medal, trofi, plaque dan banyak lagi
Senang kan? Semua boleh settle di satu tempat. Tak payah pening kepala. Jenis Kain Yang Ada – Pilih Ikut Kegunaan

Salah satu kelebihan tempah direct dari kilang ialah pilihan material lebih banyak. Mafeya sediakan pelbagai jenis kain:

Cotton – Sejuk, selesa, serap peluh. Paling popular untuk pejabat.
Polyester – Tahan lasak, tak mudah renyuk, sesuai untuk kerja outdoor.
Poly-Cotton Blend – Gabungan yang seimbang antara keselesaan & ketahanan.
Microfibre – Ringan, cepat kering, sesuai untuk aktiviti luar.

Tip: Kalau company korang nak nampak premium, cotton high-grade memang pilihan tepat.

Tempah-Baju-Korporat -Murah-tempah-kilang



Proses Tempahan Senang Gila – Tak Payah Pening!

Bila tempah dengan Mafeya, semua step jelas dan mudah:

  1. Pilih design, warna & material
  2. Hantar logo syarikat (dan nama staf kalau nak sulam)

  3. Mafeya akan buat mockup design untuk korang approveBila confirm, kilang terus jalan kerja
  4. Siap, terus pos ke pintu korang!

Tak ada masa nak datang showroom? Tak payah risau! Semua boleh buat online. WhatsApp je team Mafeya, semua settle.


Apa Kelebihan Tempah Dengan Mafeya?

  1. Harga terus dari kilang – confirm jimat
  2. Jahitan kemas & sulaman komputer berkualiti tinggi
  3. Custom design ikut kehendak korang
  4. Proses pantas & efisien
  5. Penghantaran ke seluruh Malaysia. Tak kira korang kat KL, Penang, Johor atau Sabah Sarawak
  6. Servis mesra & profesional. Team ready nak guide dari mula sampai siap

Kalau korang nak baju korporat yang nampak profesional, custom ikut citarasa, dan harga direct kilang, Mafeya memang pilihan paling tepat. Semua proses mudah, servis tip-top, dan hasil confirm puas hati.

So, tunggu apa lagi? Upgrade imej syarikat korang hari ini dengan baju korporat premium dari Mafeya Sdn Bhd!

Tempah-Baju-Korporat -Murah-Berkualiti-tempah-kilang


Alamat & Cara Hubungi Mafeya


📍 Team Cetak Showroom
 32A, Jalan Kristal J7/J, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor
 📞 017-229 0224 / 03-5523 6690

📍 Oh! T-Shirt / Kilangjahit.com (Production 1)
 21, Jalan Keluli AP 7/AP, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor
 📞 017-229 0994 / 03-5523 6690

📍 Kilangbaju.com (Production 2)
 30, Jalan Keluli AN 7/AN, Taman Perindustrian Bukit Raja Selatan, 40000 Shah Alam, Selangor
 📞 017-229 0120 / 03-5523 6690


Life Update Recap Bulan Ogos

Bulan Ogos berlalu begitu saja. Sibuk betul hidup sampai sebulan aku tak menulis dan tak berkongsi di blog. Selalunya menulis jadi cara aku untuk release segala overthinking dalam otak, tapi kali ni memang otak pun tak sempat nak berfikir. Jadi ikutlah flow dulu. Mana yang sempat.

Lately aku perasan apa saja keputusan yang perlu dibuat terutama berkaitan kehidupan, otak macam dah simpan satu template berdasarkan apa pernah jadi sebelum ni. Tak pasti benda tu baik atau sebaliknya tapi aku seram jugak lah.

 

Life-Update-Recap-Bulan-Ogos

Recap Apa Jadi Di Bulan Ogos

Dua bulan lepas aku memang struggle nak imbangkan kesihatan mental. Nak berehat tapi tak cukup masa. Nak berhenti je tapi tetaplah kena teruskan. Bersyukur mental tak pecah je. Alhamdulillah. Pengajaran terbesar ialah tak semua benda kita boleh kawal, tapi kita boleh pilih cara nak respon.

 

Perkara-perkara penting Di Bulan Ogos


Kejohanan Olahraga Sekolah

Sekolah anak aku baru je selesai Sukan Sekolah. Ikut tarikh asal sepatutnya sukan adalah pada bulan Mei tapi disebabkan hari tu kes HFMD meningkat naik jadi sekolah ambil langkah selamat untuk tangguh. Macam biasa aku sibuk jadi sukarelawan bantu sekolah.

Life-Update-Recap-sukan

Life-Update-Recap-sukan-sekolah


Pest Control & Anai-Anai

Akhir Ogos lepas, aku baru selesai uruskan hal rumah. Nak cerita panjang pasal pest control sebab rumah aku diserang anai-anai. Pengalaman yang berharga dan menakutkan juga. Penat dia, Tuhan saja yang tahu.

