Senyum Dengan Keju dan Menang Sehingga RM100,000 Dalam Peraduan Anchor Legendairy

Senyum Dengan Keju dan Menang Sehingga RM100,000 Dalam Peraduan Anchor Legendairy

Wahai peminat keju sekalian. Ada berita baik untuk kau orang di musim PKPB ni. Kalau nak menang hadiah sehingga RM100,000 kena ambil bahagian dalam Peraduan Anchor Legendairy anjuran Anchor Food Professionals.

Biasanya pertandingan makanan ni kau orang perlu masak dan tunjukkan kreativiti kan? 

Ha kalau peraduan Senyum dengan Keju ni kau orang tak payah susah-susah nak memasak tetapi hanya perlu buat pembelian makanan yang menggunakan keju Anchor dari restoran dan bakeri yang mengambil bahagian.

Ini merupakan inisiatif yang dijalankan oleh Anchor Food Professionals sebagai tanda sokongan kepada industri F&B tempatan yang terkesan akibat pandemik global dengan memperluaskan kehadiran produk mereka kepada lebih banyak pengguna dan pelanggan di rumah mahupun di kedai.



Kempen Peraduan Legendairy Anchor

Peraduan Legendairy Anchor adalah sebahagian daripada kempen baharu jenama ini untuk mempromosikan menu masakan berasaskan keju dari lebih 650 buah bakeri, restoran dan kafe F&B yang komited untuk menyediakan makanan yang lazat seperti kek, kuih tat, roti keju, pizza, burger serta nasi keju panggang atau pasta.

Kempen ini juga merupakan salah satu usaha untuk meningkatkan kemahiran dan memberi pendedahan kepada pengendali makanan terhadap kemahiran penggunaan media sosial yang amat diperlukan terutamanya pada waktu pandemik sebegini.


Raikan Keju bersama Peraduan ‘Anchor Legendairy’”

Anchor Food Professionals akan membawa semula peraduan Anchor Legendairy dengan tema tahun ini “Senyum dengan Keju”.  

Peraduan yang dianjurkan di seluruh negara mulai 1 Oktober 2020 hingga 31 Disember 2020 ini menampilkan cabutan bertuah dan peraduan putar dan menang dengan hadiah yang menarik bernilai sehingga RM100,000.

Menurut Jack Tan, Pengarah Perkhidmatan Makanan Fonterra Brands Malaysia, peraduan ini bertujuan menyebarkan kegembiraan melalui kebaikan produk keju dan tenusu New Zealand ketika negara ini mengharungi badai pandemik Covid-19.

Tambahnya lagi, “Keju adalah sumber protein yang kaya dan pengambilan protein sebagai sebahagian daripada pemakanan seimbang, dan gaya hidup yang sihat dalam menyumbang kepada emosi yang baik. Dalam erti kata lain dengan menikmati keju dapat membuat anda gembira.

Kami berharap untuk membawa senyuman dan aura positif kepada rakyat Malaysia dengan menyediakan kebaikan keju dari New Zealand!”.

Cara sertai Peraduan Peraduan ‘Anchor Legendairy’ - "Senyum bersama Keju"

Sertai peraduan Legendairy Anchor dan rebutlah peluang untuk memenangi cabutan bertuah dengan hadiah utama percutian 3-hari-2-malam di resort mewah di Langkawi untuk dua (2) orang termasuk tiket penerbangan dan sembilan (9) hadiah sagu hati yang terdiri daripada alat elektronik untuk dimenangi dalam cabutan mingguan!

Peserta juga boleh menebus hadiah eksklusif daripada www.smilewithanchor.com apabila mereka membuat pembelian makanan yang menggunakan keju Anchor dari restoran dan bakeri yang mengambil bahagian.




Restoran dan bakeri yang ambil bahagian ada di seluruh Malaysia termasuk Brunei tau. Antara yang ambil bahagian ialah seperti Daboba Malaysia, King’s Confectionery, Swensen’s, Vivo Pizza, Kopitan Classic dan banyak lagi.  

Semua pelanggan yang makan di restoran, dipek ataupun melalui pesanan penghantaran dari restoran-restoran yang mengambil bahagian juga boleh menyertai peraduan ini. 

Mereka hanya perlu mengambil gambar bukti pembelian dan muat naik ke laman web yang tertera untuk turut serta!

Hanya ikut 3 langkah mudah ini:

  1. Beli menu masakan berasaskan keju minimum RM 30.00
  2. Scan QR Code dan muat naik resit pembelian
  3. Putar dan menang hadiah

Jangan lupa untuk “Like” dan “Follow” Anchor Food Professionals di Facebook dan Instagram untuk maklumat lanjut tentang peraduan.

Kenapa produk tenusu dari New Zealand Jadi Pilihan?

Antara sebab utama mengapa pengguna perlu memilih produk tenusu dari New Zealand, Tan berkata bahawa “Anchor Food Professionals merupakan antara peneraju syarikat perkhidmatan produk tenusu di Malaysia dan kami bangga dengan warisan turun temurun ini terutama dalam penghasilan produk tenusu berkualiti tinggi daripada lembu yang diberi makan rumput di New Zealand sejak tahun 1886.

Produk Anchor Dairy Foods ini dijual kepada lebih 80 buah negara di seluruh dunia dan telah wujud di Malaysia melalui syarikat Fonterra iaitu sebuah koperatif tenusu multinasional sejak 1960. 

Kami mempunyai rekod yang cemerlang dalam membekalkan produk tenusu yang memiliki rasa, tekstur dan prestasi fungsi yang unik untuk para pengendali makanan industri F&B Malaysia”.

Khasiat Minuman Beras Perang Mayang Untuk Seisi Keluarga

Khasiat beras perang memang diketahui ramai terutama mereka yang menjaga kesihatan dan sangat bagus dalam mengawal berat badan. 

Kalau ikut kajian beras perang merupakan pilihan lebih baik berbanding beras putih kerana khasiatnya yang banyak kepada tubuh badan.

Ha sebab tu harga beras perang lebih mahal berbanding beras putih yang biasa kita makan tu. Aku pernah cuba untuk disiplinkan diri untuk makan beras perang, tapi usaha nak amalkan tu terhenti di tengah jalan. 

