Resepi Daging Masak Kicap Mudah Dan Sedap

Assalamualaikum, mood berkongsi resepi tengah on jadi kali ni nak kongsi resepi daging masak Kicap Mudah Dan Sedap versi aku. 

Kenapa daging masak kicap ni mudah sebab kali ni aku buat kelainan tak masukan rempah macam bunga lawang dan kawan-kawan dia. Tapi rasa masih sedap.


Resepi Daging Masak Kicap Mudah Dan Sedap 

Selalu aku masak kicap mak aku ajar supaya tambah bunga cengkih, bunga lawang, dan kulit kayu manis. Kebiasaan aku paling malang akan tergigit bunga cengkih. 

Tak dapat beza sebab kuah dia hitam jadi memang terganggu selera makan aku.


Oleh sebab aku nak makan Daging Masak Kicap dengan aman jadi kali ni aku decide untuk tak tambah rempah tu semua. Masih lagi sedap mengikut tekak aku. Jadi mudah untuk aku yang tersangat rajin ni.


Resepi Daging Masak Kicap Mudah Dan Sedap Ikut Tekak Aku

Bahan-bahan yang diperlukan untuk memasak Daging Masak Kicap Mudah Dan Sedap adalah seperti berikut. Jangan stress kalau orang kata masak tu mudah ok, basuh pinggan lagi susah dari memasak.

Percayalah!

Semangkuk daging lembu. Nak sedap dan tak perlu kunyah banyak kali semestinya kena guna daging batang pinang yo. Aku guna bahagian isi, urat bercampur lemak. Masih sedap yo.

Dua biji bawang besar, dua ulas bawang putih, satu inci halia dihiris. Aku malas nak tumbuk, jadi aku hiris je semua bahan. Kan resepi ni namanya resepi mudah.

Empat helai daun bawang yang dipotong dua inci. Tiga sudu cili kisar, 5 sudu kicap manis, minyak untuk menumis dan sedikit air.


Cara-cara memasak Daging Masak Kicap Mudah Dan Sedap adalah seperti berikut.

Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan yang dihiris. Setelah naik bau, masukkan cili kisar dan kacau lagi.

Masukkan kicap manis dan biar menggelegak. Seterusnya masukkan daging dan masak sehingga daging empuk.

Boleh masukkan tomato jika suka.

Siap. 


Lapan Petua Melembutkan Daging
  1. Rebus daging dan masukkan sudu. Ini selalu aku buat dan berkesan.
  2. Rebus bersama daun betik.
  3. Rebus bersama tebu. Kat tengah bandar mana pulak nak cari tebu hoi.
  4. Perap daging dengan cuka makan atau masukkan cuka semasa merebus makanan. Aku belum pernah cuba.
  5. Selain cuka boleh gantikan dengan lemon atau limau nipis selagi ianya bersifat asid.
  6. Guna buah kurma untuk lembutkan daging. Masukkan empat ke lima biji kurma dalam masakan.
  7. Rebus bersama gula batu katanya dapat melembutkan daging.
  8. Kalau susah sangat, beli je pressure cooker dan rebus daging selama 30 minit. Confirm lembut. Aku? guna je pressure cooker. Senang kerja.




Superpark Malaysia Avenue K Best Ke?

SuperPark Malaysia dikenali sebagai indoor park yang sesuai untuk satu keluarga terletak di tingkat 4 Avenue K, Kuala Lumpur. Dari Ice Skating sehinggalah ke flying fox, pendek kata segala aktiviti menarik ada di bawah satu bumbung.

Kami habiskan masa seharian bermain di SuperPark Malaysia. Berbaloi sangat dengan harga tiket yang dibayar. Kali pertama aku datang ke Super Park atas undangan dari pihak Superpark atas pelancaran pakej permainan mereka. 

Review SuperPark Malaysia Avenue K 

Oleh sebab ini kali kedua aku datang ke SuperPark Malaysia, jadi aku lah yang bertanggungjawab untuk pastikan aktiviti keluarga kami berjalan lancar. Suami dan anak-anak semestinya setuju tanpa bantahan.



Kami sampai sekitar pukul 11 pagi. Memang dah penuhkan perut dan teruja nak cuba semua permainan dekat dalam tu. So far hanya Ice Skating, iWall dan Super Climb sahaja yang kami tak cuba.


Aku suka dan cadangkan korang untuk bawa anak-anak ke SuperPark Malaysia sebab memang seronok gila  tempat ni. Aku jamin bukan kanak-kanak je yang teruja sebab permainan dekat dalam SuperPark Malaysia sesuai untuk semua lapisan umur.




