Food Hunting – Makan Willy Satay Di Taman Sri Ramal Kajang

Pertama kali cuba Sate Willy dan aku jatuh cinta. Hah kau over. Ahaks. Aku jadi peminat sate selepas berkahwin dengan suami. Aku terjebak suka makan sate disebabkan sate tu makanan kegemaran beliau.

Aku bukanlah tak minat tapi oleh disebabkan sate ni dikategorikan sebagai makanan kayangan waktu aku kecil, jadi peluang nak makan sate tu memang jarang berlaku.

Dengan bilangan ahli keluarga yang ramai, sate akan dibeli pada hari istimewa sahaja atau kami akan dapat makan bila beraya rumah saudara mara.


Food Review – Makan Willy Satay Di Taman Sri Ramal Kajang

Lah cerita sedih pulak kan. Tapi pengalaman hidup yang susah menjadikan aku menghargai setiap kesenangan yang aku dapat sekarang. Alhamdulillah.



Ceritanya aku terlajak ke Sri Ramal Kajang atas urusan Seri Paduka Baginda dan kemudian urusan habis lewat petang. 

Perut pula minta di isi jadi terus Google makanan sedap ada sekitar Taman Sri Ramal Kajang ni.

Sate Willy Ramal Junction Food Court Taman Sri Ramal Kajang

En Suami la yang ajak ke Willy Satay. Rupa-rupanya Willy Satay ni sebahagian daripada Ramal Junction Food Court. Pertama kali juga jejakkan kaki ke sini jadi aku rambang mata sebab banyak sangat gerai yang sedap-sedap.




Suami tetap dengan pendirian dia nak mencuba Willy Satay jadi aku beli Nasi Goreng Kambing dari gerai Air Buah Gelas Besar. Woi sedap Nasi Goreng Kambing dia. 

Kalau sampai ke Ramal Junction Food Court Taman Sri Ramal Kajang boleh buat bergaduh tau. Konsep dekat sana, pilih makanan apa yang korang nak, buat pesanan dan buat bayaran. Lepas tu jangan lupa beri no meja korang. Siap makanan nanti dia hantar ke meja. 

Aku order nasi goreng kambing yang dalam dia ada ketulan daging kambing. Besar-besar pula tu tak kedekut. Harga sepinggan ni RM8. Ok la berbaloi. 



Terlalu banyak makanan untuk dicuba tapi perut ada satu. Ahaks. Next time plan nak repeat bawa anak-anak pula. Meriah ya orang kajang makan. Beruntung betul boleh makan macam-macam dekat situ.


Sate Samuri VS Willy Satay

Ini ikut kesedapan tekak aku ya, jangan kata aku berat sebelah pula. Restoran Sate Samuri paling dekat dengan rumah aku adalah di cawangan Taman Melati jadi boleh dikatakan agak kerap aku makan Sate Samuri.

Sate Ramly Burger pun boleh tahan rasa dia. 

Dulu punya cerita, Sate Samuri aku dapat rasa kesedapan dia. Tapi sekarang sedih la. Sate dia besar penuh isi, kuah kacang dia pun not bad tapi dia ada kekurangan. Langsung tak rasa air tangan manusia tu.

Bila makan rasa sate tu kejung je. Camne eh nak describe. Mungkin penggunaan peralatan, pekerja yang handle tu yang jadi kureng tu.

Berbeza bila aku makan Satay Willy. Masih terasa air tangan tu, kau faham bila kau makan terasa ikhlasnya penjual tu dalam menyediakan makanan.




Aku part emosi memang terlebih. Maklumlah orang Feeling beginilah kalau suruh explain part emosi. Boleh mengalir air mata bercerita tentang sedapnya sate tu. ahaks.

Resepi Kuah Kacang 4 Bahan boleh cuba dekat sini. 

Jadi ikut selera tekak aku, semestinya Satay Willy menjadi pemenang. Entah bila boleh repeat memandangkan dah puasa, lepas tu nak sambut Raya. Moga ada rezeki, dipanjangkan umur la hendaknya.




Willy Satay Delivery

Beruntunglah orang MAKAN WILLY SATAY DI TAMAN SRI RAMAL KAJANG sekitar Bangi, Cyberjaya, Kajang dan KL, Willy Satay ada buat promo PKP dan delivery. 

Eh bukan setakat delivery je, kalau nak cepat untuk Take Away boleh call dulu mereka dan buat tempahan.  Klik link http://www.wasap.my/60173742821/WillySatayBS7

Kalau lah Willy Satay ni sekangkang kera je memang setiap bulan jadi port aku makan reward diri. Kalau korang pernah makan sate yang sedap cuba share dengan aku dekat comment.

Mana tahu ada rezeki nak cuba. Next aku nak buat Sate Tulang hunting. Entah apa yang sedap sate tulang sebab dulu pernah masuk TV jadi aku teruja nak cuba.

 

Kumpul Piring Batik Safi Raya Kau Hijau Limited Edition

Baru-baru ni aku terima PR Kit Safi Gift Box sempena kempen Safi Raya Kau Hijau untuk tahun 2021. 

Jenama Safi ni memang dah lama ada di pasaran dan terkenal dengan kepelbagaian produk penjagaan diri lengkap untuk seisi keluarga dan semestinya halal.

Aku memang pengguna produk Safi tegar sejak anak dara lagi sebab harga produk dia yang mesra poket dan berkesan untuk kulit aku. 


Kumpul Piring Batik Safi Raya Kau Hijau Limited Edition 

Lagi satu, produk Safi ni memang senang sangat nak cari dekat mana-mana jadi mudah tak risau kalau habis stok.




Alhamdulillah dah banyak kali juga aku cerita tentang kolaborasi bersama Safi dalam blog ni. 

  1. Review SAFI Expert Solution
  2. Review Losyen Pencerah Safi Balqis Oxywhite Whitening Hydrating Lotion
  3. Review SAFI Hydra Glow
  4. Review Syampu SAFI Shayla

Mana-mana produk yang aku terima, aku cuba dan sedaya upaya untuk sampaikan maklumat dengan berikan review yang mudah pembaca nak faham.

Cuma aku juga nak ingatkan, antara salah satu perkara penting bila memilih produk penjagaan wajah mahupun badan kena tahu isi kandungan dan kena faham jenis kulit kita. Bila tak kenal kulit sendiri, sebab tu wujudnya produk tak serasi atau produk tak beri kesan yang di inginkan.

Kena pilih produk yang betul.