Eh banyak sebab lah, cara nak masak beras perang pun berlainan dari nasi putih tu. 


Khasiat Minuman Beras Perang Mayang Untuk Seisi Keluarga

Cara masak beras perang pula mengambil masa lebih lama untuk disediakan. Dengan aktiviti harian yang padat, dan kena melayan 3 orang anak yang sedang membesar bukan perkara mudah. 

Tapi nak sihat. Nak kurus. Menangislah di bucu meja. Sebab tu aku suka sangat bila Pengusaha Minuman Kopi Beras Perang yang menawarkan Minuman Beras Perang Mayang khas untuk seisi keluarga.

Minuman-Beras-Perang-Mayang


Minuman Beras Perang Jenama Mayang

Minuman Beras Perang Mayang telah lama ada di pasaran dan diedarkan oleh Era D Mansion Sdn Bhd sejak tahun 2018 lagi. 

Pengusahanya, iaitu Puan Zainab Binti Sidek yang merupakan seorang ibu  tunggal  yang  cekal  dan  berhati  waja, berhasrat untuk menjadi pelopor pengeluar produk minuman berasaskan beras perang.

Sedar akan manfaat yang diperoleh setelah mengamalkan beras peras dalam pemakanan, Puan Zainab teruja untuk berkongsi dengan masyarakat dan terhasil lah Minuman Kopi Beras Perang jenama Mayang yang sesuai untuk seisi keluarga.

Terdapat dua perisa Minuman Beras Perang Mayang, iaitu, Kopi Perang dan juga My Berry Drink yang diformulasikan bersama beras perang, sesuai diminum panas atau pun sejuk pada bila-bila masa.


kopi-Perang-Mayang


Kebaikkan Beras Perang Untuk Kesihatan Perlu Tahu!

Selain dapat membantu memberi tenaga selepas penat bekerja di rumah dan dipejabat seharian, minuman Beras Perang ini juga amat sesuai membantu mereka yang ingin mengurangkan berat badan yang berlebihan.

Kajian menunjukkan bahawa  individu  yang  makan  lebih  banyak  bijirin penuh seperti beras perang mempunyai kurang berat badan berbanding daripada mereka yang makan bijirin penuh dengan kuantiti yang sedikit.

Manfaat kesihatan beras perang sebahagian besarnya disebabkan ianya adalah bijirin penuh. Serat beras perang membantu merendahkan paras kolestrol, menggerakkan sisa melalui saluran penghadaman, menggalakkan kekenyangan dan boleh membantu mencegah pembentukan gumpalan darah.

Dan antara lain faedah kesihatan umum untuk tubuh badan adalah mengawal diabetes, antioksidan, mencegah obesiti, mengelakkan Alzheimer, serta meningkatkan kesihatan jantung. Minuman Beras Perang juga bebas gluten yang mana Gluten adalah protein yang terdapat dalam bijirin seperti gandum, barli dan rai (rye).

Minuman Kopie Perang Mayang

Sesuai untuk penggemar kopi, minuman Kopie perang diformulasi bersama beras perang, Habatussauda dan juga ginseng yang sangat baik untuk kesihatan secara keseluruhan. Cara penyediaan sangat mudah, hanya campurkan satu paket kopi ke dalam 1 cawan air (150ml) ke dalam air panas.

Minuman Kopie Perang hanya berharga RM 25.00.


Kopi-Perang-Habbatussauda




My Berry Drink Mayang

Kalau anda tidak minum kopi, boleh cuba My Berry Drink iaitu campuran susu, beras perang, buah Berry & juga serat Oat. Sangat sesuai untuk ibu-ibu hamil dan ibu- ibu yang sedang menyusukan anak. 

Aku suka rasa dan bau Berry yang wangi tu.  Sesetengah orang tak suka sebab bau hamis susu, tapi My Berry Drink ni tak bau susu pun.

Minuman My Berry Drink hanya berharga RM 27.50.


My-Berry-Drink-Mayang



Feedback Daripada Rodiah Amir

Walaupun aku penggemar kopi tapi Minuman My Berry Drink Mayang berjaya menambat hati aku kerana rasa dia yang sedap, wangi dan memang betul ianya mengenyangkan. 

Bau Berry yang masam-masam manis tu menjadikan ianya lebih sedap diminum.

Untuk Kopie perang pula, rasa kopi dia tidak terlalu kuat jadi bolehlah cuba. Sesetengah orang tidak gemar kopi kerana rasa dan bau kopi yang kuat. 

Dari segi rasa beras perang tu sendiri, tidaklah terlalu aneh ya rasa dia jika dibandingkan dengan rasa beras perang yang dimasak. Minuman Beras Perang Mayang ni sedap diminum bagi aku.


Mana Nak Dapatkan Minuman Beras Perang?

Produk Minuman Beras Perang jenama Mayang boleh dibeli terus melalui rakaniaga Mayang diseluruh Negara. 

Juga boleh terus dibeli diatas talian melalui kedai atas talian Facebook, Lazada, Shopee atau boleh berhubung terus dengan ibu pejabat Minuman Beras Perang Mayang.

Rebut harga promosi yang ditawarkan dan hidangkan keluarga anda dengan minuman berkhasiat Beras Perang Mayang yang lazat yang pastinya akan disukai oleh semua. 

Jika anda berminat untuk sihat dan menambahkan pendapatan sampingan, hubungi ibu pejabat sekarang dan mereka ada menyediakan pelan perniagaan yang dapat membantu ekonomi keluarga anda disamping kekal sihat setiap masa.

Hotline : + 6014 6604247

Email: infomayangbp@gmail.com

Whatsapp Link

Telegram Group

Instagram 

Facebook


Cara Tutup Akaun Astro Hanya Dengan Panggilan Telefon

Akhirnya setelah 7 tahun (2013-2020) menjadi pelanggan setia, aku ambil keputusan untuk terminate account Astro dekat rumah. 

Sejajar dengan keputusan aku untuk pasang Unifi dan untuk jimatkan bil hiburan dekat rumah maka kami setuju untuk tutup akaun Astro.

Banyak faktor sebenarnya kami terminate Astro. Apa pun lega semua dah selesai. Alhamdulillah urusan tamatkan akaun Atsro sangat mudah. 