9 Sebab Kena Pergi Superpark Malaysia



#1 Ada banyak jenis mainan yang boleh di cuba mengikut peringkat umur.

#2 Sentiasa ada staff untuk pantau dan juga hulurkan bantuan kalau nampak kita macam blur. Suka senyum pula tu.

#3 Tak perlu beratur lama untuk main. Setiap game ada had limit masa dan ada staff yang jaga.
#4 Ada tandas yang bersih, besar dan selesa.

#5 Nursing room disediakan dan boleh ambil air sejuk dekat dalam bilik tu. Ibu bapa boleh letak flusk dalam loker.

#6 Setiap tiket entitle satu loker. Boleh guna sepanjang hari dan tiada limit untuk guna. Loker cukup besar untuk letak beg galas dan selamat.

#7 Anak-anak di bawah tiga tahun boleh bermain di gym yang disediakan khas untuk mereka.

#8 SuperPark Malaysia terjaga kebersihan dia walau ramai orang main dekat dalam tu. Jadi aku yakin lepaskan anak-anak aku bermain, termasuk la memanjat dan tergolek.

#9 SuperPark Malaysia juga sediakan bilik untuk private party dan juga team building.




Harga Tiket SuperPark Malaysia

Tiket kanak-kanak dan orang dewasa adalah sama. Kanak-kanak berumur 3 tahun dan ke atas kena beli tiket. Apa yang bezakan hanyalah sesi bermain dan hari korang pergi je.








Untuk pergi ke SuperPark Malaysia korang boleh naik pengangkutan awam atau drive kereta dan waze saja ke bangunan Avenue K ni. Untuk yang nak elak jammed dan mudah boleh naik LRT menghala ke Kelana Jaya dan berhenti di stesyen KLCC.


ADDRESS

Unit 4-1, Level 4, Avenue K Shopping Mall, 156, Jalan Ampang, 50450, Kuala Lumpur

OPENING HOURS

Monday – Friday, 10am – 9pm
Sat, Sun, Public and School Holidays, 9am – 9pm

CONTACT NUMBER

+603 2789 1408
(9am – 6pm)

Lelah Dengan Kehidupan Just A Random Talk

Lelah Dengan Kehidupan Just A Random Talk

Assalamualaikum. Pernah rasa lelah dan berat nak meneruskan kehidupan?

Aku rasa itu perkara dan perasaan biasa yang semua orang akan rasa. Terpaling lelah bila penat berusaha tapi masih belum bertemu hasilnya.

Weekend kebiasaannya akan jadi hari tersibuk aku dalam kehidupan. Kalau orang lain sibuk bekerja pada hari biasa, surirumah macam aku akan mula 'bekerja' pada hari Sabtu dan Ahad.

Mana tak nya Big Boss merangkap suami dan anak-anak ada 24 jam depan mata.



Weekend juga lah aku akan cuba curi masa untuk update semua perkara dalam blog. Kemas kini plan untuk seminggu dan kemas rumah sebab hari biasa anak bongsu lebih suka melekat tak izinkan aku bergerak bebas.

Weekend aku selalunya akan keluar beli barangan dapur, kemudian balik kemas stok dan memasak. Benda tu duk ulang over dan over dan over. Sebab tu terkadang jadi lelah.

Bukanlah aku menyesal atau aku kata surirumah is a night mare. Tak pun cuma how we handle it. Dia akan jadi rumah ku syurga ku atau sebaliknya.

Semoga Hari Isnin aku lebih ceria.

Cuma aku terfikir, sampai bila ya semua putaran ni akan terus bersilih ganti. Masa keluar makan tadi, niat nak melawat pakcik yang pernah jaga anak sulung aku dari umur tiga bulan sampai umur Ikhwan tiga tahun.

Rupanya dia diserang strok awal tahun lepas, dan baru-baru ni dimasukan ke Hospital sebab bacaan kencing manis terlalu tinggi.

Bila aku mesej anak pakcik, dia kata Pakcik dan tiada. Kelmarin pakcik tinggalkan kami semua. Tak lama pun jarak masa.

Sedihnya hati. Terkilan pun ya juga. Semoga pakcik tenang di sana. Pakcik orang yang baik, tak lokek senyuman, murah hati dan kuat bekerja.

AlFatihah.



Syarat Bersumpah Dengan Al Quran

Syarat Bersumpah Dengan Al Quran  

Assalamualaikum. Sedih betul bila baca berita tentang remaja perempuan yang sanggup pijak kitab suci Al Quran semata-mata untuk buktikan sumpah yang dia bercakap benar. Tapi kenapa perlu pijak, sedangkan Al Quran itu perlu dijunjung dan dihormati. Apa yang cuba dia buktikan sebenarnya? Berani kerana bercakap benar?