Raya Kau Hijau bersama SAFI

Dah tak lama kan kita nak puasa kan? Perasaan teruja nak berpuasa & sambut raya tu membuak-buak sebab keadaan rasanya dah semakin baik hari demi hari. Syukur kes Covid semakin terkawal. 

Moga tahun ni kita berpeluang untuk pulang ke kampung berhari raya. Jom lah doa. 

Apa pun kesihatan perlu sentiasa dijaga, rangkaian penjagaan diri Safi jangan dilupa ya. PR Kit Safi Gift Box yang aku terima ni mengandungi Safi Shower, Safi Handwash, Safi Micellar Water dan juga Safi Rania Gold Day Cream.



Set lengkap untuk aku guna untuk sambut raya tahun ni. 

Safi Shower & Safi Handwash untuk membersihkan & melindungi diri, Safi Micellar Water pula untuk menghilangkan solekan dari muka & Safi Rania Gold Day Cream untuk pastikan kulit muka sentiasa lembap dan terjaga.

Kumpul Piring Batik Sempena Kempen Safi Raya Kau Hijau

Berbalik kepada kempen Safi Raya Kau Hijau, bermula sekarang Safi menawarkan hadiah piring batik Safi edisi terhad dengan setiap pembelian RM40 & ke atas mana-mana produk Safi. Ada tiga corak batik yang cantik untuk dimiliki.




Korang boleh dapatkan di kedai yang mengambil bahagian dan kumpulkan ketiga-tiga reka bentuk hari ini juga.

Tak sangka aku suka pinggan corak batik tu. Cantik pula bila diletakkan makanan dan dihidangkan untuk tetamu. Okey sangat kalau kumpul ke tiga-tiga corak. Jadi jangan lepaskan peluang ya.

Untuk keterangan lanjut boleh rujuk Instagram SAFI Malaysia



Ayam Masak Merah Macam Dekat Kenduri Kahwin

Setiap kali bulan puasa menjelma, pasti masalah yang sama muncul iaitu tak tahu nak masak apa untuk berbuka. Aku je ke yang macam tu? adoi. 

Umur dah masuk 30 an ni perut dah start meragam kalau salah makan, sebab tu aku risau nak beli makanan di bazar Ramadan.

Pernah sekali tu, ada satu hari semua menu berbuka aku beli di bazar. Beli lauk campur, sedihnya aku cirit birit ke esokkan harinya. 

Ayam Masak Merah Macam Dekat Kenduri Kahwin

Tak tahu mana satu makanan yang jadi penyebab, atau perut aku sejenis tak tahan. 

Jadi seperti tahun-tahun sebelumnya, puasa kali ni kita cuba lebihkan masak di rumah dan kawal pengambilan gula dan minyak ya. 

Semangat nak turunkan berat badan tengah membuak. Jadi harapnya semangat tu bukan hangat-hangat taik ayam lah.




Menu Buka Puasa 

Oleh sebab dekat rumah ni semua peminat ayam jadi aku readykan awal-awal menu berasaskan ayam. Siap-siap cari resepi yang sesuai untuk semua terutama budak kecik yang tak makan pedas tu. 

Aku terjumpa resepi Ayam Masak Merah yang macam selalu orang jamu dekat kenduri tu. Excited nak cuba semestinya menu ni bakal menjadi lauk buka puasa hari pertama kami. 

In sha Allah. Awal plan aku kan? Ahaks. Ikut perkongsian resepi asal Salimah Olie, Ayam Masak Merah ni sedap di makan dengan nasi minyak atau nasi tomato.

Aku dah terbayang makan dengan acar timun nenas tu, lepas tu goreng papadom. Hoi memang lari plan diet aku sudahnya. Lepas tu ada air sirap, tinggal pasang lagu kahwin je weh. Ahaks.

Nak cuba resepi Ayam Masak Asam Pedas boleh cuba dekat sini 




Resepi Ayam Masak Merah Kenduri

Bahan-bahan yang diperlukan:

1 ekor ayam - potong kecil dan di basuh bersih

(Lumurkan dengan garam, kunyit dan kemudian goreng sekejap - jangan garing sangat.)

3 biji bawang besar*

4-5 ulas bawang putih*

1 1/2 inci halia*

(Kisar semua bahan bertanda *)

3-4 senduk cili kisar

5 sudu besar sos cili

2 biji tomato

2 batang serai - diketuk

1 kulit kayu manis

3 bunga lawang

5 buah pelaga

Garam dan gula secukupnya


Cara-cara untuk memasak Ayam Masak Merah Kenduri

Tumis kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga sampai naik bau. Masukkan serai dan tumis sekejap.

Masukkan bahan-bahan yang telah di blend, kemudian tumis sehingga garing. Selepas itu masukkan cili kisar dan tumis lagi sampai garing.

Masukkan gula, sos cili dan tomato. Biar seketika dan kacau sesekali. Perisakan garam.

Lepastu boleh lah masukkan ayam yang telah digoreng tadi. Gaul sebati.

Siap untuk dihidangkan.

 

Mudah kan? Kita cuba yang senang-senang sudahlah. Selamat mencuba. 

Dah Bayar Fidyah Ke Belum? Online Je

Dengan berbaki beberapa hari sahaja lagi In Sha Allah umat Islam bakal menyambut bulan Ramadan iaitu bulan yang dinanti ramai kerana fadilatnya. 

Bulan-bulan lain juga istimewa tapi bulan Ramadan ni kira extra special. Bila menjelang bulan puasa ramai lah siapkan checklist to do before, during dan juga menjelang hari-hari terakhir Ramadan. 

Semua ni untuk memastikan setiap hari dalam bulan Ramadan terisi dengan perkara yang memberi pahala.

Dah Bayar Fidyah Ke Belum? Online Je

Tak tahu kan masih ada ke kita di Ramadan tahun depan.

Tak ketinggalan juga ramai yang berlumba-lumba ganti puasa serta melunaskan pembayaran fidyah puasa bagi Fidyah disebabkan puasa yang lepas-lepas kita tinggal tapi tak sempat nak ganti pada tahun tersebut.

Tak seronoklah kan nak sambut Ramadan, tapi Fidyah belum bayar kan?

|  Perbezaan Ramadan Al-Kareem Dengan Ramadan Al-Mubarak  |




Bayar Fidyah atau Qada?

Aku kongsikan checklist yang dikongsikan oleh Pusat Pungutan Zakat MAIWP berkenaan Fidyah dan juga Qada. Penerangan yang cukup ringkas tapi padat dengan info dan boleh difahami.