Hanya melalui panggilan telefon sahaja. Sebelum telefon aku dah ready alasan kukuh untuk teruskan niat nak tutup akaun.


Cara Mudah Nak Batalkan Akaun Astro

Sudah boleh agak, memandangkan aku dah 7 tahun langgan Astro dan aku merupakan pelanggan yang tak pernah bayar lambat dan record pembayaran aku cantik jadi customer service akan buat tawaran gila-gila supaya aku lembut hati untuk tidak tutup akaun bersama mereka.

Rasanya mana-mana service provider akan buat benda yang sama. Cara counter back offer supaya pelanggan kekal setia. Tapi bagi aku, cukuplah 7 tahun bersamamu Astro. 

Aku stop Astro dan subscribe Unifi - Baca Sini



Cara-tutup-akaun-astro



4 Langkah Tamatkan Servis Astro Dengan Mudah

Jom aku cerita cara nak tamatkan servis Astro dengan mudah ikut pengalaman aku. 


Langkah 1

Kau orang kena hubungi no general line :03 - 9543 3838 dan pilih no untuk perkhidmatan menamatkan akaun Astro. Nanti panggilan akan disambung dengan customer service yang bertugas. 

Oh ya, hanya pemilik akaun sahaja yang dibenarkan untuk pohon tamatkan perkhidmatan akaun ya. Orang lain tak boleh. Sila semak kau orang guna nama siapa masa register akuan Astro dulu.


Langkah 2

Macam biasa customer service akan minta pengesahan sebelum meneruskan urusan penutupan akaun. Antara soalan pengesahan yang ditanya ialah seperti; alamat decoder dipasang, email, cara bayaran bil bulanan dan no kad pengenalan.


Langkah 3

Selepas pengesahan berjaya baru customer service akan bacakan sejarah kita bersama Astro. Tahun mula melanggan, pakej semasa kita langgan dan jumlah tunggakan jika ada.

Staff juga akan beri tarikh akhir akaun ditutup dan dalam kes aku seminggu lepas aku buat panggilan penamatan baru akaun akan ditutup. Decoder tidak di ambil in case di masa hadapan aku nak langgan Astro sekali lagi.


Langkah 4

Sebelum permohonan aku di key in ke dalam sistem, customer service ada buat tawaran penjimatan memandangkan aku dah lama bersama Astro. 

Staff tu terangkan memandangkan aku dah lama jadi pelanggan mereka jadi mereka tawarkan pakej yang sama tapi aku hanya bayar RM28.00 sahaja termasuk tax selama dua tahun ya.

Jadi kalau aku setuju, selama 2 tahun aku boleh teruskan langgan saluran yang sama tapi dengan harga yang lebih murah. 

Kalau ikut pakej aku langgan ada la channel Astro Warna, channel Korea tu dan lain-lain yang basic tu. Bayaran bulan RM64 sebulan. 

Boleh la maksudnya Astro nak rendahkan bil bulanan aku. cis. Maaf aku tak tergoda ya.

Bila semua clear baru staff akan masukkan ke dalam sistem permohonan. Aku kena tunggu dalam masa 7 hari, akaun akan ditutup sepenuhnya dan masa tu aku kena bayar bil terakhir. Ha begitu la proses secara ringkasnya. 


Selamat Tinggal Astro

Rupa-rupanya tidak lah serumit mana pun proses nak terminate Astro. Oleh sebab cerita asyik duk ulang tayang, bila hujan tak dapat siaran dan banyak cerita aku boleh tengok dia Internet jadi memang keputusan terbaik aku berhenti melanggan Astro.

Kebetulan semenjak PKP ni anak tak ke sekolah memang banyak urusan pembelajaran guna internet. 

Kadang-kadang terfikir juga ibu bapa yang ada anak yang bersekolah lebih dari satu ni mesti berebut nak belajar dekat handphone. Belum masuk bab ibu bapa yang tak mampu nak langgan pakej internet tu.

Ah sedih.


Kesimpulan

Paling mudah untuk tutup akaun Astro adalah hanya dengan panggilan telefon dan jangan lembut hati kalau dia cuba tawarkan pakej lebih rendah. Tetapi, kalau korang rasa berbaloi teruskan lah melanggan. 


Baca juga:

Terlupa kata laluan Maybank2u? Ikut langkah mudah ini

Cara deposit duit syiling

SAFI Hydra Glow Untuk Masalah Kulit Kering

Kalau nak tahu antara tanda-tanda kulit kekurangan air ialah kulit menjadi kering, kasar, gatal, mengelupas dan berminyak. 

Bagi kau orang yang nak kulit berseri, anjal dan lembap, SAFI baru-baru ini telah keluarkan rangkaian penjagaan kulit terbaru khas untuk kulit kering iaitu SAFI Hydra Glow. 

Sebelum aku terangkan apa yang ada dalam set SAFI Hydra Glow ni, aku nak kongsikan terlebih dahulu tentang jenama SAFI. Khas untuk mereka yang baru nak kenal SAFI, 

SAFI merupakan jenama halal terkemuka yang terdiri daripada rangkaian produk penjagaan kulit, penjagaan diri dan peralatan mandian yang unik dan komprehensif yang dikembangkan secara eksklusif untuk memenuhi keperluan wanita dan lelaki muslim moden.


Review SAFI Hydra Glow Untuk Masalah Kulit Kering

Aku guna Syampu SAFI Shayla untuk rawat masalah kelumumur

Dihasilkan dengan bahan semula jadi terbaik dan paling penting disahkan Halal oleh JAKIM. Jadi boleh guna tanpa ragu-ragu. 


SAFI-Hydra-Glow-Masalah-Kulit-Kering


Set Rangkaian Penjagaan SAFI Hydra Glow

SAFI Hydra Glow disyorkan kepada mereka yang mempunyai masalah kulit kering dan kulit mengelupas. 

Ada sesetengah orang walaupun dah pakai banyak krim pelembap (moisturiser) tapi kulit masih lagi kering siap pakej mengelupas. 

Dalam cuaca panas seperti di Malaysia ni memang kena bijak pilih produk yang betul disamping minum banyak air masak. 

Apa yang aku suka tentang set penjagaan wajah SAFI Hydra Glow ini ianya menghidrat wajah tanpa rasa berminyak. Serius best. 