Jadi, bila keluar berita memijak Al Quran ni rasa macam dah melampau sangat. Pijak kerana nak kawan-kawan dia percaya yang dia melakukan maksiat. Allahuakbar.   Jadi kita tak boleh selesa sangat dengan apa yang berlaku sekarang. Kita kena pastikan anak-anak, keluarga, saudara mara kita faham dan cintakan Al Quran. Lengkapkan diri dengan ilmu. 

Semuanya bermula dari rumah kan? Kita cuba lakukan bahagian kita dahulu. Melalui kepimpinan dan tauladan, 

Farhat Soothing Mist Bantu Atasi Masalah Kulit

Memiliki kulit yang cantik dan bebas masalah kulit merupakan idaman setiap orang dan ada segelintirnya sanggup mengambil risiko tanpa mempedulikan kesan jangka panjang pada kesihatan.

Siapa tak mahu cantik? Impian semua kot. 

Ikut pengalaman aku sendiri, memang ada kenalan aku yang berperangai ‘asal boleh’ bila mencuba produk kecantikan.

Sikap asal boleh ni disebabkan oleh kurangnya pendedahan, kurang pengetahuan tentang kecantikan dan sifat sambil lewa. 


Farhat Soothing Mist Bantu Atasi Masalah Kulit  

Seakan terdesak, mereka percaya bulat-bulat bila penjual menerangkan betapa bagusnya produk yang mereka jual. Memang ngeri.

Sepatutnya dapatkan maklumat tentang bahan-bahan yang terdapat dalam sesebuah produk dan rujuk kepada pakar terutama mereka yang ada masalah kulit sensitif. 

Seronok bila dapat tambah ilmu semasa menghadiri pelancaran produk Farhat Soothing Mist yang dapat membantu masalah kulit baru-baru ni. 




Farhat Laboratoires Perkenalkan Farhat Soothing Mist Bantu Tangani Masalah Kulit

Aku berpeluang mengenali Dr Farhat Ayaz Pengasas Farhat Laboratoires, semasa pelancaran Farhat Soothing Mist di Kliniknya Sabtu lepas di Kota Damansara.



Berdasarkan pengalaman Dr Farhat selama lebih 15 tahun dalam bidang penjagaan kesihatan kulit, Dr menekankan pencegahan adalah penting dalam memastikan kesihatan yang berpanjangan. 

Seperti kata pepatah “Cegah sebelum parah”.




Farhat Soothing Mist merupakan semburan bagi membantu mereka yang ada masalah kulit akibat penggunaan produk kosmetik yang tidak sesuai dengan kulit wajah

Farhat Soothing Mist tidak mengandungi bahan kimia yang merbahaya dan bahan terlarang, produk terbaharu ini membantu mengatasi masalah kulit pengguna secara semula jadi.




Fungsi utama Farhat Soothing Mist menenangkan kerengsaan kulit dan seterusnya mengelakkannya daripada kekal teruk serta bermasalah.

Formulasi istimewa daripada sumber alam dengan ekstrak bunga-bungaan dan daun menjadi ramuan utama dalam meminimumkan stress pada kulit wajah.

Harga: RM150.00 sebotol | 100ml




Ramuan Istimewa Farhat Soothing Mist

Mengandungi ramuan seperti daun Hamamelis Virginia (daun witch hazel) membantu mengurangkan keradangan. 

Sifat-sifat antikeradangan yang terdapat pada tumbuhan herba ini membantu meredakan keadaan tanpa bertindak secara langsung kepada penyebab keradangan, sekali gus memberikan kesan yang lembut pada kulit.

Selain itu, bunga mawar Damsyik (Rosa damascena) dan bunga kamomil (Chamomilla recutita) bukan sahaja dikenali dengan sifat wangian semulajadi tetapi juga ciri-ciri farmakologikal termasuk antibakteria, antitusif, dan kesan yang membantu menenangkan keradangan kulit. 

Perlindungan antioksida yang terdapat pada bunga-bungaan ini juga mampu menenangkan dan memberi kelembapan kulit.

Daun aloe vera (Aloe barbadenesis) pula bersifat memulih dan antikeradangan yang mengurangkan kerengsaan kulit. 

Kandungan giberellin dalam tumbuhan ini berperanan sebagai hormon pembesaran yang merangsang pembentukan sel-sel baharu. 