Terminate Unifi Selepas 4 Tahun

Lepas tu, sekarang pula dalam proses terminate Unifi. Yes, selepas hampir 5 tahun bersama Unifi, kami decide nak tamatkan kontrak sebab beberapa sebab tertentu. Masih lagi belum selesai sebab ambil masa sebulan juga. Harapnya aku rajin nak tulis posting penuh tentang pengalaman terminate Unifi nanti.

Kelas Silat Sekolah

Perjalanan yang panjang bila menulis tentang kelas silat ni. Kenapa bukan Kelab Silat tapi Kelas Silat? Aku sendiri tak berani memandai-mandai mewujudkan “Kelab” tu. Masih banyak dokumentasi nak kena lalu. Tapi Alhamdulillah bersyukur kami melangkah ke depan satu tapak lagi. Ada yang murah hati nak pinjamkan peralatan untuk training. Alhamdulillah murah rezeki murid-murid.

Life-Update-Recap-silat


 

Doakan aku ya, sebab apa jua perkongsian aku, harapan aku cuma satu. Semoga setiap apa aku kongsi atleast bawa manfaat kepada yang membaca. Life is too short jadi nak guna peluang sebaik mungkin sebarkan benda baik. 

Doa Khusus Memasuki Umur 40 Tahun

Terpanggil nak buat perkongsian tentang amalan doa apabila memasuki umur 40 tahun. Ada seorang ustaz kongsikan di Tiktok tentang doa ni. Rupa-rupanya ada doa khusus yang dianjurkan Islam kepada umatnya bila usia mencapai 40 an.

Doa ini ada di ajarkan di dalam Al Quran melalui Surah al-Ahqaf ayat 15. Surah Al-Ahqaf (Arab: الأحقاف ,”Bukit-Bukit Pasir”) adalah surah ke-46 dalam al-Qur’an. Surah ini tergolong surah Makkiyah yang terdiri atas 35 ayat.

Dinamakan al-Ahqaf yang berarti Bukit-Bukit Pasir diambil dari kata al-Ahqaf yang terdapat pada ayat 21 surah ini. Dalam ayat tersebut dan ayat-ayat sesudahnya diterangkan bahwa Nabi Hud telah menyampaikan risalahnya kepada kaumnya di al-Ahqaf yang sekarang dikenal dengan ar-Rab’ul Khali, tetapi kaumnya tetap ingkar sekalipun mereka telah diberi peringatan pula oleh rasul-rasul yang sebelumnya.

Hingga akhirnya Allah menghancurkan mereka dengan tiupan angin kencang. Hal ini adalah sebagai isyarat dari Allah kepada kaum musyrikin Quraisy bahwa mereka akan dihancurkan bila mereka tidak mengindahkan seruan Rasul.

life-begins-at-forty


 

Doa Khusus Memasuki Umur 40 Tahun

 

Doa yang dianjurkan untuk kita amalkan adalah seperti berikut:

رَبِّ أَوْزِعْنِي أَنْ أَشْكُرَ نِعْمَتَكَ ٱلَّتِىٓ أَنْعَمْتَ عَلَىَّ وَعَلَىٰ وَٰلِدَىَّ وَأَنْ أَعْمَلَ صَـٰلِحًۭا تَرْضَىٰهُ وَأَصْلِحْ لِى فِى ذُرِّيَّتِىٓ ۖ إِنِّى تُبْتُ إِلَيْكَ وَإِنِّى مِنَ ٱلْمُسْلِمِينَ

Maksud:

“Wahai Tuhanku, ilhamkanlah aku untuk mensyukuri nikmat-Mu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku berbuat amal soleh yang Engkau redhai; perbaikilah keadaan zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepada-Mu dan sesungguhnya aku termasuk orang-orang Islam (yang berserah diri).”

 

Kenapa Umur 40 Tahun Penting?

Peristiwa paling penting bagi kita, Nabi Muhammad SAW diangkat jadi Rasul umur 40 tahun. Di usia ini sesuai untuk kita jadikan titik mula untuk kembali lebih dekat dengan Allah.

Kalau ikut bangsa penjajah, ada pepatah mereka guna "life begins at forty". Secara amnya melambangkan tempoh ujian, percubaan dan kemudian, akhirnya, kejayaan, nombor 40 boleh memberi kepentingan kepada kehidupan baru, pertumbuhan baru, transformasi, dan perubahan daripada satu tugas besar kepada tugas besar yang lain.

Personally, untuk aku pula bila mencecah 40 tahun ni ibarat kau lalu checkpoint hidup. Terasa berusia sungguh dan waktu inilah banyak perkara kena audit. Makin bertambah usia makin singkat tempoh hidup di dunia.

