Resepi Tomyam Udang sedap

Assalamualaikum, 

Semenjak mengandung ni kalau boleh semua makanan nak pedas dan masam je. 
Yang lain kurang selera sikit bila terfikir nak lalu kat tekak ni. 
Oleh sebab teringin nak makan tomyam tapi tak suka ayam so berhajat la buat tomyam udang.

Tak selera nak tengok sotong jugak. Kalau ayam mentah lagi la. 
Nak muntah. Ayam dah siap masak masih lagi boleh telan. 
Mujur suami dan anak layankan aje peel mak buyong ni.

Memang dari dulu kalau buat tomyam pakai rencah segera Adabi je. Senang kerja. 
Kalau dulu selalu paste tomyam tu masuk dan didihkan, tapi baru perasan kalau tumis bawang and tumis sekejap rencah dia tomyam jadi lebih sedap.


Untuk sesiapa yang nak cuba boleh ikut resepi bawah ni.

Tetap setia dengan brand Adabi since anak dara dah guna paste yang ni


Bahan-bahan:

3 sudu paste Tomyam Adabi
10 ekor udang
Cendawan Tiram
2 biji bawang merah dihiris nipis
1 biji bawang Holand dihiris sederhana tebal
1 batang serai
Daun ketumbar
Air secukupnya. (dalam 2 cawan)
Tomato
Air perahan limau / asam jawa
Bahan perasa

Cara-cara:

Masukkan serai yang diketuk dan bawang merah dan tumiskan sehingga naik bau , dan masukkan paste tomyam. Kacau seketika kemudian masukkan air.

Masukkan udang, tomato, dan sayuran lain seperti pucuk jagung, saderi jika suka.
Setelah menggelegak masukkan air perahan limau dan perasakan dengan garam/gula.

Dah mendidih tabur daun ketumbar. Siap untuk dihidang.
Senang kan? Selamat mencuba.


 
combination pada hari minggu yang sudah; pucuk paku masak lemak tak pedas untuk anak-anak, ayam goreng ala-ala KFC nak tambat hati suami dan tomyam udang untuk mak buyong.