Ini seterusnya membenarkan keadaan kulit bertambah baik dengan lebih pantas serta meminimumkan kesan parut.

Kehadiran herba Centella asiatica seperti pegaga yang mengandungi sebatian aktif termasuk madecassoside berperanan sebagai antioksida pada kulit. 

Kandungan yang kaya dengan asid amino juga memberi kelembapan yang baik dan menenangkan kulit yang bermasalah atau rosak. 

Ia juga mengurangkan kesan kerosakan kulit akibat sinaran cahaya matahari serta meningkatkan keupayaan perlindungan kulit.

Farhat Soothing Mist juga mengandungi sebatian magnesium sulfat yang membantu dalam memastikan kulit sentiasa segar, sihat dan kelihatan muda dengan membantu mengurangkan garis-garis halus dan kedutan pada wajah serta mengatasi masalah jerawat dan jeragat. 

Manakala sodium hyaluronate mampu meresap ke bahagian dalam kulit wajah, memastikan kelembapan kulit yang berpanjangan. 

Ia juga tidak toksik, tidak memberi kerosakan atau merengsa kulit.




Selain Farhat Soothing Mist, antara produk lain yang boleh didapati di Klinik Kulit Dr Farhat Ayaz, Farhat Laboratoires & Farhat Wellness adalah:

  • Blossom beauty soap (RM50)
  • My secret weapon (RM120)
  • Sleeping mask (RM150)
  • Recovery serum (RM120)


Farhat Laboratoires sentiasa memberi tumpuan pada produk penjagaan dan kecantikan kulit terutamanya kulit wajah dengan menyediakan rangkaian produk berkualiti tinggi yang sesuai dengan segenap keperluan kulit.




Ciri-ciri Produk Terlarang

Pernah tak semak isi kandungan produk kecantikan sebelum membeli? Kalau ada, baguslah. 

Antara ramuan terlarang popular yang sering digunakan oleh pengeluar produk kosmetik dan penjagaan kulit yang tidak bertangunggjawab adalah seperti merkuri, plumbum dan juga bahan racun seperti hidrokuinon, tretinoin, paraben, antibiotic, dan juga kortikosteroid.

Ramuan tersebut mampu memberi kesan negatif pada kulit dan kesihatan dalam jangka masa pendek dan panjang seperti:


Kesan Merkuri Pada Kulit Dan Kesihatan

  • Menyebabkan kerosakan buah pinggang dan saraf.
  • Berpotensi mengganggu perkembangan otak bayi dalam kandungan.
  • Risiko kepada kanak-kanak yang boleh mengakibatkan ruam, kerengsaan, dan perubahan tona kulit.


Kesan Hidrokuinon Pada Kulit Dan Kesihatan

  • Hidrokuinon biasannya ditambah ke produk pemutih kulit bagi mendapatkan kulit yang lebih cerah atau merawat masalah pigmentasi pada kulit.
  • Menjadikan kulit kemerah-merahan, perubahan warna kulit dan hipersensitif.
  • Mengurangkan perlindungan kulit daripada pancaran sinar UV yang berbahaya dan meningkatkan risiko kanser kulit.


Kesan Tretinoin Dan Antibiotik Pada Kulit Dan Kesihatan

Sementara tretinoin dan antibiotik digunakan untuk merawat masalah kulit berjerawat. Tetapi ramai yang tidak sedar bahawa ramuan berkenaan menjadikan kulit tidak selesa, pedih dan mengelupas serta sangat sensitif pada matahari.

Penyalahgunaan krim kortikosteroid pula dikaitkan dengan masalah penipisan kulit, peningkatan kanser kulit serta kulit yang semakin gelap.

Bila kurangnya pengetahuan dan kesedaran memilih produk kosmetik yang selamat, kecenderungan untuk guna produk kosmetik yang salah dan tak sesuai itu lah yang sebabkan kulit terima padahnya.

Produk kosmetik dan penjagaan kulit yang tidak sesuai pada keadaan kulit juga memberikan kesan negatif pada kulit termasuk jerawat, jeragat, kegatalan dan keadaan yang sensitif.

Paling utama: rangkaian produk Farhat Laboratoires memperoleh kelulusan dari Kementerian Kesihatan Malaysia.

Boleh hubungi no dibawah untuk mendapatkan keterangan lebih lanjut tentang Farhat Laboratoires & Farhat Wellness:

Alamat : No.29-G, Jalan PJU 5/20A

The Strand Kota Damansara,
47810 Petaling Jaya, Selangor


Email : farhatlaboratoires@gmail.com
Talian untuk dihubungi  : +6019 616 7505


Food Review Nene Chicken Avenue K

Pertama kali cuba Nene Chicken di Avenue K adalah beberapa minggu lepas. Tertarik nak cuba sebab nama Nene Chicken agak unik dipendengaran aku. 