 

Jadi, jomlah kita sama-sama amalkan doa ni dan jadikan rutin setiap hari selagi masa masih ada. Giliran kita menghadap Ilahi tetap kekal menjadi rahsia. Kita cuba jelah eh.


Outing Cousin Di Game On Theme Park

Sebelum ingatan semakin pudar sebab sibuk urus hidup dan anak-anak, eloklah aku tulis pengalaman kami ke Game On Theme Park di Melawati Mall. Kali ni bukan sekadar jalan-jalan, tapi misi melunaskan janji lama dengan anak-anak.

Berapa kali dah lalu depan Game On ni, setiap kali jugaklah mereka minta nak masuk. Last sekali masa tengok Ejen Ali hari tu. Tapi biasalah, mak-mak ni banyak benda nak fikir. Alhamdulillah cuti Awal Muharram hari tu jadi juga akhirnya. Plan sangatlah last minute ya. 

game-on-theme-park


Outing Cousin Di Game On Melawati Mall

Game On ni tak pernah sunyi ya. Penuh manusia dari semua arah. Alang-alang tu ajak adik aku sekali dengan anak-anak dia. Datang ramai-ramai baru meriah. Theme Park macam ni kalau malu nak main, biarlah malu berjemaah. Ahaks!

Aku beli tiket secara online. Sampai sana just redeem je. Tak kuasa nak beratur panjang. Sambil tu sempatlah skrol laman web dan apps Game On untuk tengok apa permainan menarik yang ada. Mak-mak kan, kalau boleh semua nak prepare awal. Outing kali ni semua datang solo tanpa suami. Geng mak dan anak-anak je. 

Suami masing-masing ada urusan penting dengan Paduka Baginda katanya. Tapi tetap seronok sebab sepupu yang kecil-kecil ni berkumpul. Budak-budak ni bila jumpa geng, memang tak ingat dunia. 

game-on-theme-park-game2



Permainan Menarik Di Game On

Game On ni ialah pusat hiburan indoor beraircond, nikmat dunia mak-mak yang tak tahan panas macam aku. Kalau outdoor, aku tak boleh lama-lama. Mood pun terjaga, boleh tunggu dengan aman sementara bermain. Dekat sini luas dan banyak sangat aktiviti. Tempat dia lebih kurang macam SuperPark Malaysia yang dekat Avenue K tu. 

game-on-melawati-mall


Cawangan yang kami pergi ni dalam Melawati Mall. Memang paling dekat dengan rumah. Semua jenis permainan ada untuk pelbagai umur dan tahap tenaga. Serius, mak pun rasa nak masuk main sama. 

Antara permainan yang ada:

  • Ninja Challenge
  • Dodge Dash
  • Bubble Bang
  • Bouncing Basketball
  • Trampolines
  • Karaoke Rooms
  • E-Sports Gaming
  • Little World Playland (untuk anak kecil)

game-on-theme-park-game3


game-on-theme-park-game4

game-on-theme-park-game1


Harga Tiket 

Untuk harga tiket yang lebih tepat korang boleh rujuk laman sesawang Game On tapi waktu kami pergi harga adalah seperti berikut:

  • Kanak-kanak: RM42 (3-12 tahun)
  • Dewasa: RM38.00 (13-59 tahun)
  • Family pass: RM116 (2 Dewasa, 1 Kanak-kanak)
  • Stokin: RM7
  • Glove: RM5

Tiket untuk main seharian. 
Stokin wajib pakai. Boleh bawa stokin sendiri tapi wajib yang anti slip - Grip Sock. 
Glove tak perlu beli kecuali nak masuk ke Ninja Challenge. 
Rugi la tak masuk. Jadi beli je. 
Stokin dan glove boleh beli online atau pun walk in di kaunter. 

game-on-theme-park-game5

game-on-theme-park-melawati-mall


Tips Mak-Mak Yang Nak Bawa Anak

Kalau korang tengah plan nak bawa anak-anak, ini beberapa benda yang mungkin membantu:

  • Bawa air mineral sendiri, jimat. Kami nak mudah beli je dekat MR DIY dalam tu. Standby snacks ringan (untuk anak lapar tiba-tiba). 
  • Powerbank (ambil gambar/video banyak-banyak).
  • Boleh sewa loker untuk simpan barang berharga. 
  • Pakai baju dan seluar yang sesuai sebab aktivti dekat dalam ni memang lasak. Memanjat, melompat, berlari. Pendek kata memang korang akan keluar peluh. 
  • Bawa baju salin (kalau perlu)
  • Tak payah pakai kasut sukan sebab memang kena tanggalkan kasut di semua tempat. Susun kasut / selipar di rak yang disediakan. 
  • Download apps Game On siap-siap untuk booking slot permainan. Contoh aktiviti yang kena book - Karaoke Rooms, E-Sports Gaming, archery, snooker. 
  • Setiap permainan ada waktu slot 30 minit untuk satu kumpulan, jadi elok datang awal pagi untuk dapat banyak masa main.
  • Boleh keluar masuk banyak kali, asalkan tak buka wristband yang diberi. Wristband tu ada QR code. Setiap kali masuk ke kawasan permainan, kena scan.
  • Nak solat boleh cari dalam mall je. 
  • Nak makan ada kedai Game On berhampiran atau banyak pilihan tempat makan dalam Melawati Mall. Kami makan Bumbu Babah dekat foodcourt. 