Ia adalah water based dan tekstur dia sangat ringan bila disapukan pada muka. Selesa sangat bila pakai. 

Boleh cuba set SAFI Expert Solution untuk menghilangkan masalah bintik hitam di muka. 


Review-SAFI-Hydra-Glow-Masalah-Kulit-Kering


Set ini didatangkan dengan 5 produk penghidratan terbaru iaitu: Hydrating Water Cleanser, Toning Essence, Water Bank Serum, Water Drop Moisturiser, & Water Lock Mist. 

Dirumus khas dengan Hydra Active Technology yang mengandungi 3 bahan utama iaitu:

Fermented Rice Extract: Pelembap kulit semula jadi yang mencerahkan kulit & membuang sel kulit mati. 

Vitamin B5: berfungsi untuk mengekalkan kelembapan, melegakan kekeringan kulit dan mengembalikan kehalusan kulit. 

Hyaluronic Acid: Mengunci kelembapan kulit dengan berkesan dan meningkatkan keanjalan kulit. 

Set SAFI Hydra Glow sangat sesuai untuk mereka yang berkulit sensitif sebab ianya:

  • Tanpa alkohol
  • Tanpa paraben
  • Tanpa minyak silikon
  • Tanpa minyak mineral
  • Tanpa pewarna
  • Tiada ujian haiwan
  • Tiada bahan yang berasal dari haiwan

Set-SAFI-Hydra-Glow




Pembersih muka SAFI Hydra Glow (Hydrating Water Cleanser)

Pembersih muka dalam bentuk creamy gel dengan formulasi Anti PM2.5 untuk menghidrat secara aktif sambil membersihkan kotoran dengan lembut menjadikan kulit yang bersih, terhidrat dan bercahaya.


Penyegar SAFI Hydra Glow (Hydrating Toning Essence)

Step paling penting dalam rutin penjagaan muka adalah pakai toner sebab ianya membantu proses penyerapan. Dalam SAFI Hydrating Toning Essence ada 5X hyaluronic Acid yang boleh menembusi jauh ke dalam lapisan kulit untuk menyuburkan, melembapkan dan menghidrat kulit sehingga 48 jam lamanya. 

Walaupun berasaskan air tapi tekstur dia sedikit pekat. Tak perlu guna tisu untuk sapu ke muka ya, hanya gunakan tangan dan sapukan ke muka dengan lembut. 

Diuji secara klinikal untuk meningkatkan kelembapan kulit sebanyak 1.6X * sejurus selepas penggunaan.  

Serum Penghidratan SAFI Hydra Glow (Hydrating Water Bank Serum)

Serum penghidratan dan hypoallergenic yang kaya dengan Vitamin B3 & B5 yang menembusi jauh ke dalam lapisan kulit dalaman untuk menghidrat secara mendalam dari dalam, melicinkan tompok kasar dan memulihkan kulit kering untuk kulit yang licin, terhidrat dan bercahaya.

Tak macam kebanyakkan serum yang ada di pasaran, hydrating water bank serum 100% mengurangkan dry skin flakes, 18.2% meningkatkan penghidratan kulit dalaman & 1.9 X menenangkan kulit yang bermasalah.


Pelembap Penghidratan SAFI Hydra Glow (Hydrating Water Drop Moisturiser)

Pelembap ni paling aku suka sebab pelembap gel krim ni ringan dan berubah menjadi titisan air apabila disapukan ke muka. 

Mengandungi Vitamin B3 yang larut dalam air untuk memulihkan, mengekalkan dan memperbaiki pelembapan kulit dengan berkesan, meratakan warna kulit dan meningkatkan keanjalan kulit untuk menampakkan kulit lembut, terhidrat dan bercahaya. 

Aku suka pakai sebelum tidur. Ianya juga buat kulit kekal lembap sehingga 72 jam. 



Mist Penghidratan SAFI Hydra Glow (Hydrating Water Lock Mist)

Aku akan pakai Hydra Glow mist ni bila terasa kulit muka kering terutama bila berada dekat luar. Bau dia wangi seakan-akan bau bunga Rose. 

Tekstur dia ringan, menyegarkan dan diformulasikan dengan keseimbangan pH kulit serta sesuai untuk semua jenis kulit. 

Diperkaya dengan pelembap semula jadi untuk kekalkan penghidratan, menjadikan kulit sentiasa lembut, dan bercahaya


Dalam SAFI PR box yang aku terima ni, dibekalkan juga dengan Jade Roller dan juga sleep eye mask yang super-duper cute. Jade roller tu aku guna selepas pakai toner untuk membantu penyerapan lebih baik. 

Hilang lenguh bila golekkan Jade roller dan sleep mask tu boleh letak dalam fridge untuk sejukkan dan boleh guna hilangkan mata sembap. 

SAFI memang dah jadi produk penjagaan diri aku satu keluarga sejak dulu lagi. 


Mana nak dapat Produk SAFI Hydra Glow?

Kau orang boleh beli Produk SAFI Hydra Glow di semua outlet Guardian dan juga Mydin Malaysia. Untuk info dan butiran lanjut boleh rujuk laman sosial SAFI.

Resepi Oden Steamboat Ala Family Mart Confirm Sedap

Akhirnya setelah cuba banyak resepi, aku berjaya buat kuah oden yang sebijik rasa kuah oden Family Mart mengikut rasa tekak aku. Penting sebab aku suka Oden yang dijual di Family Mart. 

Gembira tu tak usah cakap lah. Paling penting aku guna satu paket perencah tomyam sahaja dan memang jimat. Versi kuah oden harga jimat lah kiranya.

Kali ketiga aku buat dan kali ni buat sebab suami request nak makan. Kalau dia minta repeat menu yang aku masak maksudnya sedap lah di tekak beliau. 

Kalau beli Oden di Family Mart memang tak cukup ye semangkuk. Jadi jom lah buat sendiri. 


