f Guru Ditipu 12 Ribu Ringgit Oleh Sindiket Parcel Scam

Guru Ditipu 12 Ribu Ringgit Oleh Sindiket Parcel Scam

Guru Ditipu 12 Ribu Ringgit Oleh Sindiket Parcel Scam | Assalamualaikum. Hai semua. Lagi kes penipuan melibatkan scammer. Kali ni seorang guru dari Pekan Pahang telah mengalami kerugian lebih dari 12 Ribu Ringgit akibat ditipu oleh sindiket Parcel Scam. Sedih sungguh bila baca berita macam ni. sebelum ni Diah pernah kongsi tentang parcel scam juga dekat entri di bawah ni. 


Berbalik pada cerita asal, mangsa merupakan seoarng guru pelatih wanita berusia 24 tahun yang terpedaya dengan tipu helah sindiket parcel scam. Mangsa telah mengikut arahan supaya memasukkan sejumlah wang jika ingin menerima satu bungkusan dari Australia. 

Guru Jadi Mangsa scam
Guru jadi Mangsa Sindiket Parcel Scam

Rupa-rupanya semuanya bermula apabila dia membalas pesanan suspek di Whatsapp yang memperkenalkan diri sebagai ejen broker dari Australia. Jadi selepas mangsa mula percaya, suspek memberitahu kononnya mangsa akan terima satu bungkusan daripada Doorstep Express Delivery dan perlu membayar sejumlah wang jika ingin membuat tuntutan. 

Lepas beberapa kali masukkan duit, akhirnya guru wanita ini tersedar yang dia telah menjadi mangsa penipuan sindiket parcel scam tersebut. Apa nak buat. Nasi sudah menjadi bubur. Kita tak tahu apa yang menyebabkan mangsa macam mudah sangat nak percayakan suspek, jadi kita kena ambil iktibar. 

Sindiket dekat luar sana memang bijak. Tak mustahil dengan kecanggihan teknologi yang ada sekarang mereka tahu tentang maklumat peribadi kita. Lagi satu, sifat teruja dan ingin tahu tu yang bawa padah. Seeloknya minta nasihat dan pandangan orang lain jika terlibat dalam kes yang macam ni. 
Semak Senarai Scammer Malaysia
Jika korang pernah jadi mangsa penipuan scam meh la kongsi pengalaman korang pula. Kita sama-sama sebarkan supaya orang lain tak menjadi mangsa. Sedih tu sekelip mata duit hilang. Nak kumpul punya la azab. Ingat tau, jangan sesekali percaya dan bertindak kurang bijak bila melibatkan perpindahan wang terutama ke akaun luar negara. Ramai orang jahat dekat luar sana tunggu je peluang nak perangkap kita. 

Post a Comment

4 Comments

  1. Mmg kena hati2 la kan .. Jgn percaya org sangat.

    ReplyDelete
  2. yg ni myra pun pernah dapat call actually. mula2 sorang ckp something. myra malas nak layan, sorang lg ckp nak convince kan myra. pastu I just had to be rude and hang up. voila!

    Myra | The Grey Lines Between

    ReplyDelete
  3. Macam2 kes penipuan skrg ni. Kena lebih peka dan berjaga2.

    ReplyDelete
  4. Dunia sekarang makin banyak scammer. Bahaya betul...

    ReplyDelete

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.