game-on


Review Ikhlas Mak-Mak

Sangat berbaloi sebab anak-anak puas hati, mak pun enjoy walaupun penat. Suasana selamat, tempat bersih, staff pun helpful. Yang penting ada aircond, dan anak-anak dapat main puas-puas. Balik rumah semua tidur awal termasuk mak dia sekali. Kalau tengah fikir nak bawa anak ke mana hujung minggu, aku memang recommend datang ke sini. 


Makan Malam Di Steak di Fiske Steakhouse & Asam Pedas Melaka

Ahad lepas, lepas hantar Ikhwan balik asrama, aku ajak suami singgah restoran biasa kami makan di Kampung Bharu. Tekak ni dah terbayang lamb chop dengan nasi goreng cili padi, combo wajib kalau datang situ.

Tapi aku dah pesan awal-awal dekat diri sendiri, jangan berharap sangat. Kampung Bharu tu memang kawasan sesak dan parking selalu penuh.

Betul pun. Tiga kali pusing tempat sama, parking tetap tak ada. Dah nak masuk Maghrib pun masih tak dapat tempat. Suami ajak cari tempat lain. Sikit lagi aku nak baran sebab aku tak boleh fikir panjang kalau lapar.

fiske-steakhouse-asam-pedas-melaka-AU2


Fiske Steakhouse & Asam Pedas Melaka

Mujur berkahwin dengan suami banyak sikit sabar dari aku. Jadi redha mencari tempat lain. Oleh sebab kecewa maka aku serahkan dekat suami nak bawa ke mana pun. Aku tahu aku perlu makan je. Dah berusia ni kalau waktu makan lari confirm perut aku akan sakit. Sensitif lain macam.

Suami terus ajak cuba restoran Fiske Steakhouse & Asam Pedas Melaka dekat AU2, Taman Desa Keramat. Sebenarnya Fiske Steakhouse ni dekat je dengan rumah, tapi kami ni sejenis setia dengan satu-satu kedai. Selagi restoran biasa kami pergi tak buat hal kami tetaplah kedai itu jugalah kami ulang.

Ini kali pertama kami makan di Fiske. Dekorasi simple, ruang antara meja agak sempit tapi masih selesa. Nampak beberapa pelangggan dekat dengan meja kami makan burger, mungkin itu kot menu popular dekat situ.

makan-malam-fiske


 

Pilihan Menu - Apa Kami Makan?

Untuk elak pembaziran, anak-anak kongsi Breaded Chicken Chop (RM20), cukup untuk dua orang sebab portion besar. Aku pula order Butter Rice Grilled Lamb (RM35) dan suami ambil Aust Grill Lamb Chop (RM30).

fiske-steakhouse-asam-pedas-melaka

fiske-steakhouse


  • Portion besar dan puas hati
  • Side dish cukup lengkap
  • Gravy sedap dan kena dengan selera
  • Butter rice dia wangi, lembut dan cukup rasa

Serius, puas makan. Berbaloi dengan harga dan kualiti. Kalau ikut tekak aku, memang boleh repeat. Semestinya, aku dah plan nak datang semula dengan Ikhwan masa dia cuti PB nanti.

makan-fiske-steakhouse

 

Menu Lain di Fiske

Dalam menu ada banyak pilihan lain seperti:

  • Burger
  • Pizza
  • Pasta
  • Nasi Campur (11 pagi – 5 petang)

Menurut info di pintu kedai, waktu siang kedai jual nasi campur dan waktu malam fokus pada western food. Restoran ditutup setiap hari Isnin.

 

Lokasi Fiske Steakhouse

Fiske Steakhouse & Asam Pedas Melaka

AU2, Taman Desa Keramat, Kuala Lumpur

Waktu Operasi:

Nasi Campur: 11 pagi – 5 petang

Western Food: Petang hingga malam

Tutup: Setiap Isnin

Rating Google setakat ini: 4.0

Boleh cari terus di Google Maps: Fiske Steakhouse & Asam Pedas Melaka


Kesimpulan

Walaupun asalnya plan nak makan di Kampung Bharu, tapi rezeki kami malam tu memang dekat Fiske. Makanan sedap, portion besar, suasana okay walaupun ruang agak terhad. Yang penting, perut kenyang, hati pun senang.

makan-malam-fiske-steakhouse-asam-pedas-melaka-AU2


Frozen Kunafa Asikunefeleri Dari Turki

Tak sangka wujud ya frozen Kunafa. Aku jumpa dekat pasaraya Giant dekat dengan rumah aku ni. Teringin punya pasal, sedap tak sedap letak tepi. Beli dengan keyakinan yang peratusan Kunafa pasti sedap itu tinggi.

