Makian Kapten JDT | Safiq Rahim

Rodiah Amir
Credit google image: Parodi
Assalamualaikum,

Baru sahaja tamat perlawanan Final Bola sepak Piala Malaysia Pasukan JDT melawan Kedah Darul Aman dengan keputusan berpihak kepada JDT dengan jaringan 2-0. 
Tahniah di ucapkan. 
Walaupun aku tak tengok dan lebih prefer nak tahu keputusan je keesokkan harinya.

Bukan apa, tonton perlawanan bola sepak bagi aku amat meresahkan. Boleh sakit kepala dan nervous. Tak elok untuk kesihatan sebab pressure sepanjang game berlangsung. Itu untuk aku la.

Ramai la yang upload ucapan tahniah dan tak kurang juga ucapan takziah dan kata-kata moivasi untuk pasukan Kedah. Next time boleh cuba lagi. 

Rasanya kalau di Malaysia ni sukan yang paling diminati, dihantui dan ada penyokong fanatik semestinya adalah sukan Bola Sepak.


Penyokong bola sepak ni perangai lain macam sikit. Banyak je accident sesudah mahupun semasa game berlangsung. Pun aku tak faham apa motif sampai nak bergaduh. tak berbaloi langsung. Bukan takat penyokong je, pemain pun banyak emosi.

Pagi ni terbaca terbaca tentang Kapten pasukan Johor Darul Takzim (JDT), Safiq Rahim yang telah melemparkan kata-kata kesat kepada ‘haters’ JDT lepas merangkul kejayaan Sabtu lepas. 

Video makian tu telah tular di media sosial dan ramai menganggap Safiq Rahim sebagai kapten pasukan tidak bersikap professional.

Tak kurang ada juga yang sokong dia, dengan memadan muka kan haters yang selama ni asyik duk kutuk mereka. Tapi personally nya aku rasa tak elok budaya hentam menghentam ni. 

Niat tak menghalalkan cara. Pernah dengar juga kan kerana santan pulut binasa, kerana mulut badan binasa.


Zaman sekarang zaman orang kurang akalnya. Semua fikir pendek. Hati-hatilah. 

google image