Review Lipmatte Sobella, The Legendary Sobella Raya Edition

Rodiah Amir

Assalamualaikum. Aku berkenan nak cuba Lipmatte Sobella lepas nampak iklan dekat Facebook sebab rasa cute sangat dia kaitkan Serikandi Melayu dengan warna Lipmatte Sobella.

Aku ni berdarah pendekar, cepat lah tergoda nak beli. Kita sokong! Tiberr. 


Review Lipmatte Sobella, The Legendary Sobella Raya Edition 

Selain tu diakui aku juga jatuh cinta dengan Sobella Raya Edition disebabkan oleh warna dia. Tone warna lembut je, bila pakai rasa ayu. 

Sesuai la dengan personaliti Serikandi. Aku merujuk kepada lipmatte Sobella bukan aku. lol.



The Legendary Sobella Raya Edition, Lipstick Raya Sobella


Sebelum aku cerita panjang, aku tak dibayar oleh mana-mana agent Sobella untuk buat review ni ya. Aku beli, aku suka, aku share. Begitu konsep dia. 

Kalau ada agent atau penjual Sobella yang nak gunakan entri aku sebagai marketing feel free to email me, kita sembang tepi. Terus cakap omputih. Tudia.

Ada lima warna kesemua dalam koleksi The Legendary Sobella Raya Edition. Aku hanya beli dua warna sahaja, The Legendary Sobella Raya Edition Mahsuri dan The Legendary Sobella Raya Edition Cik Siti Wan Kembang. 

Warna lain yang ada Puteri Gunung Ledang, Walinong Sari dan Puteri Santubong. Aku tak ingat lipmatte ni ada saiz besar ke tidak, tapi pastinya lipmatte aku beli ni cenonet je saiznya. Saiz dia kecil sikit dari jari kelingking aku.

Harga: SM (RM22) SS (RM25 | 1.3gram Net WT 0.04 Oz

Difomulasikan dengan madu lebah pertama di Asia.
Isi Kandungan - minyak argan, minyak kelapa, cocoa butter, aloe vera & madu lebah.
Vit E dalam aloe vera & khasiat minyak kelapa dapat melembapkan bibir yg kering & mengatasi bibir pecah agar lebih sihat & lembut.
Madu lebah dapat merawat bibir hitam supaya lebih segar.
Texture ringan & tidak melekit. Tahan 8 jam.



Kenapa Aku Suka The Legendary Sobella Raya Edition?


#1 Packaging

Simple tapi menarik. Ada lukisan kartun Serikandi yang comel dan ada ayat-ayat yang popular berkaitan Serikandi tersebut. 

Semua orang tahu kot kisah masyarakat Melayu tu jadi aku rasa macam part of it bila dia gunakan Serikandi. Kan aku cakap aku berdarah pendekar. Hahahaha.

Mahsuri ~

“Aku redha akan matiku jika benar aku bersalah tapi jika benar aku dianiaya, sesungguhnya aku haramkan darahku mengalir ke bumi ini, dan aku sumpah, bumi Langkawi tidak akan aman, berpuakalah menjadi padang jarak padang tekukur selama tujuh keturunan!”

Cik Siti Wan Kembang ~

Tanah serendah sekebun bunga,
Disitulah riwayat bermula,
Seorang Raja terkenal namanya,
Sejarahnya masyhur diman-mana.

Cik Siti Wan Kembang digelar nama,
Raja Kelantan yang bijak laksana,
Cantik Rupawan Ayu Jelita,
Menjadi sebutan sepanjang masa.

#2 Bau dan Warna

Orang kata dari mata turun ke hati kan? Tepat sangat sebab elok je aku pandang aku beli dengan tak banyak tanya dan tak baca review pun weh. 

Belasah je beli warna aku suka. Surprisingly aku suka bau dan tekstur dia. Sangat mudah bila dicalitkan ke bibir dan cepat meresap ke bibir.

Tapi bukan keringkan dan buat bibir luka. Aku rasa sebab cukup pelembap dalam tu agaknya. Bau dia bau tembikai susu. Aku suka je even bukan big fan buah tembikai susu.

Dari segi warna, memang slow tone je warna lipmatte ni. Aku suka pakai sebab tak over warna dia dan kalau nak tangkap gambar sila apply terang sikit.


#3 Tahan Lama?

Lipmatte Sobella bukan jenis waterproof ye jadi tak boleh la nak expect dia bertahan lama. Tapi tak la mudah nak tanggal kalau korang makan dan minum. 

Kira ok juga la ketahanan dia. Untuk aku yang pemalas nak calit semula, aku rasa ok je.


# Harga

Harga dia aku rasa agak mahal untuk The Legendary Sobella Raya Edition ni. Mungkin sebab limited edition, mungkin special edition harga dia begitu? 

Kalau compare lipmatte dekat farmasi, tambah duit sikit lagi dah boleh dapat yang ada brand. Tapi terpulang pada korang ok. duit korang. Kahkahkah.


Beli Lipmatte di Shopee Orange Madness Day

Berita baiknya, kalau korang nak beli Lipmatte Sobella pada harga murah, apa kata korang survey dekat sini.

Shopee sekarang tengah ada kempen “Orange Madness Day” yang berlangsung dari 24 Jun hingga 7 Julai.  Sepanjang tempoh kempen ni, barang korang akan dihantar dalam masa 24 jam. 

Selain dari tu, barang-barang dijual pada harga semurah RM0.77 untuk barang terpilih. Siap free shipping cost nyah! Pergi la beli. Aku dah taubat shopping ni kecuali suami offer nak belanja lagi. Ahaks.
  1. Klik link ini https://bit.ly/2OIKKGF
  2. Di bahagian filter sila tick “Shopee Express” sebagai option Shipping. Nanti Shopee warehouse yang akan hantar barang tu.
  3. Shopping dengan gembira.
  4. Buat bayaran dan tunggu barang sampai dalam masa 24 jam.


Selamat membeli belah dengan gembira. Aku tengah tahan nafsu supaya tak terjebak nak beli barang RM1 tu.
Tags