Ajar Anak Tentang Akil Baligh Dan Seks

Rodiah Amir
3

Aku kongsikan topik mengajar anak tentang akil bakigh dan juga seks sebab aku rasa ini antara topik ibubapa wajib faham tapi selalu dipandang ringan. 

Oleh sebab aku pun ada anak lelaki yang sedang membesar dan sifat ingin tahu dia tu kadang-kadang buat aku seram nak jawab.

Jadi aku bercadang nak cari ilmu tentang akil baligh dan cara nak kenalkan anak dengan pendidikan seks dan kemudian kongsi dekat blog. Atleast dapat juga berkongsi dengan orang lain.

Ajar Anak Tentang Akil Baligh Dan Seks

Perlu ke ajar anak tentang seks? Tak cukup ke pendidikan di sekolah? Waktu umur berapa perlu ibubapa ajar anak tentang seks? 

Dan sebagainya. Soalan-soalan ni memang bermain dekat fikiran aku. jadi jom teruskan membaca.




Mengajar Anak Tentang Akil Baligh & Seks


Rujukan utama aku adalah Saudara Akhi Fairuz. Beliau merupakan seorang penceramah yang selalu buat talk di sekolah-sekolah di seluruh Malaysia. 

Suka dengan cara penerangan dia yang segar, dan penggunaan bahasa yang berhemah.
Kalau di Facebook Akhi Fairuz suka menulis tentang isu Pendidikan Seksualiti Kanak-Kanak, Remaja. Review Drama & Filem, serta isu semasa.

Boleh follow Akhifairuz di Facebook

Melalui Akhi Fairuz ni lah juga aku dapat idea nak terangkan tentang perkara-perkara yang aku rasa malu nak ajar anak lelaki aku. Malu tapi kena buat juga. 

Lebih elok dia belajar dari aku dari dia dapat dari Google dan salah faham.

Ibubapa kena faham yang akil baligh lelaki dan perempuan berbeza. Memang dah jadi kebiasaan, didikan akil baligh selalu ditekankan pada anak perempuan sahaja sebab tanda-tanda mereka lebih jelas kelihatan seperti datang haid.

Didikan untuk perempuan tentang akil baligh; keluar darah haid, pakai pad, mandi wajib, menutup aurat dan kawasan larangan bahagian tubuh.

Tapi untuk anak lelaki, tanda- tanda seperti bertukar suara garau, sudah tumbuh bulu di wajah, ketiak, kaki dan kemaluan ni selalu diabaikan.

Anak-anak yang dibiarkan membesar tanpa faham perubahan ni akan menjadi semakin senyap dan dingin. 

Semakin menjauhi ibubapa dan semakin rapat dengan kawan-kawan. Jadi jangan pelik kalau anak-anak lebih percayakan kawan-kawan.




7 Perkara Ibubapa Perlu Tahu Untuk Ajar Anak Tentang Akil Baligh & Seks


#1 Kena ajar anak lelaki sejak kecil tentang kemaluannya (nama sebenar, apa itu ereksi, ejakulasi, fungsi testis). 

Kemudian, ia akan memudahkan urusan ibubapa bercerita fizikal mana pada tubuh badan anak akan berubah dari semasa ke semasa.

#2 Dari kecil kena tanamkan pada jiwa anak lelaki untuk prihatin dan bertanggungjawab pada wanita (terutama pada ibu, adik perempuan, kakak dan isterinya kelak) serta menjaga amanah yang diberikan Tuhan.

#3 Si ayah wajib mengajar anaknya cara mandi wajib. Buat praktikal supaya anak lebih faham. Tidak boleh harapkan pembelajaran di sekolah sahaja. Ibu juga kena ambil bahagian untuk terangkan kepada anak.

#4 Ibubapa kena terangkan fizikal dan bahagian mana yang akan berubah.
  •         Dada membidang
  •         Tumbuh bulu-bulu di ketiak, bulu pubis, bulu kaki melebat dan lain-lain perubahan.
  •           Suara menjadi garau.


#5 Anak lelaki biasanya jenis tak ambil kisah tentang diri. Jadi ibu bapa kena tekankan tentang penjagaan diri dan jadi tanggungjawab ibubapa untuk belikan pencuci muka, deodorant, minyak wangi, dan pakaian bersesuaian.

#6 Layan mereka seperti seorang kawan. Menjadi pendengar yang baik dan setia.

#7 Jika dari kecil kita tidak kekok bercerita tentang hal-hal seksual pada anak dengan tujuan mendidik, maka anak-anak tak akan malu dan sembunyikan sesuatu pada kita. Contoh kawan ajak tengok video lucah di handphone. Anak-anak akan maklumkan pada kita.

Tags

Catat Ulasan

3Ulasan

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.

Catat Ulasan