Nene what? As usual restoran Nene dipenuhi anak muda yeah. Nene Chicken adalah dari Korea. 

“Nene mean “Yes Yes” in Korea. 
“An expression used when indicating enthusiasm and willingness to be helpful and friendly”

Review Nene Chicken Avenue K 





Pertama kali nak pilih memang agak blur. Main menu mestilah ayam, burger dan juga nasi. Side dish dia pun nampak lazat kesemuanya. 



End up kami cuba makan boneless chicken. Mix combo, pilihan perisa Bulgogi dan Swicy. Staff tu kata pedas, tapi bagi kami tak pedas mana pun. 



Untuk set Combo dapat ayam, fries dan juga air refillable.

Harga: Set Combo | RM 55.95 termasuk tax





Review Aku Tentang Nene Chicken


Bagi aku walaupun set dia kata set Combo tapi aku rasa macam sikit sangat portion dia bagi. Bila makan Combo Set of course la akan kenyang kan? 

Aku harap Nene Chicken boleh lebihkan ayam, fries dan juga sos salutan ayam.

Dari segi rasa untuk lidah suami aku yang tak biasa dengan Korean Food dia suka la. So good job. Cuma tu lah kan, kalau ko tambah portion memang jadi port wajib aku singgah la kalau jumpa.



Harga dia boleh tahan mahal bagi aku yang ada anak tiga ni. Baik aku makan KFC lagi kenyang dengan RM55 ituh.

Tapi, terpulang untuk korang la nak cuba. Mungkin aku patut ambil set lain, set beserta nasi kurus itu ke, atau yeah nanti lah kalau jumpa lagi aku boleh cuba yang lain.

Makan KFry lagi berbaloi.

Status Halal Nene Chicken


Aku dah pm Nene Chicken di Facebook mereka dan mereka masih mengusahakan untuk dapatkan Sijil Halal dari JAKIM. Tapi Nene Chicken aware tentang pentingnya Halal status tu.


Halal Status Nene Chicken

All foods on our menu are pork free, lard free, and alcohol free. We also like to add that the suppliers we work with are HALAL Compliant and we are working on HALAL Certification.





Potty Training Raudah Sakinah Akhirnya Berjaya

Potty Training Raudah Sakinah Akhirnya Berjaya  


Assalamualaikum. Alhamdulillah. Akhirnya berjaya potty training Raudah Sakinah setelah banyak kali gugur air mata dia.

Takut betul dia dengan tandas. Ini kali kedua aku mulakan potty training sejak misi latih potty training pertama gagal. 

Di usia dia menginjak tiga tahun satu bulan, aku berjaya kenalkan dia dengan fungsi tandas. Lol. Tahniah anakku. Kita belajar dan cipta kenangan sama-sama ok. 

Kalau ikutkan aku memang dah hampir sangat putus asa. Kalau cubaan kali ni gagal memang aku akan latih potty training masa dia empat tahun je. Mungkin masa tu sabar aku makin menebal. Kahkahkah.



Aku plan nak belikan dia hadiah sebagai tanda aku hargai usaha dia walaupun hanya nak suruh dia faham guna tandas. Orang kata celebrate even small success kan? Dia dah lama dia minta jam Mickey Mouse warna Pink. 

Walaupun dia masih belum bebas lampin sepenuhnya tapi bila dia dah pandai minta nak ke tandas nak kencing dan buang air besar aku rasa bangga sangat. Bayangkan, dia nak buang air besar tapi dia takut. Dia suruh aku pegang tangan. 

Dah jadi hal aku pegang tangan sambil pintu tandas terbuka. Adik dia pula memang suka ambil bahagian. Kalau kakak sebut nak kencing, laju je adik berlari ke tandas. Sibuk nak main air. 

Rutin dia setiap hari, Raudah akan bercerita dengan bangganya dekat abah dan abang dia tentang kejayaan dia gunakan tandas. Alahai anak. 

Sejujurnya, latih anak di usia yang masih kecil memang perlukan komitmen dan juga usaha yang besar. Perlu siapkan mental dan fizikal, kalau tidak anak akan jadi mangsa hilang sabar. 



Tapi tak mustahil pun nak latih anak potty training di usia tiga tahun ok. Syabas untuk diri sendiri. Aku bangga dengan kau. Chewah. 

