Resepi Kuih Kerbau Guling (Kuih Hitam)

Rodiah Amir
5

Masa mula-mula tengok kuih kerbau guling ni ingatkan dia macam kuih kaswi tu sebab warna gelap lepas tu salut dengan kelapa muda. 

Bila tengok resepi dan baca komen orang baru tahu yang kuih kerbau guling ni berbeza. Katanya kuih ni berasal dari Thailand. 

Resepi Kuih Kerbau Guling (Kuih Hitam) 

Nama kuih ni kalau di Thailand, namanya ialah Kanom Piakpoon. Berbelit lidah kau. Kenapa kerbau? aku pun tak paham kenapa.



Kuih viral
credit google image

Resepi Guna Tempurung Kelapa Bakar

Uniknya resepi kuih kerbau guling ni ialah bahan dia ada campuran tempurung bakar, yang diletakkan air dan ditapis masuk ke dalam bancuhan. 

Dari situ jadi warna hitam pekat tu. Lepas tu dimasak di atas api sederhana besar sehingga likat. Ada juga resepi yang tak guna tempurung kelapa bakar tapi resepi tu guna serbuk arang.   

Tak dapat bayangkan rasa dia macamana, tapi bagi Negeri yang dekat sangat dengan Thailand iaitu Kelantan memang dah jadi favourite penduduk sana rasanya. 

Tengok je la video yang orang awamkan kongsikan yang orang berebut menjerit nak beli kuih kerbau guling tu. Siapa beratur panjang. 

Nasib aku tak teringin sangat nak mencuba. Kita tengok jela demam kuih ni viral sampai bila.  Untuk sesiapa yang nak mencuba boleh la ikut resepi dekat bawah ni. Simple je nak buat. 

Bahan - bahan 
250 gm tepung beras 
200 gm gula
150 gm tepung jagung
1/2 sudu teh kapur makan
3 sudu tepung beras pulut
1/2 cawan santan pekat
Air 1 liter setengah (tengok kepekatan)
Tempurung bakar (untuk diambil air hitamnya sahaja&tapis, pastikan tempurung yang bersih)
Secubit garam



Cara Buat Kuih Kerbau Guling

Campurkan kesemua bahan di atas di dalam kuali sehingga sebati. Namun jangan buka lagi api. Kacaukan sehingga sebati terlebih dahulu barulah buka api.

Setelah itu, ramuan hendaklah dikacau secara perlahan-lahan di atas api yang sederhana sehingga likat dan pekat.

Sediakan bekas yang bersih. Pastikan bekas disapu dengan sedikit minyak terlebih dahulu supaya ianya tidak melekat.

Sediakan kelapa parut dari kelapa muda. Pastikan apabila memarut kelapa tersebut tidak terkena pada bahagian tempurung. 

Tak sedap nanti. Masukkan sedikit garam ke dalam kelapa dan gaul sebati.
Potong kuih tadi dan gulingkan ke dalam kelapa parut tersebut. 

Selamat mencuba untuk yang belum pernah cuba. Nanti kongsikan ya apa rasa kuih ni. Yang dah pernah cuba rasa dia macamana? Kalau akak buat nanti anak dan suami tak makan membazir je. 


Credit: Facebook Tengku Zaharah
           : http://www.kakinakl.com
           : YoutubeApihz Lee



Tags

Catat Ulasan

5Ulasan

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.

  1. haha..xteringin pun nak makan wlaupun dok kelantan..:)

    BalasPadam
  2. tulah kan resepi unik sebab air tempurung bakar tu. teringat kak kartun kampung boy, episod mak dia buat bengkang tu.

    BalasPadam
Catat Ulasan