Aku mula belajar makan Kunafa beberapa tahun lepas sebab masa tu Kunafa pernah viral. Orang kita memang pantang dengar makanan viral mesti nak cuba. Aku semestinya tak ketinggalan.

Dulu-dulu kunafa tak banyak pilihan, dimakan dengan gula sirap dia yang manis tu. Ada bau Ros. Sekarang Kunafa dah ada macam-macam perisa. Masuk je Malaysia pelbagai versi keluar. Tengok jelah Kunafa Ojen tu. Aku masih sukakan perisa original dan tidak lah aku masukkan semua gula sirap dia sebab aku tak minat terlalu manis.

Frozen-Kunafa


 

Frozen Kunafa Asikunefeleri Dari Turki

Kunafa atau Kanafeh merupakan manisan orang Arab dan Turki. Dulu aku ingat orang buat Kunafa guna bihun. Begitu naifnya aku ya. Rupanya ada doh tersendiri. Bahagian luar dia crispy, dalam dia ada mozzarella cheese, topping dia ada kacang pistachio tumbuk dan dimakan bersama gula sirap.

Makan panas-panas memang ngam sangat. Semua perasa bergabung jadi lemak manis dan crunchy tu yang membuatkan Kunafa jadi lebih sedap. Sebelum ni kalau nak makan Kunafa kami akan makan di restoran Arab. Tapi sekarang dah senang aku jumpa Kunafa yang telah disejuk beku (frozen Kunafa). Memang memudahkan hidup.

Harga seketul kalau tak silap RM10, masih munasabah bagi aku. Saiz dia besar lebih kurang sebesar tapak tangan. Cukup kalau makan berdua. Waktu pertama kali beli, aku makan sorang-sorang. Tak sangka sedap. Kali kedua makan, aku kena berebut dengan anak-anak. Tak sangka mereka pun suka.

Frozen-Kunafa-Asikunefeler-Turki


 

Cara Masak Frozen Kunafa

Dari segi pembungkusan, memang elok je terbentuk. Paling penting tak pecah ya. Dapat sekali gula sirap. Boleh guna oven atau air fryer. Ikut je arahan dekat kotak bungkusan. Aku guna air fryer dan memang mudah sangat.

Arahan penyediaan: bakar pasa suhu 210 celcius selama 10 minit atau sehingga kekuningan. Aku degil aku turunkan suhu, guna 200 celcius je dan aku lebihkan sedikit masa memasak. Elok je kejadian. Alhamdulillah.

masak-Frozen-Kunafa


Kalau makan waktu dia masih panas terasa la cheese dekat dalam. Tapi hati-hati jangan sampai melecur mulut. Bercakap berdasarkan pengalaman aku yang kurang sabar. Ahaks. Kalau dah sejuk masih sedap cuma keju dia rasa kejung jelah.

Frozen-Kunafa-Asikunefeler


 

Secara keseluruhan aku sukakan frozen kunafa Asikunefeleri. Rasa dia berlemak, crispy, wangi dan tak lari jauh dari kunafa yang dijual dekat restoran. Tapi yang frozen lebih disukai sebab aku boleh buat stok untuk makan bila-bila aku suka dekat rumah. Korang kalau jumpa sila cuba sendiri.

Jauhi Toxic Positivity & Hidup Untuk Bersyukur

Hujung minggu sudah aku balik kampung. Penat menghadap kesesakan lalu lintas di lebuhraya masih belum hilang dan hari Isnin datang lagi. Alhamdulillah masih diberi nafas meneruskan kehidupan di dunia. Selagi mana Tuhan bagi izin bernafas selagi itu tanggungjawab harus dijalankan.

Entri kali ini nak ingatkan diri supaya terus-terusan bersyukur, memberi motivasi sedikit sebanyak kepada diri supaya tak jadi toxic positivity. Masih kekal waras dalam memberi response kepada orang sekeliling supaya kekal bersangka baik dengan Allah. Bukan mudah tapi mencuba.

Toxic positivity secara ringkasnya berpura-pura positif sepanjang masa, sampai abaikan atau tolak perasaan negatif yang sebenarnya normal dan perlu dirasai. Penat bukan kalau selalu pura-pura, tapi kalau itu sahaja pilihan yang tinggal untuk kita payah juga.