Resepi-Oden-Steamboat-Ala-Family-Mart


Resepi Kuah Oden Ala Family Mart

Bahan-bahan yang diperlukan untuk buat kuah oden yang super ohsem semestinya kena ada bahan-bahan dibawah:

  • 1 paket Perencah Tomyam Segera Mak Nyonya (200gram)
  • 1 batang serai
  • Setengah biji Bawang Holand
  • Beberapa helai daun purut
  • Satu paket Figo Steamboat Choice
  • Sedikit Gula
  • 500ml air
  • Cendawan
  • Tomato
  • Sedikit minyak untuk tumisan
  • Daun bawang & Daun Ketumbar untuk hiasan
Antara bahan penyumbang yang aku rasa buat kuah oden aku jadi sedap ialah serai dan juga daun limau purut. 

Cara Memasak

Mudah sahaja cara untuk sediakan kuah Oden ni.

  1. Panaskan sedikit minyak dan masukkan hirisan bawang Holand dan masak sehingga keperangan.
  2. Masukkan perencah tomyam dan biar seketika.
  3. Kemudian masukkan air dan biar mendidih. Kalau suka kuah yang agak cair tambahkan air.
  4. Setelah kuah mendidih, masukkan bahan-bahan stimbot. Biarkan mendidih dan bahan stimbot betul-betul masak.
  5. Aku suka letak cendawan dan tomato. Kalau tak mahu pon tak apa.
  6. Masukkan sedikit gula dan adjust rasa ikut selera sendiri.
  7. Akhir sekali taburkan daun bawang dan daun ketumbar.

Siap.

Resepi-Oden-viral



Tak sia-sia aku guna perencah tomyam jenama Mak Nyonya. Aku beli di Aeon Big Wangsamaju berharga RM5.40. Aku dah pernah cuba perencah tomyam jenama lain tapi hasil tak sama. 

Kenangan betul aku sakit perut cirit birit makan oden masa mengandung. 


Resepi-Oden-Steamboat-perencah-tomyam-maknyonya


Untuk pilihan stimbot pula aku suka Steamboat Choice jenama Figo (5in1). Ada macam-macam pilihan dan paling penting semuanya lembut. Dalam paket tu ada Fish Ball, Squid Roll, Lobster Ball, Seafood Tofu, dan Golden Seafood Nugget.

Harga satu paket ialah RM 10.75. Boleh beli di semua pasaraya. Aku beli di Aeon Big Wangsamaju. Paling aku suka Lobster Ball dan Seafood Tofu.

Selamat mencuba.

 Kalau nak makan tomyam sedap boleh cuba makan di Restoran HM Oren di Wangsamaju

Kenal Pasti 8 Cara Mengatasi Burnout

Fahami 8 Cara Mengatasi Burnout

Tipulah kalau aku kata aku tak pernah burnout sepanjang menjadi suri rumah. Dua tahun bukan tempoh yang pendek untuk biasakan diri dengan semua tugas yang aku kena pikul. 

Bukan lah bermaksud semasa bekerja di pejabat dulu aku tak burnout ya. Tapi dengan komitmen dan bila anak-anak memerlukan perhatian di depan mata memang penat lah oi. 

Burnout boleh terjadi kepada sesiapa sahaja tak kira jantina. Aku pun baru kenal perkataan burnout ni bila kecoh dibincangkan di media sosial. Kira into scene la juga nak cerita pasal burnout. Lol.

Well, selepas ambil keputusan untuk jadi suri rumah dan work from home, aku libatkan diri dengan business kecil-kecilan. 

Satu alasan paling kukuh ialah aku nak ada duit poket dan kedua aku kena isi masa lapang. Or else aku akan jadi lembap sebab duk ulang rutin sama. Faham tak?



Apa itu Burnout?

Burnout berlaku apabila fizikal, mental dan emosi mengalami keletihan melampau yang diakibatkan oleh tekanan yang berpanjangan. Kiranya tekanan bertimpa-timpa. 

Lepas tu diri mula rasa sedih bila tak dapat nak capai apa yang di impikan. Perasaan kecewa, penat dan mula putus asa.

Paling kerap terjadi individu yang mengalami burnout akan mudah marah, hilang keyakinan diri, kurang motivasi untuk teruskan kehidupan. 

Cenderung untuk jadi panas baran dan mengalami emosi yang tidak stabil.


Sebab-Sebab Terjadinya Burnout

Perkara-perkara teruk yang aku mentioned dekat atas tu semua aku dah rasa. Sedihnya orang sekeliling yang terdekat dan anak-anak jadi mangsa. 

Bila aku burnout memang ambil masa nak pulih dan makan masa. Jadi sekarang ni bila ada tanda-tanda ke arah burnout aku dah siap sedia. Antara sebab-sebab berlakunya burnout ialah:

Tugasan yang berlebihan atau kurang. Apa yang berlaku pada diri aku ialah tugasan atau kerja rumah yang non-stop dan aku rasa hilang arah bila tak tahu apa nak buat untuk hilangkan rasa bosan buat benda yang sama.




Tak cukup tidur dan seterusnya waktu rehat terjejas.

Selalu tertekan dan stres bila buat benda yang diluar kemampuan. Antaranya bila gagal untuk selesaikan urusan di luar kemampuan dan berlebihan paksa diri untuk berjaya.

Faktor personaliti yang sebolehnya mahukan kesempurnaan dalam sesuatu perkara. Paling sukar pastikan rumah sentiasa kemas bila ada anak-anak kecil. Ke aku je yang tak pandai kemas rumah lol.

Rasa rendah diri melampau dan suka bandingkan diri sendiri dengan orang lain. Ini kadang-kadang berlaku pada diri sendiri sebab orang bekerja selalu kelihatan cantik dan aku dekat rumah selalu comot. 

Atasi stres dengan 10 cara


Cara-Cara Mengatasi Burnout  

  • Ambil masa untuk rehat seketika
  • Makan makanan berkhasiat
  • Lakukan teknik relaksasi seperti latihan pernafasan secara teratur
  • Uruskan emosi dengan teratur, lakukan aktiviti dumb brain journaling
  • Berpuashati dengan apa yang telah dicapai dalam tugasan
  • Bercakap dengan seseorang yang dipercayai
  • Minta bantuan professional seperti kaunselor


Kesimpulan

Aku pernah baca buku tentang parenting yang sentuh tentang pentingnya tugas seorang ibu dan aku sangat-sangat bersetuju. 