Kenapa kita kena bayar Fidyah?

Fidyah itu merupakan denda ke atas seseorang Islam yang telah baligh kerana meninggalkan puasa wajib atas sebab-sebab tertentu atau pun sengaja melewatkan puasa ganti (qada) bulan Ramadan.

Hadis daripada Abdullah bin Umar r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda: Riwayat Al-Tarmizi

“Sesiapa yang mati sedangkan dia masih mempunyai puasa Ramadan, hendaklah diberi makan seorang miskin bagi setiap hari yang ditinggalkannya.” 

Boleh rujuk jadual di bawah untuk lebih faham. Kena betulkan fahaman, sebab dulu aku ingat kalau dah bayar Fidyah tak perlu Qada puasa dah.

Rupa-rupanya masih kena ganti ya. Sebab tu penting kita tuntut ilmu. 

|  Puasa Enam di Sekali kan Dengan Puasa Ganti - Boleh ke?  |



Hukum Membayar Fidyah

Fidyah adalah satu bentuk ibadah niyabah (gantian) yang diberi pahala kepada pelakunya. Hukum membayar fidyah adalah WAJIB. Ia wajib disempurnakan mengikut bilangan hari yang ditinggalkan. 

Dengan membayar fidyah tidak bermaksud mereka tidak perlu lagi menggantikan puasanya kerana puasa tersebut tetap wajib digantikan mengikut bilangan hari yang telah ditinggalkannya. 

Ia juga menjadi satu tanggungan (hutang) kepada Allah SWT sekiranya tidak dilaksanakan. *sumber MAIS


Bayar Secara Online Je

Di waktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP/PKPB/PKPP) ni agak menyukarkan kita untuk melangsaikan fidyah secara bersemuka jadi Pusat Zakat telah menyediakan kaedah pembayaran fidyah secara online.

Oleh sebab aku berada di Wilayah Persekutuan jadi pembayaran aku salurkan ke Pusat Pungutan Zakat MAIWP. Korang boleh rujuk Pusat Zakat masing-masing.

Untuk penduduk di Wilayah Persekutuan boleh rujuk laman website MAIWP, dekat situ dah disediakan kalkulator Fidyah jadi mudah sangat. 

Cuma masukkan jumlah hari yang tak sempat ganti dan tahun puasa yang ditinggalkan. 



Bayaran pun dibuat secara online. Apa yang seronok, setiap kali buat bayaran zakat, akhir sekali nanti akan muncul doa oleh Ustaz Haji Ahmad Shukri Yusoff. Perasaan seronok lepas dapat tunaikan tanggungjawab disamping mendapat doa dari orang alim.

Last but not least, aku nak ucapkan selamat berpuasa untuk semua umat Islam terutama yang membaca blog aku ni. 

Kepada yang selalu singgah dan drop comment, yang silent reader dan doakan hidup aku, yang tak sengaja baca. Aku ucapkan terima kasih, aku doakan korang sentiasa sihat, bahagia, kaya dunia akhirat, jumpa apa yang korang cari.

 

|  Didik Anak kenali Zakat  |

Review Filem - Penunggang Agama

Tak sengaja tengok filem Penunggang Agama waktu aku melepak rumah Biras aku. Kebetulan dia melanggan cerita Penunggang Agama di Astro First. 

Kalau ikut selera aku memang jarang sangat aku layan cerita seram. Bukan apa cerita seram ni buat aku sakit kepala. 

Aku tak suka adegan terkejut, sudahnya sepanjang cerita confirm aku tutup mata. Tapi cerita Penunggang Agama ni berjaya buat aku tonton sampai habis dengan jayanya.

Review Filem -  Penunggang Agama 

Tahniah kepada Syafiq Yusof kerana menghasilkan filem yang bagi aku berkualiti. Mungkin bagi penggemar cerita seram lain rasa cerita ni seram-seram kuku je. 

Filem ni aku tak puas tengok sebab rasa macam sekejap sangat dan aku syak mungkin ada Penunggang Agama 2.


Movie Penunggang Agama


Katanya jualan dah cecah RM1 juta. Tahniah sekali lagi. Dalam filem ni ada Zul Ariffin sebagai suami kepada Azira Shafinaz, Nasir Bilal Khan sebagai Tok Haji, bomoh jahat keji dan isteri bomoh yang taat Salina Saibi, Jalaluddin Hassan (Dato’ Hafsyam) sebagai ayah Zul Ariffin dan Sabrina Ali (Datin Maria) sebagai ibu tiri dan watak yang diganggu makhluk halus.

Bintang yang aku rasa paling menonjol dalam filem ini ialah Azira Shafinaz yang bawa watak Ustazah Anna, isteri kepada Amir (Zul Ariffin) dalam cerita ni. 

Jalan cerita dia simple je dan jadi best tu sebab Syafiq Yusof menggunakan pengalaman sendiri dan situasi orang sekeliling dan dia realisasikan dalam bentuk filem Islamik.

Jadi penonton boleh relate sebab apa yang berlaku ada kaitan dengan kehidupan sebenar. Kisah dia apabila Tok Haji ni mencari mangsa semestinya orang kaya untuk bolot harta kekayaan dengan cara mengganggu kehidupan mangsa menggunakan bantuan syaitan.

Dato' Hafsyam iaitu bapa Amir telah meminta bantuan Tok Haji yang menggelarkan diri dia sebagai ‘pakar ruqyah’. Ada la adegan berubat dan pagar rumah. Ada satu pesanan Tok Haji selepas merawat Datin Maria, dia minta supaya Datin berehat di dalam bilik dan tidak diganggu.

Teringat perkongsian aku tentang perawat yang menggunakan Jin. 

Boleh baca di sini Kenali & Cara Hindari Sihir 

Tukang sihir / bomoh berpesan kepada pesakit untuk mengasingkan diri di dalam bilik. Pesakit biasanya tak boleh bergaul dengan orang ramai, termasuk ahli keluarga, jiran tetangga kerana desakan daripada Jin yang berada di dalam badan pesakit.

Jadi pertengkaran terjadi apabila bila Amir dan Anna suarakan yang Tok Haji ni tak boleh dipercayai. Ada lah sebab dia cakap macam tu. Korang kena tengok sendiri lah. Adegan lain yang memberi kesan adalah waktu Amir dirasuk.


Pelakon Movie Penunggang Agama Azira Shafinaz


Amir ni merupakan bekas pelajar Universiti Al Azhar tapi tak jadi ustaz. Ada satu scene keluarga dia diganggu, waktu Amir dalam bilik dan baca Ayat AlQuran untuk lawan makhluk halus tu dia boleh lupa hafalan lepas tu terus kena rasuk. Hoi seram.