Balik-kampung


Jauhi Toxic Positivity & Hidup Untuk Bersyukur

Aku sendiri pun masih meragui kebolehan diri nak menjawab soalan yang muncul dekat otak. Kadang-kadang minta jawapan dari Allah tapi Allah tak bagi jawapan secara direct tapi bagi ingatan dan teguran melalui ujian orang lain.

Berbalik kepada cerita balik kampung. Pelik betul walaupun takde cuti umum pun masih kena hadap kesesakan setiap kali lalu Lebuhraya Pantai timur. Geram weh. Bila la waktu tak sesak. Perjalanan balik ke sarang ambil masa sedikit lebih lama sebab banyak kenderaan berat turut serta.

Bayangkan di petang Ahad lori angkut kayu balak lalu sebelah kau tetapi dengan kelajuan kura-kura dan kelihatan tak stabil. Mengucap panjang setiap kali melintasi lori macam tu. Waktu tu juga la terlintas adegan final destination. Nauzubillahiminzalik.

Balik kali ni jenguk emak sebab rasa macam lama betul tak balik kampung. Ya Raya Haji lepas kami tak balik. Beraya dengan kakak je di bandar. Disebabkan tak mahu sangkut dalam kesesakan la aku sanggup balik waktu orang lain tak balik kampung.

balik-pantai-timur


Minggu ni sengaja pontengkan anak-anak kelas silat. Kebetulan minggu ni ada friendly game jadi kami skip. Satu nikmat tak terungkap bila dapat tengok muka emak. Ubat paling mujarab untuk segala sakit jiwa aku setakat ini. Emak baru je sihat setelah berminggu-minggu selesema dan batuk.

Ikutkan adik bagitahu masa raya hari tu jantung emak bengkak, batuk tak hilang dan selesema on off. Berapa kali ajak ke klinik tak mahu. Semenjak sakit selera makan emak memang kurang. Agak merisaukan, memang ibu bapa ni takdir dia memang degil eh. Nasihat dan pujuk macamana pun tetaplah nak menang.

Dugaan ohoi. Sikit je lagi nak jadi anak derhaka. Ahaks. Selalu aku menyakat emak, jangan sampai saya suntik awak dengan ubat pelali saya bawa ke klinik. Lepas tu emak mesti akan gelak besar. Begitulah. Bukan mudah.

Pertama Kali Masak & Makan Kulit Lembu

Food Review - Masak Kulit Lembu

Masih lagi dalam mood Raya Haji dan aku tak tahu kenapa, tapi sejak sebelum raya lagi aku tiba-tiba jadi teringin sangat nak rasa kulit lembu. Lepas tengok Umi Cikin review dan masak kulit lembu membuak-buak rasa nak cuba juga. Setelah banyak kali tahan diri akhirnya aku beli juga kulit lembu dekat tiktok.

Sebelum ni aku banyak tengok video resepi Sambal Tahun, kan dalam tu ada letak kulit lembu jadi aku curious sangat rasa dia. Inilah kesan kalau banyak sangat scroll Tiktok. Ahaks. Rupa-rupanya boleh masak macam-macam jenis masakan guna kulit lembu. Dah lama hidup baru aku tahu. Ada orang masak sup, gulai, sambal dan masak lemak cili padi. Paling popular setakat ni sambal tahun resepi orang jawa tu lah. Siap jual yang dah siap masak.

kulit lembu memang kaya dengan kolagen dan banyak manfaat untuk kesihatan. Kolagen dari kulit lembu dipercayai dapat membantu meningkatkan keanjalan kulit, mengurangkan kesakitan sendi, dan memelihara kesihatan tulang. Kulit lembu banyak digunakan dalam produk-produk kesihatan dan kecantikan.

Pertama-Kali-Makan-Kulit-Lembu


Pertama Kali Masak & Makan Kulit Lembu

Harap jangan ada yang terasa dengan perkataan yang aku gunakan dalam artikel kali ini. Maklumlah aku ni kira newbie untuk makanan eksotik. By the way aku menghargai setiap makanan yang wujud dalam dunia ni. Aku boleh habiskan masa yang lama tengok video orang makan Balut. Adoi. Tak terniat nak cuba pun.

Jadi aku teruskan niat nak cuba. Aku ada jumpa satu seller jual kulit lembu dah siap bakar dan sudah direbus dekat TikTok Shop. Baca review okay, harga lebih murah berbanding yang Umi Ciken review (ada sebab dia). Jadi aku pun beli sekilo untuk cuba sendiri. Aku kongsi berdasarkan pengalaman aku yang pertama kali cuba dan masak sendiri kulit lembu tau. Gigih ya.

Aku beli Tempe pun dekat TikTok tau. 

