f Hukum Mengambil Duit Yang Dijumpai Menurut Pandangan Islam

Hukum Mengambil Duit Yang Dijumpai Menurut Pandangan Islam

Hukum Mengambil Duit Yang Dijumpai Menurut Pandangan Islam | Assalamualaikum. Hai semua. Terbaca berita mengenai seorang peniaga pakaian terpakai (bundle) yang menjumpai duit dalam guni pakaian yang dia beli dari luar negara. Bukan sedikit jumlah duit yang dia jumpa, lepas di tukarkan ke matawang Malaysia jadi puluhan ribu ringgit tau. 

Tuan badan yang menjumpai duit ni siap memuatnaik kisah dia di Facebook. Kot la pemilik duit datang nak tuntut kan? Seperti biasa, berita seperti ini menjadi viral dan mendapat perhatian banyak pihak termasuk Jabatan Agama Islam. Menurut berita yang Diah baca, peniaga tersebut sudah pun menukarkan sebahagian besar duit yang dia jumpa dan berhasrat nak gunakannya sebagai modal untuk memulakan perniagaan pakaian terpakai. Persoalannya boleh ke mengambil duit yang dijumpai? 
Hukum Mengambil Duit Yang Dijumpai
Jumpa Duit!

Kenangan Jumpa Duit Semasa Kecil

Teringat kejadian masa kecil dahulu, banyak kali juga Diah jumpa duit. Selalu jumpa duit syiling dalam perjalanan pergi kedai. Masa tu gembiranya bukan kepalang. Dengan dua puluh sen dah boleh beli ais krim kesukaan. Tak pernah terfikir pun perbuatan tu salah atau tak. 

Waktu tu, pasar malam di kampung adalah setiap hari Sabtu. Kalau hendak ke kedai kena lalu tapak pasar malam tu. Jadi, setiap pagi Ahad memang rajin la menawarkan diri bila mak suruh pergi ke kedai sambil tu ambil kesempatan mencari syiling yang jatuh.  

Tapi kebahagiaan jumpa duit syiling tak lama. Lepas beberapa kali jumpa dan belanja duit tu Diah terperasan sesuatu. Setiap kali Diah belanjakan duit yang dijumpai, lepas tu mesti duit diah yang sedia ada akan hilang dua kali ganda pula tu. Faham tak? Contoh, jumpa dua puluh sen lepas tu mesti perasan duit Diah (empat puluh sen) yang sedia ada pun akan hilang walhal tak belanja pun. Misteri sangat. Bukan sekali dua berlaku. Sudahnya Diah serik nak kutip duit lagi. 

Hukum Mengambil Duit Yang Dijumpai

Merujuk kepada Mufti Kelantan, menurut Islam, wang yang ditemui tanpa diketahui pemilik haruslah diserahkan kepada Baitulmal. Ianya tidak boleh digunakan untuk kegunaan sendiri. Kenapa harus diserahkan kepada Baitulmal adalah kerana Baitulmal adalah pihak yang akan menggunakan untuk kegunaan orang ramai. 

Kalau ikut penerangan Ustaz Azhar Idrus (UAI) dalam beberapa ceramahnya pula, kalau terjumpa barang berharga seperti duit ada dua hukum yang terikat. Harus dan juga boleh jatuh haram. 

Harus mengambil duit yang dijumpai apabila ada niat hendak memulangkan kembali barang kepada pemiliknya.

Haram mengambil duit yang dijumpai apabila dan mahu jadikannya milik kita.

UAI juga terangkan jika nilainya kecil boleh la diserahkan kepada tabung masjid dan jika besar seeloknya disimpan atau diserahkan kepada pihak berwajib. Andaikata pemilik duit tersebut datang menuntut maka tiada masalah nak pulangkan semula. Tempoh menunggu pemilik datang menuntut disarankan selama setahun. 

Untuk barang makanan pula dan dikhuatiri makanan tersebut akan rosak maka dibolehkan untuk diambil tetapi dengan syarat supaya mengingati jumlah/nilai barang tersebut dikhuatiri tuan empunya makanan ingin menuntut kembali barangnya. Jadi senang la nak ganti. 
Sekian perkongsian yang tak seberapa dari Diah. Semoga segala yang baik-baik menjadi bekalan amalan semasa hidup untuk kehidupan seterusnya pula. 

Post a Comment

1 Comments

  1. aa btol. ak biasanya takkan ambil waluaupun amount rm50. biar je la. ak tk berniat nk ambik sedekah atau menggunakan sndiri. maka ak biarkan dia tergolek di situ. huhuhu.

    ReplyDelete

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.