Keluarga mereka jadi kacau bilau sebab Tok Haji berjaya timbulkan syak wasangka dan pergaduhan. Suka watak Azira sebab lancar je baca Al Quran. Simple je tapi kita tahu kan kalau baca tanpa tahu pengertian tak guna juga.

So salute sebab Syafiq Yusof ambil berat benda-benda macam ni. Siap sediakan ustazah untuk bantu pelakon terutama untuk bantu bacaan AlQuran tu. Pendek kata peminat cerita seram boleh layan kot, hantu dia tidak la menyeramkan macam cerita Harum Sunda Malam. 

Lagi seram dalam cerita ni ialah Tok Haji yang jadi hamba Iblis tu. Kemain lagi keji muka dia.

Overall aku puas hati dengan jalan penceritaan, logik cerita dan kualiti lakonan filem ni. Semua mantap. Kalau ada sambungan dia of course mesti support. Cerita ni tak berlebihan jadi aku suka. Selamat menonton dan yang dah tonton meh kongsi favourite scene kau orang.

*gambar Instagram Azira Shafinaz

Cara Menghilangkan Dark Spot Di Muka Dalam Masa Dua Minggu

Masalah Dark Spot di wajah berlaku kepada semua orang tak kira jantina, lelaki mahupun wanita. Dark spot merujuk kepada tompok hitam yang muncul di kulit. 

Dark Spot boleh disebabkan oleh sinar UV, tanda lahir, bekas treatment dengan laser, bekas jerawat yang dipicit, bekas luka, dan faktor genetik.

Cara Menghilangkan Dark Spot Di Muka Dalam Masa Dua Minggu

Ikut pengalaman aku sendiri, masalah dark spot menjadi semakin parah apabila malas buat basic skincare seperti pakai pencuci, toner, pelembap dan juga tak pakai sunblock.

Aku bersyukur sangat, sejak remaja lagi aku tidak mengalami masalah kulit muka yang teruk. Jerawat pun hanya timbul bila datang bulan, lepas habis period jerawat pun hilang. 

Aku perasan semakin meningkat usia, dark spot semakin berleluasa. Bila pandang muka dekat cermin tanpa pakai make up memang nampak kusam je. Tak berseri langsung. Secara tak langsung keyakinan diri tu drop.





Kawan Cadangkan Eucerin Ultrawhite Spotless Double Booster Serum

Baru-baru ni aku telah mencuba satu produk yang diperkenalkan oleh kawan-kawan untuk menghilangkan dark spot di muka.   

Terjebak mencuba Eucerin Ultrawhite Spotless Double Booster Serum sebab rata-rata bagi feedback yang bagus.

Awalnya aku agak ragu-ragu tapi sebab nak dapat kulit yang sekata dan hilangkan tompok-tompok di muka terutama di bahagian pipi aku pun cuba. Katanya dalam dua minggu dah boleh nampak result dia.

Weh tak sangka Eucerin Ultrawhite Spotless Double Booster Serum banyak membantu. Aku sendiri kagum dengan keberkesanan serum ni berfungsi dengan baik dengan kulit aku. 

Tekstur dia mudah meresap dan bila pakai tak rasa berminyak langsung. Rasa ringan je dan paling penting kulit boleh bernafas.

Aku pernah pakai produk kosmetik yang bila sapu ke kulit, rasa rimas macam tak boleh bernafas terutama waktu kulit berpeluh. Seksa hoi. 

Disebabkan tahap kerajinan aku ni tak seberapa jadi aku cuba pakai serum ni sekali sehari je.





Cara Guna Eucerin Ultrawhite Spotless Double Booster Serum

Paling penting kena tahu yang isi kandungan serum ni ada satu warna cream dan satu lagi warna jernih. Nama pun Double Booster Serum kan? 

Cara betul ialah kena tekan bahagian tengah penutup botol supaya kedua-dua serum ni keluar serentak. Aku pernah baca review orang tak puas hati sebab dia kata serum tu tak keluar walhal dia tak tahu cara tekan yang betul.

Cara guna yang betul adalah untuk pakai serum sebelum sapu pelembap muka. Ada sesetengah orang rutin dia ialah cuci muka dengan pembersih, pakai toner, pakai pelembap atau cream siang. Ada orang skip pelembap dan terus pakai cream siang.

Rutin aku ialah, cuci muka, pakai toner dan kemudian aku sapukan Eucerin Ultrawhite Spotless Double Booster Serum ni. Malam baru aku pakai krim malam atau pelembap.


Nampak Perubahan Lepas Dua Minggu

Aku puas hati sangat bila nampak perubahan terutama dark spot di kawasan pipi tu semakin hari semakin pudar. Perasan yang kulit muka lebih sihat, segar dan nampak berseri. 

Baru dua minggu guna aku dah dapat perubahan yang positif jadi aku excited nak continue guna.

Bila baca isi kandungan Eucerin Ultrawhite Spotless Double Booster Serum ni mengandungi Hyaluron 4x lebih kecil dan Thiamidol yang terbukti secara klinikal mengurangkan bintik-bintik gelap tanpa perlukan rawatan laser.

Dinasihatkan untuk consistent guna Eucerin Ultrawhite Spotless Double Booster Serum selama 4 minggu untuk dapatkan kulit mulus, berseri dan kulit menjadi lebih cerah tanpa darak spot.





Beli Dekat Mana?

Untuk yang nak cuba Eucerin Ultrawhite Spotless Double Booster Serum ni boleh beli Watson, Guardian atau pun boleh dapatkan secara online di platform Shopee. Aku suka beli time sale. 

Banyak juga dapat jimat. Jujur aku cakap, antara produk yang aku tak menyesal nak cuba sebab berfungsi dengan baik dekat kulit aku ialah Eucerin Ultrawhite Spotless Double Booster Serum ni.

Beli & dapat diskaun dekat sini -  Eucerin Ultrawhite SpotlessDouble Booster Serum Whitening (30ml) 




Ramai Netizen Suka Dengan Perkahwinan Neelofa

Sana sini orang masih bercakap tentang perkahwinan selebriti popular Malaysia, Neelofa dengan pasangan pilihan hati PU Riz atau nama sebenar Haris Ismail yang telah selamat di ijabkabulkan pada Hari Sabtu yang lepas.