 

Beli Kulit Lembu Di Tiktok Shop

Aku beli kulit lembu di dari seller di Tiktok Shop. Semua benda ada jual dah sekarang. Hari tu ada orang jual batu bata, ada orang jual angin pantai. Adoi kelakar tapi entah lah eh betul ke tidak. Packaging bagus, vacuum-sealed, bungkus dengan kotak dan ais kering. Waktu aku terima kulit lembu dah tak sejuk tapi masih dalam keadaan elok. Tidak berbau. Dua hari juga baru aku dapat.

Harga aku beli dengan seller adalah RM22 untuk 1 kilogram. Seller yang jual paling murah aku jumpa. Tapi walaupun dia tulis Kulit Lembu siap bakar dan rebus hakikatnya kulit tu masih keras dan kenyal. Jadi logik kenapa harga dia murah. Kena letak extra effort bab nak bersihkan semula. Kalau korang tak rajin beli je yang memang dah ready to cook okay.

beli-kulit-lembu-tiktok


Sekilo tu boleh banyak kali masak. Nak mudahkan kerja aku bersihkan semua dan rebus bagi dia empuk dan aku frozenkan. Kiranya aku beli kulit yang dah direbus separuh. Part ni kalau sesetengah orang lebih rela beli yang dah siap dibersihkan je.

rebus-kulit-lembu


 

Resepi Kulit Lembu Masak Gulai Cili Api

Plan asal aku nak tiru resepi dalam Tiktok tapi last minute aku olah ikut selera sendiri. Masak ala gulai cili api tapi aku tumis dan campur bawang besar. Letak pula banyak cili bagi pedas memang sedap.

Pertama-Kali-Masak-Makan-Kulit-Lembu


Aku potong kecil-kecil, rebus guna periuk nasi bagi empuk, kemudian tumis cili api, serai, halia, kunyit hidup, masuk santan, dan masukkan kulit lembu tu. Aku campur kentang nak bagi meriah. Masak sampai kuah pekat. Ada orang cakap rasa kulit lembu tu agak sama dengan urat keting dan perut lembu disebabkan tekstur dia. Ya aku akui agak sama terutama bab kenyal tu. Cuma urat keting takde bau langsung. Kulit pula lebih kenyal dari perut lembu.

resepi-Kulit-Lembu


Kulit lembu ni ada rasa kenyal yang seronok dikunyah, tapi kalau tak biasa memang akan rasa pelik sikit. Dari segi bau, dia memang ada bau ‘lembu’ yang kuat. Jadi kena dengan masakan tertentu supaya bau tu tak ketara sangat.

Untuk yang nak cuba biasakan makan urat keting dulu. Aku masak dan suami boleh telan. Kira lulus la sebab tekak suami aku tekak cerewet. Benda berbau ni dia akan tolak.

 

Kesimpulan

Secara jujur, aku boleh terima rasa dia. Semestinya aku akan repeat lagi di masa hadapan bila craving kolagen. Tapi aku rasa tak semua orang akan suka, especially yang tak biasa makan bahagian organ lembu macam perut, hati, limpa. Kalau korang memang jenis suka makan urat, perut, kaki lembu, confirm boleh masuk kulit lembu ni.  

Cikgu Matematik Online Percuma

Ini adalah entri sambungan tentang anak Lemah Subjek Matematik yang aku pernah tulis sebelum ni. Elok je aku search maka berderet-deret la iklan dan status naik berkenaan Matematik. Dalam banyak-banyak tu memang ada satu sumber yang sangat-sangat membantu berkaitan pencarian aku.

Aku banyak buat carian di aplikasi Thread sebab dekat sana circle aku ialah emak-emak yang ada anak bersekolah. Ramai rupanya emak yang melahirkan rasa risau terutama anak ada masalah nak score subjek Matematik.

Oleh sebab Ikhwan tinggal di asrama jadi target aku nak carikan nota rujukan / latihan Matematik dalam bentuk softcopy. By the way aku dah beli buku latihan dan buku rujukan hardcopy untuk dia rujuk. Kalau ada tusyen online yang bayar ikut sesi nak juga aku cuba, tapi setakat ni aku belum jumpa lagi.

Cikgu-Matematik-Online-Percuma


Cikgu Matematik Online Percuma 

Ramai beri pendapat yang kalau tinggal di asrama, aktiviti anak-anak memang dah sedia padat. Kalau belikan buku latihan pun anak tak sempat nak buat. But aku cuba sahaja, kalau dia mampu buat apa salahnya. Paling utama aku suruh dia tumpukan perhatian waktu dalam kelas masa cikgu mengajar. 

Jadi aku berusaha yang mana mampu. Plan asal nak buat latihan intensif jadi tak berapa intense sebab banyak assignment dia kena selesaikan sepanjang cuti sekolah. Ada assignment berkumpulan yang buat slide Canva, ada kerja individu dan ada juga kena buat rakaman video untuk subjek Sains.