Untuk pastikan seisi rumah terjaga dan sentiasa gembira pastikan keperluan ibu terjaga. Maksud terjaga ialah cukup rehat, makan dan pakainya. 

Bila ibu bahagia, emosinya turut berubah seterusnya mempengaruhi cara dia melaksanakan tanggungjawab dengan penuh kasih sayang.

Aku dah pernah rasa. Kau orang cubalah.



Food Review – Set Dulang Western Food di Restoran Sudu & Knife

Tahu tentang kewujudan restoran Sudu & Knife ni bila ternampak kawan muatnaik status di Facebook. Kenapa bukan Sudu & folk? 

Tapi Sudu & Knife adalah kerana melambangkan restoran ini main serving dia ialah Western Food. Itu tekaan aku je lah. 

Aku dan suami memang dah lama mencari restoran Western yang menjual steak dan lamb chop sedap.

Sebelum ni kami selalu makan di NY Steak Shake dalam Melawati Mall tapi branch tu dah tutup.


Food Review - Restoran Sudu & Knife Taman Sri Gombak

Selalu juga makan ni Islamic Steakhouse di Taman Melawati dulu tapi lama kelamaan rasa macam tak kena dengan selera aku. 

Beberapa kali juga pernah makan di Menate Setapak Hub, terfikir sesekali nak tukar selera. 

Kalau ikut tekak aku, makanan yang disediakan dekat sini sedap dan dijual pada harga yang berpatutan. 

Kami pergi sebelum tempoh berkurung dikuatkuasa (PKPB) ya, dan penjarakkan sosial masih diamalkan waktu tu. 




Kalau datang ke sini ada macam-macam jenis makanan barat tersedia seperti Chicken Chop, Lamb Chop, pelbagai masakan pasta, Fish & Chip, Burger dan banyak lagi lah. 

Ada hidangan ala carte dan hidangan set untuk keluarga. Macam aku hari tu terpengaruh nak cuba set dulang Western yang berharga RM42 sahaja. Dalam set tu ada: 

  • Nasi lemak
  • Ayam goreng
  • Aglio Olio Spaghetti 
  • Mushroom Soup
  • Garlic Bread
  • Coleslow
  • Fries
  • Grill Chicken
  • 2 Gelas Ice Lemon Tea






Masa jamah makanan tu, terus pandang suami sebab sedap. Sedap sebab cukup rasa. Selalu pergi makan western, mushroom soup mesti fail. 

Dekat sini mushroom dia sedap dan garlic bread tu lembut even dah sejuk. 

Husband cakap, chef dia tahu apa dia masak. Bagi aku dia masak ikhlas jadi terasa sedap tu. Beza orang masak sebab berniaga untuk duit dengan orang masak sebab itu passion dia. 

Coleslow dia sedap sebab tu aku masukkan gambar dia juga. lol. 




Happy sebab sambal nasi lemak dia kena dengan tekak. Tak over pedas sedang molek masin dan manis. Kuah blackpaper untuk chicken grill tu sedap. 

Spaghetti tu ok lah tapi tak ada la yang special. Overall aku makan dan puas hati. Good job sebab customer service dia pon bagus. Kebersihan kedai, staff laju buat kerja, friendly, makanan okey. 






Sudu & Knife ada dua cawangan, satu di Sri Gombak which is agak kecil kedai dia then satu lagi di Ampang. Dekat situ lebih besar dan selesa. 

Next menu kalau pergi lagi aku nak cuba burger. 




Untuk yang nak pergi aku highly recomend untuk cuba dan support local okeh. Kita sama-sama bantu. 

Better buat reservation memandangkan new norms sekarang ada penjarakan sosial. 

8 Perkara Perlu Elak Sepanjang PKP

Secara jujurnya sepanjang PKP yang lepas aku banyak buat kesalahan. Tapi biasalah menyesal itu hanya seketika ya kawan-kawan. 

Aku sempat la merasa frust seketika dan kembali bangkit meneruskan kehidupan. Nak down lama-lama pun tak berguna, nasi dah jadi bubur pun. 

Bukan setakat itu sahaja, berat badan aku bagai di pam-pam. Adakah aku tertekan sepanjang PKP? Kau orang ok? 

Jadi untuk elak aku melakukan kesalahan yang sama di masa hadapan aku nak kongsikan kesalahan-kesalahan yang aku pernah lakukan sepanjang PKP yang lepas.


Adakah Anda Buat Kesalahan Seperti Ini Dalam Tempoh PKP? 

Ketahuilah amat mudah melakukan kesalahan berbanding memperbaiki kerosakan akibat salah langkah tu. Aku bukan nak takutkan kau orang okeh. 

Moga lepas ni bila aku hilang arah aku akan kembali baca entri ini untuk timbulkan kesedaran dalam diri.


8 Perkara Perlu Elak Sepanjang PKP

Kalau kau orang tak pernah sekali pun lakukan perkara yang bakal kau orang baca lepas ni, aku ucap tahniah dan kau orang layak terima ‘standing obviation” dari aku.


Tidak Kawal Makan

Kesalahan paling mudah dan ramai orang terjebak adalah bila tidak kawal selera makan. Segala jenis makanan masuk ke dalam badan dan tidak ambil peduli waktu makan yang betul. 

Biar aku ingatkan eh, sekali terlajak bertambah berat badan buruk akibatnya. Jangan menyesal dikemudian hari.


Habiskan Masa Sepanjang Hari Untuk Tidur

Selalu orang bujang guna alasan qada tidur sebab kalau hari biasa siang kena bekerja dan malam ada aktiviti lain. Jadi waktu tidur terganggu. 

Masa PKP dibantainya tidur sepanjang hari. Seriously tak produktif langsung.


Shopping Online

Oleh sebab tidak boleh keluar ke shopping mall sesuka hati jadi perkara terbaik adalah shopping secara online. Memang ok sangat dapat bantu pulihkan ekonomi tapi akan jadi tak bagus kalau shopping dan beli barang tak berfaedah.

Banyak juga aku beli dekat Shopee masa PKP fasa pertama dulu - SINI

Tabik spring untuk kau orang yang dapat buat belian bijak. Aku hampir-hampir jadi pengguna yang tak bijak dah hari tu. Mujur kesedaran tu datang semula. 