Banyak perkara yang menjadi buah mulut netizen Malaysia antaranya rekaan pelamin, seri pengantin Neelofa, langgar SOP, doorgift mahal dan macam-macam lagi lah. 
Perkahwinan Neelofa dengan PU Riz ni boleh lah aku katakan sebagai perkahwinan yang dinanti-nantikan peminat mereka.

Suka Dengan Perkahwinan Neelofa


Yelah kalau sebelum ni Neelofa pernah bercinta dengan Fattah Amin dan Datuk Hans Isaac, ramai tertunggu-tunggu bila dan siapa jadi pilihan Neelofa menjadi imam dia. 

Dengan status dan kekayaan dia semestinya jadi kelebihan dan juga ujian untuk pasangan dia. Katanya ramai jejaka kecewa bila Neelofa dah kahwin, betul ke? 

Sila jangan kecewa itu maksudnya dia bukan jodoh anda. Di usia Neelofa 32 tahun dan dia memilih suami, PU Riz yang berusia 26 tahun pasangan yang sama cantik sama padan.


Konsep Pelamin The Jabal Rahmah by RekaTeemor

Apa aku suka bila tengok majlis perkahwinan Neelofa ni ialah tentang warna pilihan dan juga dress code tetamu yang hadir. 

Terutama jemputan wanita yang memakai selendang dan berusaha tutup aurat. Semua pakai baju putih. Cantik dan sejuk mata memandang.
Rekateemor menjadi Perancang Perkahwinan yang bertanggungjawab menghasilkan pelaminan berinspirasikan pergunungan di mana Adam & Hawa dipertemukan. 

Ya ampun ternganga aku tengok bunga-bunga putih disusun diserikan lagi dengan cahaya lampu bagaikan dipancar dgn sinaran bulan terang ‘The Jabal Rahmah’.
 
Fun fact: Empat tan bunga segar digunakan untuk menghiasi pelamin bertemakan ‘Jabal Rahmah’ untuk perkahwinan Neelofa dan PU Riz.
Aku yang belum ada rezeki jejakkan kaki ke Tanah Suci pun terpesona tengok, apatah lagi mereka yang pernah menjadi tetamu Allah pasti dapat relate dengan idea yang RekaTeemor hasilkan.
 
Aku pernah kongsi Kisah Penghijrahan Neelofa

Doorgift Barangan Mewah Untuk Tetamu

Kecoh dekat Twitter ramai yang terperanjat dapat doorgift mahal di perkahwinan Neelofa. Tetamu yang hadir dihadiahkan produk Skincare Lancome dan barangan kemas Swarovski. 
Tapi bagi aku pula, tetamu yang hadir majoriti golongan berada, harga barang tu ‘biasa-biasa’ je kot bagi mereka.
 
Menu jamuan pun tak kalah ya sebab ada menu udang galah besar. Bagus betul dia berhabis duit gembirakan tetamu dan ahli keluarga. Bayangkan berapa banyak doa yang pengantin dapat sebab tetamu gembira.

Busana Putih Majlis Nikah

Neelofa menggunakan khidmat pereka fesyen wanita Alia Bastaman yang telah menghasilkan busana putih bersih yang dipakai ketika majlis pernikahannya. 

Nampak manis dan sopan je. Walaupun nampak sarat dengan bulu-bulu dan perincian lain tapi bagi aku masih praktikal dan pengantin tak terseksa nak bergerak.

Majlis Kahwin Tak Ikut SOP?

Tak sampai 24 jam perkahwinan Neelofa dengan PU Riz berlangsung, tular di media sosial yang majlis perkahwinan mereka didakwa tidak mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) dengan tiada penjarakan fizikal.
 
Selepas tengok video yang dirakamkan oleh Shalma Aina dekat Youtube dia baru aku faham kenapa orang ramai marah kita tengok je lah apa berlaku lepas polis sisasat nanti.
Khas untuk pengantin baru, bukan untuk Neelofa dan Haris Ismail sahaja; didoakan kalian semua kekal bahagia ke Jannah.
 
بَارَكَ اللهُ لَكَ وَبَارَكَ عَلَيْكَ وَجَمَعَ بَيْنَكُمَا فِى خَيْرٍ

Barakallahu laka wa baraka ‘alaika wa jama’a bainakuma fiil Khairin
Ertinya:” Mudah-mudahan Allah memberkahi engkau dalam segala hal (yang baik) dan mempersatukan kamu berdua dalam kebaikan”
 
أَنَّ اَلنَّبِيَّ صلى الله عليه وسلم كَانَ إِذَا رَفَّأَ إِنْسَانًا إِذَا تَزَوَّجَ قَالَ بَارَكَ اَللَّهُ لَك , وَبَارَكَ عَلَيْكَ , وَجَمَعَ بَيْنَكُمَا فِي خَيْر

Dari Abu Hurairah ra bahwa Nabi SAW bila mendoakan seseorang yang nikah, beliau bersabda, “Semoga Allah memberkahimu dan menetapkan berkah atasmu, serta mengumpulkan engkau berdua dalam kebaikan.”
 
sumber: Instagram Neelofa & RekaTeemor

Dana Bantuan Perubatan Tokio Marine COVID-19

Demi meringankan beban pihak penjagaan kesihatan awam negara, kerajaan telah menyatakan niat mereka untuk menambahkan hospital swasta sebagai pusat rawatan COVID-19. 

Untuk mengakhiri pandemik COVID-19, kerajaan juga telah melaksanakan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan pada 26 Februari 2021.

Oleh kerana beberapa pelan perubatan Tokio Marine Malaysia tidak termasuk dalam polisi perlindungan COVID-19. 


Dana Bantuan Perubatan Tokio Marine COVID-19

Pihak syarikat mengambil tindakan yang proaktif untuk merancang dan melancar-kan "Dana Bantuan Perubatan Tokio Marine COVID-19" yang bernilai RM 5juta untuk menyokong inisiatif kerajaan dalam membantu pelanggan kami pada waktu yang sukar ini. 

Para pelanggan kami akan mendapat manfaat dari dana atau tabung ini sekiranya keaadan yang berkenaan menimbul.

Terdapat dua inisiatif di bawah tabung yang baru diwujudkan ini. Inisiatif pertama adalah Bantuan Perbelanjaan Perubatan COVID-19 yang bertujuan untuk membantu para pelanggan yang memiliki polisi perubatan persendirian yang tidak merangkumi 'penyakit berjangkit yang memerlukan kuarantin di bawah undang-undang'.



