Catatan Kandungan 28 Minggu

Rodiah Amir

Catatan Kandungan 28 Minggu


Yo dah masuk 7 bulan pregnant pon. Alhamdulillah. Masuk je 7 bulan ada la dalam 5 orang tegur aku macam dah sarat sangat. Oh mai. Janganlah due date tahun depan ok. Jan27 2018 kalau ikut anggaran doctor. takut. 

Kandungan kali ni perut ke atas sangat. Ke dada lepasnya. Sabar jela. Nafsu banyak nak makan minum tapi tak leh isi penuh-penuh. Bole terkeluar semula.

Kali ketiga mengandung rasa macam cepat je kaki, betis membengkak. Selera makan kuat jugak tapi mujur tak macam tong drum. Nak makan western, burger, kek, chocolate and berselera tengok fast food. Yang manis-manis tu semua boleh telan. Semua teringin.

Google Image

Pengalaman Pedih Ulu Hati Masa Mengandung


Alhamdulillah pedih ulu hati agak jarang kena sebab macam every minutes mulut nak mengunyah. Macam dah makan main menu pastu kena ada dessert. Start with buah, main, then dessert. Half an hour or less nak kunyah keropok or biskut pulak. adoi rolling eyes bila fikir.

So far persiapan baby and pantang belum lagi start. Suami asyik bebel aje suruh siapkan. Aku? ermm malasnya. Suami kata beli je online nanti claim kat dia. bab tu seronok dengar tapi nak beli ok malas. Nak survey lagi.

Akan buat tapi slow-slow. Lepas ni kalau aku asyik share pasal pregnant, pantang dan list kena ada sila jangan bosan baca. Kalau ada yang baca la. Hahahhha. So far dah siap sikit-sikit.

Moga dipermudahkan la urusan. Risau sangat mengandung di usia begini. Cakap macam dah 40 an kan. hahhaha. Tapi perasan gak bila masuk kandungan ke tiga stamina kurang sudah. 

Patutlah mak suruh mengandung masa muda. Dengan anak-anak kecik nak tagih perhatian, anak dalam perut nak morning sickness. Ha tanggung la akibatnya.

Semoga dipermudahkan lah urusan sehingga selamat bersalin dan seterusnya. Tak sabar nak cium bau baby fresh. Alahai terus rindu Raudah dan Ikhwan. Over sangat perangai mak-mak ni.


 
google image
Tags