Malas Bersenam

Benda paling aku benci nak buat ialah bersenam. Alasan terbaik adalah sebab aku penat. Entah apa yang aku penat pun aku tak tahu. 

Aku syak aku terlalu banyak masa berehat. Bahaya weh. Sila jangan malas bersenam.


Tidak Membaca

Dah lah malas nak bersenam dan akibatkan lemak terkumpul di badan, nak bagi makan otak dan jiwa pun aku jadi malas. Kesian hidup aku. 

Semakin banyak kita membaca semakin bagus untuk jiwa dan minda kita.


Tidak Ambil Tahu Perkembangan Semasa

Sepanjang tempoh PKP aku jadi malas untuk ambil tahu tentang perkembangan semasa. Bila kawan-kawan bercerita topik semasa dalam group Whatsapp mulalah aku terkapai-kapai. Teruk betul rasanya.

Kena lah ambil tahu tanda kita cakna dan sayangkan negara.


Asyik Dengan Gajet

Siang malam dengan gajet. Kalau boleh 24 jam gajet ada di tangan. Untuk yang bujang masih ok sebab tidak ada tanggungjawab tambahan. Tapi kalau ibu bapa macam aku ni, tunggang langgang kehidupan kalau lebihkan gajet dari anak.

Jadi jangan jadi hamba gajet. Buruk aibatnya.



Tangguh Kerja

Kesalahan paling banyak aku buat sepanjang PKP ialah tangguh kerja tak kira kerja hakiki atau pun kerja sampingan. 

Bila bertangguh akibatnya aku kena selesaikan semua kerja last minute. Jadi boleh bayangkan kualiti dan juga result dia?


Kesimpulan

Marilah kita terutama diri aku sendiri supaya elak kesalahan-kesalahan yang aku senaraikan di atas. Aku faham bukan mudah nak elak diri terbabas dari landasan tapi kita cubalah ya.

Memang lumrah manusia sentiasa perlukan peringatan dalam bentuk nasihat dan teguran. Pesan lah kepada kawan-kawan dan ahli keluarga agar dapat ingatkan kita bila leka. 

Apa yang dapat aku kongsikan, untuk elak diri terus leka kena letak target dan sibukkan diri dengan aktiviti berfaedah.

Rancang jadual dan cuba follow jadual yang kau orang buat sehabis baik. Selalunya, malam sebelum aku tidur aku akan senaraikan apa nak buat esok hari. Insha Allah membantu. Kau orang cubalah.

Tarikh 10.10.2020 Yang Istimewa & Amat Bermakna

Sebelum hari ini melabuhkan tiarinya nak juga up entri khas. Entri hari ini adalah sempena untuk memperingati tarikh yang aku rasa cantik untuk dikenang.  

Tarikh 10.10.2020 yang cukup bermakna buat aku.  Tahun ini adalah tahun aku dan suami menyambut ulang tahun perkahwinan kami yang ke-10.

Banyak yang berlaku pada tahun ni, banyak yang aku rancang dan banyak juga yang tidak mengikut keinginan aku.   


Tarikh 10.10.2020 Yang Amat Bermakna

Oh ya aku dan suami di ijab qabul pada tarikh 2 Oktober 2010.  Kalau ikut perancangan awal sepatutnya kami pergi bercuti sempena menyambut ulang tahun ke-10.

Tapi kami tangguhkan percutian atas faktor-faktor keselamatan dan juga sebab-sebab peribadi yang lain.  sedia maklum kes covid di Malaysia berada ditahap yang agak membimbangkan. Setiap hari ada sahaja kluster yang baru.




Tarikh 10.10 Cantik Untuk Dikenang

Aku yakin kalau bukan kerana situasi PKP, sudah pasti orang akan memilih tarikh ini untuk mendirikan rumah tangga, melahirkan anak & mengikat tali pertunangan. 

Bukan apa tarikh 10.10 itu mudah untuk di ingat Jenama-jenama besar baik jenama tempatan mahupun luar negara turun  mengambil peluang untuk melakukan promosi jualan besar-besaran sempena  meraikan hari istimewa ini.  

Memang kena sangat dengan situasi sekarang kerajaan menggalakkan rakyat untuk berbelanja secara dalam talian secara online.



Happy Anniversary untuk diri sendiri dan suami. Semoga dia tak menyesal lah kahiwn dengan aku. lol. 10 tahun bukan masa singkat dan kami masih belajar kenal diri. Doakan kami bahagia hingga Jannah okey. 

Tahun 2020 Tahun Kita Di Uji

Hari ini juga bakal dikenang dan menjadi sebahagian sejarah yang mana satu dunia diuji dengan wabak covid.  kita semua sedang diuji untuk melihat kebergantungan kita kepada Tuhan dan juga menguji sejauh mana tahap kesabaran kita dalam menghadapi kesukaran.



Aku akui ianya bukan satu perkara yang mudah.  ramai yang terkesan sebenarnya baik dari segi mental dan fizikal.  ramai orang kehilangan kerja dan mula hilang arah apabila sumber pendapatan terjejas.

Apa yang aku risaukan ialah apabila rakyat hilang kerja, kadar pengangguran tinggi seterusnya akan akibatkan kadar jenayah juga naik.  Lihat saja berita dan orang di sekeliling kita.  Itulah realitinya. 

Aku bersyukur dengan pentadbiran kerajaan sekarang walaupun bukanlah yang terbaik tetapi kerajaan tetap menghulurkan bantuan kepada rakyat.




Menghampiri Penghujung Tahun 2020

Tahun 2020 sudah hampir ke penghujungnya.  Dalam tak sedar kita hanya tinggal lebih kurang dua bulan lagi untuk buat yang terbaik.  

Andai ada umur yang panjang insya-allah kita bakal sambut tahun 2021 bersama-sama. Aku doakan semoga wabak COVID ini segera pergi dan hapus dari muka bumi ini.  

Aku yakin Setiap apa yang Tuhan aturkan ini pasti terselit hikmah yang besar. Tolong jaga diri dan keluarga.  Jangan pentingkan diri sendiri dan pastikan mengikut arahan yang ditetapkan.

Semoga kita dapat menggunakan sisa-sisa tahun 2020 ini dengan memanfaatkan masa yang ada dan mengukuhkan lagi hubungan keluarga.