Aku recap semula apa aku buat untuk latih Potty Training anak di usia tiga tahun:

Kenalkan dia dengan tandas, ajar cara guna dan tekankan tentang kebersihan. 
  1. Ajar dia untuk beritahu jika ingin ke tandas. 
  2. Bantu untuk atasi ketakutan dia. Anak-anak kecil tinggi daya imiginasi. Ketakutan akan jadi batu penghalang untuk dia mencuba perkara baru. 
  3. Ibu bapa kena bersedia mental dan fizikal serta kena sabar paling tinggi. Elak marah anak, kalau ter marah macam aku buat; peluk dan terangkan kenapa marah. 
  4. Umpan anak dengan rewards kalau berjaya. Aku akan guna taktik rewards bila waktu kritikal sahaja. Kalau selalu guna nanti tak berkesan. 
  5. Selalu puji anak bagus dan hebat. Setiap kali pujian tu diterima semakin bersemangat anak nak buat yang terbaik.


Itu sahaja perkongsian aku tentang perjalanan melatih potty traing Raudah Sakinah. Walaupun hampir menyerah kalah tapi kita tetap berjaya lakukannya. Good job my daughter. 

Next, adik dia nanti macamana la pula. Mampukah? 

Blogger Terengganu Datang Beraya - Husniey Hussain

Blogger Terengganu Datang Beraya - Husniey Hussain | Assalamualaikum, beberapa minggu lepas sempat meraikan tetamu yang datang jauh datang dari Negeri Pantai Timur beraya di rumah kotak kami. Husniey ni travel blogger yang berasal dari Terengganu. Kebetulan Husniey bercuti ke KL, jadi dapatlah berjumpa dan beraya sekali. 

Ini kali kedua jumpa adik manis ni. Sedikit throwback kami pertama kali bertentang mata ialah sewaktu di Melaka. Masa tu buat review The Shore Melaka. Kami tengok ikan sama-sama. Romantik kan? Hahahaha.  

Tomyam Kaw di Restoran HM Oren Tomyam

Assalamualaikum, untuk edisi food hunting kali ni tekak teringin nak makan tomyam dan Seafood celup tepung. 

Oleh sebab selalu plan last minute biasanya permintaan tu payah nak tercapai sepenuhnya. 

Jadi untuk tak hampakan tekak sendiri makan kita repeat makan Tomyam Kaw di Restoran HM Oren Tomyam yang terletak di Wangsamaju.

Lokasi tepat restoran ni ialah di belakang Restoran NZ. Seksyen berapa aku lupa tapi dekat dengan Aeon Big Wangsamaju. Seksyen 4/5 la kot kan. 

Tapi serius tomyam kedai dia power. Memang kaw. Bukan setakat tu je segala mak nenek masakan panas dia sedap. Ada rasa la.


Tomyam Kaw di Restoran HM Oren Tomyam 

Cuma kelemahan kedai dia tak jual Seafood celup tepung je. huwaa.

Masa aku makan dekat situ aku konon nak update Instagram dan share location as usual la kan. Sayangnya location dia tak boleh detect plus Instagram restoran tu pun tiada. Bagi aku lack of marketing la.



Kalau korang ada berdekatan dan nak cuba makan di Restoran HM Oren Tomyam aku cadangkan makan tomyam dulu lepas tu order Teh Ais ye. 

Hari tu aku tak sempat order, aku jenguk meja sebelah punya air pekat gila teh dia.

Ikut tekak aku yang makan hampir semua benda ni aku bagi 4 bintang untuk kesedapan makanan dia. kang bagi 5 korang kata tiada yang sempurna right? Harga berpatutan, kedai bersih dan selesa. 





Agak-agak korang tak jumpa mana satu restoran dia, korang bawak la aku pergi makan sekali kat sana. Baru meriah kan?

Nota sampingan: ada kenangan masa aku tengah habiskan makanan, suami aku bawa anak bongsu lepak dekat luar kedai sebab dia bosan tunggu aku makan. 

Lepas tu, ada sorang minah ni naik kereta dan lalu angkat tangan dan lambai anak dan suami aku. Dengan senyum manis ok. 

Ye dia lambai anak aku la kan? Sedapkan hati. Soalan aku; kalau aku menjadi minah tu, adakah aku akan lambai kepada lelaki anak satu yang lepak tepi jalan?


Set Pengurusan Jenazah Kit Kifayah Pos Malaysia Berhad

Assalamualaikum. Terjumpa Kit pengurusan jenazah yang aku rasa benda perlu ada di setiap rumah. Kebetulan ada urusan di pejabat pos WangsaMaju. 