Ia akan membayar semula per-belanjaan perubatan akibat kemasukan ke hospital kerana COVID-19 dengan jumlah sehingga RM5,000 untuk pesakit COVID-19 kumpulan Kategori 3, RM10,000 untuk pesakit Kategori 4, dan bayaran sehingga RM20,000 untuk pesakit Kategori 5 sekiranya pemegang polisi dirujuk oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ke mana-mana hospital swasta yang ditetapkan oleh kementerian berkenaan di bawah inisiatif ini.

Inisiatif kedua adalah Sokongan Vaksinasi COVID-19, yang bertujuan memberi bantuan kepada para pelanggan yang memiliki pelan pe-rubatan persendirian dengan pengecualian klausa 'ubat pencegahan atau rawatan'. 

Sekiranya mana-mana pelanggan terpaksa dimasukkan ke hospital disebabkan oleh sebarang kesan serius akibat vaksinasi COVID-19 yang diterima, inisiatif ini akan membayar semula per-belanjaan kemasukan ke hospital sehingga RM 5,000.

Bantuan Perbelanjaan Perubatan COVID-19 ini boleh didapati sehingga 30 Jun 2021, sementara Sokongan Vaksinasi COVID-19 boleh didapati sehingga 31 Disember 2021, atau sehingga tabung RM 5juta telah digunakan sepenuhnya, bergantung kepada yang mana lebih awal.

Ketua Pegawai Eksekutif Tokio Marine Life Insurance Malaysia Bhd., encik Toi See Jong ber-kata, “Sejak permulaan pandemik ini, Tokio Marine Malaysia telah ambil inisiatif untuk memberi sokongan kepada para pelanggan, rakan kongsi dan juga masyarakat. Dana ini merupakan satu lagi usaha untuk terus memperkukuhkan nilai ‘Good Company’ kami dan memandang lebih jauh daripada sekadar keuntungan.”

Dalam pada itu, tambah Ketua Pegawai Eksekutif Tokio Marine Insurans (Malaysia) Berhad, encik Ng Hang Ming, “Oleh sebab situasi COVID-19 masih belum sembuh sepenuhnya, adalah penting bagi Tokio Marine Malaysia untuk menyediakan para pelanggan dengan solusi dan perlindungan untuk terus kekal selamat.”

Selain inisiatif-inisiatif tersebut, Tokio Marine Life Malaysia turut memberi tumpuan untuk memastikan para pelanggan, rakan kongsi dan keluarga mereka kekal selamat dalam usaha untuk mencegah penyebaran virus ini. 

Dengan itu, syarikat sedang mengoptimumkan plat-form-platform digitalnya bagi menyediakan akses yang senang kepada para pelanggannya untuk perkhidmatan yang penting seperti perkhidmatan polisi, pembayaran tanpa tunai dalam talian yang selamat, dan penyerahan tuntutan dalam talian. Sebahagian daripada pengukuhan digital, Tokio Marine Life Malaysia juga telah melancarkan "oneTokio", satu aplikasi mudah alih yang bertujuan untuk memberikan penyelesaian sehenti bagi para pelanggan.

Pelanggan kini dapat mengakses perincian polisi seperti sejarah tuntutan perubatan, pen-yataan polisi dan penyata pembayaran premium untuk tujuan pemfailan cukai pendapatan dengan mudah. oneTokio juga memberikan maklumat yang berguna kepada pelanggan  (if want to use awam, English copy must be “public” instead of “customer”), seperti pengesan hospital panel dan memeriksa wang yang tidak dituntut.

Tokio Marine Malaysia bersimpati kepada mereka yang terkesan oleh COVID-19 dan mengga-lakkan semua rakyat Malaysia berada dalam keadaan yang selamat, dan memahami bahawa ini adalah waktu yang sukar dan mencabar.

Dengan itu, Tokio Marine Malaysia ingin meya-kinkan bahawa syarikatnya komited untuk selalu berusaha sedaya upaya untuk menyokong para pelanggan dan komuniti. Kami juga ingin mengambil kesempatan ini memberi peringatan kepada anda agar mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh kerajaan dan menjaga kesihatan anda.

Ketahui Rahsia Bina Business Berjaya Sewaktu Pandemik

You Are The Next Millionaire! Apa perasaan kita bila ada orang cakap macam ni dekat kita? Mesti berbunga-bunga hati kan? 

Orang business mesti boleh relate dengan menjadi “The Next Millionaire” sebab masing-masing mesti dah tanam cita-cita masa mula berniaga dulu.

Memang menjadi impian setiap orang yang berniaga nak jadi Millionaire, sebab apa tau dengan menjadi kaya dapat membantu orang lain (terutamanya orang Islam) dengan cara menunaikan zakat dan juga sedekah.


Ketahui Rahsia Bina Business Berjaya Sewaktu Pandemik

Tapi nak menjadi The Next Millionaire pun kena ada ilmu, circle, network dan juga mentor untuk bimbing kita untuk berjaya. 

Zaman buat business sekarang sangat berbeza jika dibandingkan waktu business tanpa pandemik dulu. Lebih sukar, lebih mencabar jika tiada pengalaman serta ilmu.




RichWorks Nak Bantu Lebih Ramai Orang Terkesan Pandemik

Zaman sekarang lebih mencabar, banyak halangan dan kita boleh tengok sendiri berapa banyak syarikat besar yang terpaksa gulung tikar disebabkan tak mampu bertahan. Kalau syarikat ‘jerung’ pun gulung tikar, macamana syarikat kecil nak terus bertahan?

Atas alasan itu dan berbekalkan semangat nak bantu orang ramai termasuk Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) yang terkesan dengan pandemik untuk kembali bangkit dan menyaksikan perubahan yang lebih baik lagi.

Aku sendiri dah pernah menghadiri program Nak Ubah Hidup 2020. Banyak ilmu yang dapat aku dapat, dan begitu banyak semangat yang dapat aku serap. 

Boleh baca perkongsian aku menghadiri Program NUH

Menurut Timbalan Naib Presiden Kanan RichWorks, Radz Mohd berkata, sebagai sebuah syarikat latihan dan bimbingan terbesar di negara pihaknya percaya sedikit sebanyak dapat menyumbang kepada negara dan rakyat berdasarkan pengalaman hampir 13 tahun dalam membantu bangsa usahawan bina bisnes yang berjaya.

Katanya, lebih 1.1 juta orang telah dibantu RichWorks yang bukan saja menyaksikan perubahan dalam bisnes malah kehidupan yang lebih baik.