Dubuyo Urban Korean Food Wangsa Walk Mall

Alhamdulillah, Ahad lepas aku ditemani adik tersayang makan di Dubuyo Mini yang terletak di LotG30, Ground Floor dalam WangsaWalk. Akhirnya craving nak makan makanan Korean tercapai juga. 


Restoran Dubuyo bersebelahan dengan Restoran Chuen Hainanese Chicken Rice & Noodle dan sebaris dengan restoran Mylaksa.


Dubuyo Urban Korean Food Wangsa Walk Mall

Restoran Dubuyo dalam Wangsa Walk ni dikategorikan sebagai Dubuyo Mini, aku tak pasti kenapa dan semuanya self-service. 


Kiranya pelanggan masuk, buat pesanan di kaunter dan tunggu no giliran dipanggil bila makanan dah siap. 


Adik aku pernah makan di cawangan Dubuyo yang lain dan dia kata beza bab buat pesanan tu sajalah. 


Dubuyo ni dah lama wujud dan setiap kali aku ke Wangsa Walk pasti aku berdoa agar suatu hari aku dapat makan dekat situ. 


Nak makan ayam cheese Korea sila cuba - Chicken Plus




Minggu lepas kebetulan adik aku ada urusan di KL jadi dia bermalam di rumah aku. Minta izin suami nak keluar berdua dan kami habiskan masa untuk makan dan cari salon muslimah nak potong rambut. 



Paling Suka Bibimbap Beef

Aku masih tak boleh move on dengan Bibimbap dia. Masa menulis ni, aku masih telan air liur terbayang sedapnya. 


Tak pasti nak describe rasa dia tapi siapa yang suka makanan Korea faham kot. Oh adik aku yang order Beef  Bibimbap, aku tumpang sekaki. Aku pilih nak makan Spicy Toppokki.





Tteokbokki atau kek beras adalah makanan Korea yang dibuat dari garae-tteok bersaiz kecil (kek beras panjang, putih dan berbentuk silinder) yang disebut tteokmyeon.  


Selalu dimakan bersama daun bawang, kuih ikan dan juga telur. Ada dua versi; sos pedas (sos gochujang) atau kicap tidak pedas.


Aku order Tteokbokki untuk melepaskan kerinduan rindu makanan Korea di EID. Dekat Dubuyo ada Spicy Toppokki dan Cheese Toppokki. Spicy tu tak pedas langsung. Lol. 


Rasa dia ok je tapi sedikit menyesal sebab Bibimbap dia lagi sedap.  Selain itu menu yang kau orang boleh cuba ialah Spicy Seafood Ramyeon, Chicken Pabkon Ramyeon, Seafood Sondubu Jigae, Beef Honey Garlic Bulgogi, Buldak Wings, dan Mayoyo Wings.




Harga Makanan di Dubuyo

Menu aku sempat jeling orang lain order dan aku teringin nak makan next ialah Mayoyo Wings. Macam sedap gila. Sesungguhnya aku mudah terpengaruh. Lol.


Berbalik kepada menu Beef Bibimbap, aku suka sebab ada banyak sayur. Dalam satu mangkuk ada telur mata, nasi, taugeh, kubis, lobak merah, rumpai laut, dan daging, ditaburi rumpai laut kering. 


Cara nak makan ialah gaul je kesemua bahan. Boleh tambah sos pedas kalau mahu.


Oh ya setiap hidangan dapat tiga side dish iaitu kimchi, kacang dan juga taugeh serta Miso sup. Harga setiap set dibawah RM20. Kira ok la sebab portion dia agak besar dan kenyang.


  1. Mayoyo Wings RM18.90
  2. Buldak Wings RM18.90
  3. Beef Bibimbap RM19.80
  4. Spicy Toppokki RM15.90
  5. Beef Honey Garlic Bulgogi RM19.90
  6. Spicy Seafood Ramyeon RM18.90
  7. Chicken Pabkon Ramyeon RM15.90
  8. Seafood Sondubu Jigae RM18.90


Status Halal Dubuyo 

Oh ya, Dubuyo Wangsa Walk mendapat pengiktirafan Halal JAKIM. Makan tanpa ragu okeh. Sebelum ni, aku pernah kongsikan, suami aku tekak Melayu. Susah betul nak ajak cuba makanan Korea mahupun Jepun.


Tapi hari tu suami setuju nak cuba demi menggembirakan isteri dan anak-anak. Kami makan di Dubuyo Setapak Sentral.  Kualiti, rasa semua sama. 



Aku juga sempat cuba SnowFlake Green Tea Bingsu. ABC orang Korea la kiranya. Ais kisar dia memang smooth gilos tapi tawar weh. 


Dalam mangkuk dia letak ais kisar, serbuk Green Tea, hirisan kacang badam, dan kacang merah kot nama dia. First time aku cuba Bingsu dan kecewa juga lah.





Adik aku gelak je sebab dia baru lepas makan Myokori dia kata sepatutnya manis. Aku tak pasti memang rasa dia memang macam tu atau chef terlupa letak susu. 


Lagi satu kejadian kelakar ialah adik aku order Aloe Vera Punch yang berharga RM7.95. Kami bayangkan ada lah ketulan Aloe Vera dalam minuman tu, tapi tiada ok.


Masa adik aku pegang air tu aku ingat dia minum air kosong. Aku confirmkan dengan pelayan Dubuyo, dia kata Aloe Vera dah di ‘punch’ dalam air. Memang tak ada ketulan Aloe Vera. Kesimpulannya kami salah buat keputusan pilih air.


Personally aku rate 3 dari 5 bintang untuk pengalaman makan di Dubuyo, berdasarkan pilihan makanan kami pada hari tersebut. 


Dari segi kebersihan restoran dan sistem self-service aku berpuas hati. Kalau ajak makan lagi sekali pastinya aku akan pergi sebab nak makan Bibimbap.


Untuk kau orang yang nak cuba, aku galakkan sangat pergi. Masa hari Ahad aku pergi, restoran memang penuh dengan pelanggan tapi berbaloi rasanya menunggu. 


Tak mahu pergi cawangan Wangsa Walk boleh pergi ke cawangan Dubuyo yang lain.