Nasib emak kau pernah buat kerja-kerja merekod konten nak oi. Jadi tak susah sangat la nak bantu nak record dan buat editing. Ala editing simple je. Dekat rumah memang dah ada softlight, mikrofon dan tripod. Senang kerja, rezeki kau nak.

Berbalik kepada cerita Matematik, sebenarnya aku dah jumpa lubuk latihan dan source yang aku rasa sangat membantu dan boleh dipercayai. Hasil cadangan puan di Thread. Aku lupa nama dia. Dia cadangkan untuk follow Cikgu Mohd Zakry Abd Rahim di Facebook. Korang yang ada anak sekolah rendah digalakkan follow sebab dia banyak bagi nota dan latihan Matematik sekolah rendah.

Cikgu-Matematik-Online


Cikgu Mohd Zakry ada juga buat kelas matematik online secara percuma. Aku masih belum berkesempatan nak join live dia. Setakat ni aku dah masuk Telegram Channel dia nampaknya aktif juga. Ada juga promosi kelas tusyen berbayar. Boleh dah standby masuk dalam list kalau memerlukan in future.

Jadinya sepanjang cuti sekolah aku ambil bahan dari page Facebook cikgu Zakry dan aku susun print bagi anak-anak. Memang elok la kejadian bila aku bagi latihan baru faham dekat mana anak-anak kurang faham. Adik-adik dah faham bila abang pegang buku latihan maksudnya yang lain pon kena buat.

Rumah waktu cuti dah macam pusat tuisyen. Sekurang-kurangnya waktu cuti anak-anak terisi dengan perkara berfaedah. Alhamdulillah tak banyak drama air mata tapi aku banyak kali je kejadian aku bertukar jadi singa. Normal lah kan? ahaks. 


Hari Karnival Koperasi & Keusahawanan SM Sains Selangor

Minggu ni kami habiskan masa ke sekolah Ikhwan sebab ada Karnival Koperasi & Keusahawanan. Berlangsung selama dua hari. Ikutkan karnival dah mula hari Jumaat, tapi abah dia kerja jadi kami pergi hari Sabtu pagi.

Sebelum tu dia dah bagitahu yang dia mungkin sibuk terlibat dengan majlis sekolah yang juga berlangsung pada hari yang sama. Bertugas untuk MPM. Jadi kami redha saja tunggu dia habis bertugas.

Entah datang dari mana kegigihan setiap kali ada aktiviti mesti kami akan terpacak di sekolah dia. Sementara tunggu dia selesai bertugas kami jalan-jalan dan isi perut. Pukul 12 tenghari baru dia dapat join kami.

Alhamdulillah walaupun cuaca panas terik tapi karnival boleh tahan meriah. Kalau bandingkan karnival tahun lepas lebih meriah sebab sambutan jubli 50 tahun, melibatkan gerai peniaga luar. Tahun ni lebih kepada gerai pelajar sahaja.

karnival-Koperasi-Keusahawanan-SMSainsSelangor


Hari Karnival Koperasi & Keusahawanan SM Sains Selangor

Masih lagi sama, tahun ni karnival guna sistem kupon untuk pembelian sepanjang karnival. Ada kaunter jualan kupon dan buku kupon dijual serendah RM5. Kira okay la harga makanan dalam range bajet poket. 

Ikut brosur sekolah apa yang ada sepanjang karnival: ada gerai makanan dan minuman, mini petting zoo, e-game, sand painting dan cabutan bertuah. Faham je kecil-kecilan mungkin objektif nak beri pendedahan kepada pelajar untuk berniaga.

Pujian perlu diberikan kepada pelajar sebab usaha nak berikan yang terbaik tu boleh nampak lah. Bukan mudah dengan modal yang terhad dan salute cikgu pembimbing yang tak lokek nak guide dan menyumbang termasuk wang ringgit.

Nampak sisi lain anak-anak bila turun padang meniaga. Rasanya cabaran utama ialah cuaca panas. Nak hadap dapur panas, memasak bawah parking walaupun berbumbung memang menduga iman.

Banyak-banyak gerai makanan: kami beli sosej Thai, mi goreng sedap dan banyak kali ulang beli air. Ya ampun haus. Menu lain banyak tapi tak berjaya mengumpan selera. Kira okay lah alas perut.

Sebelum balik sempat catch up aktiviti anak bujang. Cepat betul masa berlalu. Life asrama kan itu sajalah cerita dia. Sentiasa ingatkan dia jaga diri, jaga kesihatan, jaga barang-barang. Fokus utama adalah study walaupun hakikat dia sekarang sibuk sangat dengan tugas dia jadi pengawas.

Nak halang itu minat dan tanggungjawab dia. Ishh mak geram. Kami gerak balik lepas siap teman Ikhwan makan. Pukul 2 petang dia kena bertugas jaga gerai pula. Petang pula bawa anak-anak ke kelas silat. 

Setiap minggu begitulah rutin kami.