Ternampak Kit Kifayah yang dijual oleh Pos Malaysia Berhad. Elok sangat kit jenazah ni letak dekat rumah supaya setiap masa kita akan ingat tentang mati.

Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud, “Agama itu mudah, oleh itu permudahkanlah, jangan memayahkan, gembirakanlah, dan jangan meliarkan (menakutkan?”


Set Pengurusan Jenazah Kit Kifayah Pos Malaysia Berhad 

Dengan adanya kit Kifayah Pengurusan Jenazah ni akan menyenangkan pengurusan bila berlakunya kematian. Memang mudah dan sempurna. Mati tu kan tak terjangka, elok sangat kalau bersedia.

HARGA: RM200 SEMENANJUNG | RM220 SABAH/SARAWAK





Kit Kifayah Kit Pengurusan Jenazah

Ada 20 peralatan utama disediakan di dalam Kit Kifayah Kit Pengurusan jenazah dan boleh digunakan oleh lelaki, perempuan mahupun kanak-kanak. 
  1. Tiga Helai Kain Kafan (2.5m X 60 Inci)
  2. Sehelai Kain Kemban
  3. Sehelai Serban / Tudung
  4. Sehelai Baju / Gamis
  5. Dua Helai Sarung Bantal
  6. Lima Helai Tali (2m X 2inci)
  7. Dua Gulung Kapas
  8. Satu Botol Air Mawar
  9. Akar Sintok
  10. Sepuluh Batang Putik Kapas
  11. Sebatang Celak
  12. Sebotol Kapur Barus
  13. Sebotol Serbuk Cendana / Pacai
  14. Sebotol Minyak Attar
  15. Sebuku Sabun
  16. Apron Plastik
  17. Plastik Sampah
  18. Dua Set Sarung Tangan Getah
  19. Satu Set Topeng Muka
  20. Panduan Pengurusan Jenazah




Selain daripada letak dekat rumah untuk kegunaan sendiri boleh juga hadiahkan untuk keluarga, rakan-rakan dan boleh beli dan wakafkan. 

Korang boleh dapatkan Kit Pengurusan Jenazah ni di pejabat pos yang terpilih atau boleh beli secara atas talian.



Pot Luck Raya Aidilfitri 2019

Assalamualaikum. Walaupun Raya dah habis tapi masih lagi nak kongsi cerita sambut raya dengan ex-collegue company last aku bekerja. Alhamdulillah dapat sambut raya bersama masa minggu terakhir Syawal tu. 

Plan nak buat pot luck bertemakan raya la semestinya tapi end up dengan menu makan tengahari. Ya ampun enjoy dan meriah dengan gelak tawa. 


Pot Luck Raya Aidilfitri 2019 

Alhamdulillah ukhwah masih terjaga dan terima kasih kawan-kawan masih ingat dan ajak aku join korang. sobs. 

"Potluck adalah perhimpunan di mana setiap tetamu atau kumpulan menyumbang hidangan yang berbeza, buatan sendiri untuk dikongsi bersama. "




Dah namanya pun potluck, jadi masing-masing bawa makanan kepakaran masing-masing atau lebih tepat menu yang pandai di masak. Kahkahkah.

Aku bawa ayam bakar, sayur campur dan nugget. Hai ayam bakar seksi. muahh. Jadi hari tu ada ketupat palas jagung, Kek Lapis Sarawak, Sambal Udang Petai, Rendang Daging, sayur campur, telur masin, ulam, serunding, kuih muih, buah-buahan dan kek.




Ni air viral nama dia Air Soda herba ke apa aku lupa. Tapi dalam ni ada lemon, asam boi, ice cream soda, dan serai. Pun ketagih nak minum.




Geng Potluck Raya 2019 terdiri daripada: 

Finaz - Rendang Daging
Bel - Kuih Nona dan cream puff
Rica - Ketupat Palas Jagung, serunding & Air Soda
Kak Aisyah - Tuan Rumah yang sediakan nasi, sambal udang petai, telur masin, ulam
Kak Salina - Kek Lapis Sarawak



Budak dua orang ni tak kira dah raya ke apa bila dah dapat mainan. Masa ni tengah elok tak berebut. Selain daripada masa ni semuanya asyik la berebut. 



Well, sesekali berjumpa memang tak sah kalau tak gelak besar. Lepas penat makan, sembang then ajak bergambar. Memang tak sah kalau tiada gambar posing macam ni. Love you all. 