Program Bina Bisnes Berjaya - Edisi Khas Nak Ubah Hidup Secara Percuma

"RichWorks bersama Pengasas dan MenThor, Datuk Wira Dr Azizan Osman ingin membantu dan bimbing lebih ramai orang terutama bangsa usahawan untuk berdepan dengan cabaran dan kesusahan dihadapi ketika pandemik ini.

"Sebab itu, kami akan mengadakan sebuah program Bina Bisnes Berjaya - Edisi Khas Nak Ubah Hidup pada 26 hingga 28 Mac ini secara percuma yang mana telah bantu ubah malah tambah baik kehidupan ramai orang," katanya kepada Kosmo!/Utusan Malaysia hari ini.

Sepanjang pandemik melanda negara, RichWorks telah membantu lebih 400,000 peserta melalui program-program virtual yang diadakan bagi memberikan sokongan dan bimbingan kepada orang ramai.



Tambah beliau, inilah perjuangan RichWorks dengan memberikan inspirasi, bimbingan dan menambah nilai kepada orang ramai terutama bangsa usahawan.

"Program Nak Ubah Hidup ini datangnya daripada pengalaman Datuk Wira Dr Azizan Osman, bagaimana beliau dari keluarga biasa saja dapat bangkit dalam bisnes walaupun beberapa tahun alami kegagalan pelbagai bisnes dilakukan pada peringkat awal.

"Melalui perjalanan bisnesnya, ilmu dan bimbingan diberikan dalam melahirkan ramai usahawan jutawan dijadikan pembelajaran dengan langkah-langkah terbukti berjaya yang orang ramai boleh guna pakai bagi menyaksikan perubahan dalam hidup mereka nanti," jelasnya.

Senarai anak didik Datuk Wira DrAzizan Osman yang berjaya!

Sehubungan itu, Suley memberitahu, program ini dapat menjadi platform dan titik tolak untuk orang ramai mendapatkan kembali semangat dan ilmu penting untuk mereka dapat mulakan langkah pertama untuk keluar daripada situasi dihadapi sekarang.

"Bagi mereka yang ada kemahuan untuk hidup yang lebih baik, nak tingkatkan kewangan diri dan keluarga, suri rumah yang nak jana pendapatan bantu keluarga, usahawan yang serius nak berjaya dan sebagainya patut hadir dalam program ini.

"Tiada sesiapa dapat memaksa untuk berubah jika diri kita sendiri tidak mahu mungkin disebabkan selesa dengan kehidupan sekarang dan tidak kesah dengan keadaan waktu ini," ujarnya.

Jadi aku seru sangat kepada anda yang nak berjaya, yang baru-baru nak cuba, yang masih kabur ke mana harus dituju dalam business, lapangkan dada dan kosongkan diri untuk sedut ilmu percuma yang Datuk Wira Dr Azizan Osman nak bagi.

Kena pasak dalam otak, bahawa tiada siapa yang mampu bantu kecuali dengan kesedaran diri sendiri. Anggaplah sesi percuma yang ditawarkan ini adalah sebagai suis untuk menghidupkan diri business yang tertidur dalam diri kita.

Beri peluang kepada diri dan selebihnya kita mohon pada Tuhan supaya dipermudahkan urusan untuk kita capai cita-cita kita. In sha Allah. Please jangan lepaskan peluang ya.


Cara Paling Berkesan Elak Instagram Kena Hack

Peristiwa Instagram hampir di hack beberapa hari lepas memang buat aku tak senang duduk. Selalu lah kita dengar berita akaun peribadi Instagram terutama golongan influncer dan selebriti digodam.

Rata-rata mangsa yang kena adalah mereka yang ada banyak followers dan berpengaruh di media sosial. Kali ni aku nak kongsikan pula pengalaman aku sendiri, yang mana akaun aku turut menjadi target hackers.


Cara Paling Berkesan Elak Instagram Kena Hack

Aku nak kongsikan juga apa kau orang boleh buat sebagai langkah untuk mencegah akaun Instagram dari digodam oleh mereka yang tak bertanggungjawab ni. Sebelum tu mari aku ceritakan sedikit kronologi sebelum kejadian.




Pengalaman Akaun Instagram Hampir di Hack

Menjadi tabiat aku setiap kali login Instagram melalui aplikasi di telefon aku akan logout. Tidak logout dari sesuatu device dalam jangka masa yang lama juga akan jadikan akaun kita berisiko untuk digodam.

Maaf aku tiada kajian spesifik nak beri sebagai bukti tapi itulah yang kera berlaku dulu kalau aku tak logout dengan betul. Ikut pengalaman sendiri.

Kisahnya malam sebelum tu sebelum tidur macam biasa tengok perkembangan dunia di Instagram. Terjaga pukul 4 pagi aku logout. Keesokkan harinya aku bangun pagi, jalani hidup seperti biasa dan aku nak buat Instagram story.

Tapi malangnya tak boleh nak login. Bila aku masukkan username dan password, keluar mesej “error” lagi satu masalah internet connection katanya. Aku belum start panik masa tu jadi aku try login guna username business aku.

Peliknya akaun business aku boleh login seperti biasa ya. Terus seram. Masa ni tak terfikir lagi apa masalah dia. Malas aku ambil peduli jadi aku sambung tugasan harian, dengan harapan menjelang tengahari akaun aku tu akan okey.

Cara Susun Instagram Feed Supaya Cantik Dan Kemas




Langkah Mencegah Akaun Instagram Dari Kena Hack

Rupanya masih tak dapat login sehinggalah ke waktu itu. Aku cuba login melalui website Instagram guna Chrome dalam handphone, tapi tetap tak boleh login. 

Tak puas hati aku cuba login melalui laptop, lega baru boleh login. Akaun aku masih wujud dan selamat. 

Masa tu aku yakin mesti ada cubaan untuk mencuri akaun IG aku jadi aku semak email dari Instagram. Rupa-rupanya ada cubaan untuk menggodam akaun Instagram aku.  Sistem detect login daripada device yang aku tak pernah guna dari Telok Panglima Garang, Malaysia.


Apa yang jadi ialah, sistem akan beritahu pemilik akaun jika ada cubaan untuk login akaun Instagram dari gadjet dan lokasi selain dari pemilik akaun selalu guna. Fiuh. Bagusnya sistem sekarang semakin kuat dari segi keselamatan pengguna. Itu aku puji lah.

By the way, ini bukan pertama kali aku terima email pemberitahuan tu tapi kali ni kes dia special sikit. Atas dasar keselamatan, aku dinasihatkan untuk tukar password dengan segera. Terus aku buat tanpa segan silu.