12 Menu Potluck Menarik & Mudah


  1. Nasi Impit Kuah Kacang
  2. Kek Batik & Puding
  3. Roti Jala & Kari Ayam
  4. Rendang Ayam
  5. Spagethi Bolognese
  6. Nasi Lemak
  7. Mee / Bihun Goreng / Sup
  8. Piza
  9. Popia Cheese
  10. Donut / Bombolini
  11. Sandwhich 
  12. Buah-Buahan


Cendol Durian & Laksa Sarang Warisan Kak Aini

Cendol Durian & Laksa Sarang Warisan Kak Aini (WKA) 

Assalamualaikum pemburu makanan sedap. Aku nak kongsikan satu restoran perlu korang pergi untuk makan cendol durian, cendol mangga, laksa sarang, nasi ayam bakar dan rojak power.

Sekarang pun tengah musim durian, jadi memang cun sangat kalau pergi cuba. Restoran yang aku maksudkan ialah Restoran Warisan Kak Aini yang terletak di Seksyen 2 Wangsa Maju Kuala Lumpur.



Restoran WKA dibuka bermula 11 pagi sehingga 7 malam. Selain cendol dan laksa, dekat sini ada nasi campur tengah hari. Malas nak keluar boleh order melalui Grab Food. 




Aku memang aim nak makan cendol sebab last aku makan Cendol Durian King di Café Cacamerba  jadi aku cuba Cendol Mangga dan suami cuba Cendol Durian. 

Memang tak mengecewakan. Tak muak, manis sedang elok dan sedap berlemak weh. Hantu durian mesti akan suka.




Untuk anak-anak aku order Nasi Serai Madu Bijan. Ayam tu kulit dia garing dan isi lembut. Terasa segala perasa dia.

Sambal tu seakan sambal hijau (kurang pedas) dan sesuai la makan dengan nasi ayam. Aku syak bijan tu yang buat ayam dia jadi sedap. Sup ayam bukan sup kosong biasa jadi aku suka.




Walaupun aku datang situ nak cuba laksa sarang, tapi rojak ayam ni berjaya tawan hati aku. Kuah rojak is to die for. Sila cuba kalau datang sini. Rojak ni suami yang order tapi dia bengang aku asyik mintak. kahkahkah.



Tara, Laksa yang aku asyik  duk zikir nak cuba. Laksa Sotong. Patutnya nak cuba Laksa Sarang Ikan Seekor macam dekat Langkawi tu tapi aku berubah selera lepas nampak sotong.

Kuah Laksa sarang ni pekat, dan sedikit masam bagi aku. Tapi masih sedap. Mungkin aku terlalu tumpukan pada rojak ayam tadi. hahahaha.



Aku kagum orang boleh buat sarang tu. Sedap tak lembik, cruncy bila kunyah.


Korang tengok sendiri la senarai menu makanan yang ada beserta harga sekali aku letak dekat sini. Nak datang Restoran Warisan Kak Aini ni mudah je dan dekat dengan Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan. Susah sangat waze je.

Semua makanan yang aku cuba tu aku suka, tempat makan bersih termasuk tandas. Pekerja dan owner yang mesra pelanggan. Jadi aku selesa nak makan dan in sya Allah akan repeat lagi.

Sekian edisi food hunting yang tah keberapa. Aku akan kongsi lagi tempat makan yang aku rasa menarik untuk korang cuba juga.


Warisan Kak Aini

No 3, Jalan 4/27a, 
Bandar Baru Wangsa Maju Seksyen 2, Setapak, 
53300 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur



Hello July Let’s Make Success

Hello July Let’s Make Success

Assalamualaikum, dah masuk July tinggal lagi setengah tahun nak capai apa yang kita sasarkan masa awal tahun yang lepas. Apa khabar goal plan anda? ada yang dah capai? Atau berapa peratus dah siap? Me myself tengah berlari berpeluhan sebab ada antara plan yang belum bergerak. Gerak pon tak banyak sangat so kena pecut la sekarang. Jadi yang satu kapal dengan aku jom jadikan Bulan July sebagai bulan kita bergerak dengan lebih pantas dan berjaya.

Let’s Make This July a Success Month

Alhamdulillah Allah masih izinkan untuk bernafas sehingga hari ini. Jadi kena la buat yang terbaik. Kita tak tahu bila kita bakal dipanggil kan? Kena la buat persediaan. Apa aku taip ni sebenarnya peringatan kepada diri sendiri. Banyak masa aku terbuang, jelous tengok kejayaan orang lain lepas tu down. Sedangkan lebih elok aku fokus dekat diri sendiri. Tepuk dahi.