Selepas tukar password barulah aku boleh login Instagram melalui aplikasi di telefon. Alhamdulilah lega semua ok.

Perkara Perlu Buat Untuk Elak Akaun Instagram Dari Di Hack

Kerap tukar password atau kata laluan

Perkara selalu orang malas nak ambil tahu dan buat ialah untuk tukar password akaun secara berkala. Ada yang nasihatkan tukar untuk tukar setiap 3 bulan. Update password ni juga diguna pakai untuk perbankan internet.  

Aktifkan tetapan two-Factor authentication

Kaedah ini lah yang berjaya selamatkan akaun aku dari di hack ye. Macamana nak buat adalah, login Instagram. Di bahagian Settings pilih Security dan on kan Two-Factor Authentication untuk terima text message.

Apa yang berlaku adalah, jika kau orang nak login Instagram dari telefon lain atau dari laptop contohnya, sistem akan minta kau orang masukkan code yang dihantar ke telefon bimbit yang kau orang set di akaun Instagram.

Jadi, kalau ada yang cuba nak godam memang tak dapatlah kecuali kau orang share code tu.

Langkah tambahan lain macam aku pesan dekat atas tu, sentiasa logout dan dicadangkan untuk link kan akaun Instagram dengan facebook kau orang. 

Aku bersyukur akaun aku masih selamat. Untuk kau orang yang kurang bernasib baik dan akaun telah pun digodam boleh baca perkongsian dibawah:

Cara dapatkan kembali Instagram yang telah di Hack 


Kesimpulan

Aku suka nak kongsikan doa yang telah dikongsikan oleh pelakon Almy Nadia yang mana akaun dia juga pernah di hacked lama dulu. Tulis beliau ialah:

"Tolong, tolong. Jangan, jangan, janganlah hacker (penggodam). Saya buat kerja dengan Instagram ini. Ini saya bantu keluarga dengan Instagram.

"Ya Allah ya Tuhanku. Kau makbulkanlah doaku ini. Instagram ini tempat aku mencari rezeki untuk membantu keluarga. Niat aku ikhlas untuk bantu keluarga. Inilah punca rezekiku,"

sumber: HarianMetro


Apa jua berlaku minta pada Yang Kuasa, Allah Maha Pengasih lagi Maha Pemurah. Pasti ada hikmah kenapa dan mengapa ia berlaku. Kau orang pernah kena hacked? Jom kongsi.

Review Filem - Raya And The Last Dragon

Dah tengok filem Raya And The Last Dragon? Pertama kali aku dengar tajuk filem ni aku ingat berkaitan dengan orang Melayu. 

Pantang dengar perkataan ‘Raya’ automatik jadi teruja. Sensitif pula tu sebab dua bulan je lagi nak sambut raya. 

Berbalik kepada filem Raya And The Last Dragon, aku nak kongsikan sebab-sebab kenapa kau orang kena tengok filem ni.


Review Filem - Raya And The Last Dragon

Kalau disuruh tonton banyak kali filem ni pun aku tak kisah sebab aku in love gila dengan watak-watak comel macam Kisu dan haiwan tunggangan Raya, Tuk Tuk. 

Semestinya filem animasi terbitan Walt Disney Animation Studios tidak pernah mengecewakan. Kisah Raya adalah dimana bermulanya dunia fantasi bernama Kumandra, waktu tu Naga dan manusia hidup bersama dalam keadaan harmoni.


Antara Sebab Perlu Tonton Filem Raya And The Last Dragon

Naga menggunakan kuasa yang mereka ada untuk melindungi kehidupan daripada kuasa jahat. Roh jahat tu kira sedut roh manusia dan berupaya untuk tukar manusia menjadi batu termasuk lah naga-naga semua tu. 

Masa berlawan menentang roh jahat, naga-naga tu sempat menggunakan sihir membentuk bola kuasa yang dipercayai dapat lawan kuasa roh jahat. 




Raya telah dilatih oleh ayah dia untuk menjaga bola kuasa sebab itulah satau-satunya harapan mereka untuk lawan roh jahat. 

Selepas 500 tahun, berlakunya perebutan kuasa diantara suku kaum Fang, Heart, Spine, Talon, dan Tail. 


Sinopsis Filem - Raya And The Last Dragon

Masa ni cerita dah jadi semakin menarik sebab sifat tamak kuasa, khianat, tikam belakang dah start. 

Oleh sebab raya percayakan Namaari (putri Ketua Virana dari suku Fang) dia pun tunjukkan lokasi bola kuasa tu disimpan. 

Masa itulah percubaan mencuri bola kuasa tu berlaku. Gaduh punya gaduh, pecah sudahnya bola kuasa tu. Roh jahat pun kembali serang. 

Dalam keadaan kelam kabut tu pecahan bola kuasa tu di ambil oleh ketua puak masing-masing. 

Ayah Raya korbankan diri dan bertukar menjadi batu, sebelum tu dia sempat pesan suruh Raya mencari Naga terakhir yang dipercayai masih hidup dapat melawan roh jahat tu. 

Selepas 6 tahun mencari, akhirnya Raya berjaya menyeru Sisu. Naga terakhir yang masih hidup dan dikatakan Sisu lah yang telah mencipta bola kuasa tu. 

Kiranya harapan semua orang adalah Sisu dapat pulihkan keadaan. 




Watak Sisu yang kelakar dan peribadi Raya yang kental semangat tu aku suka. Raya ni trauma sebab di back stabbing oleh Namaari jadi dia sangat berhati-hati sebab manusia sifat dia tamak. Sisu pula sejenis naga yang lurus bendul. 

Filem ni lebih berkembang dan diselitkan dengan watak-watak sampingan lain tapi berjaya menghidupkan filem Raya And The Last Dragon. 

Bermula lah pengembaraan mereka untuk kutip cebisan-cebisan bola kuasa yang dimiliki oleh ketua setiap kaum. 

Filem ni juga banyak highlight tentang pentingnya kerjasama, pentingnya kepercayaan dan sifat tak putus asa. Banyak nilai murni dan kasih sayang di setiap babak. 

Macam aku cakap aku suka betul si Tuk Tuk haiwan tunggangan Raya. Tuk Tuk tu tenggiling kalau tak silap aku. Comel weh. 

Konflik sikit bila Raya ni ada isu nak percayakan orang dan Sisu pula isu dia tak yakin dengan kekuatan dia ada. 

Dalam adik beradik naga, Sisu dipilih untuk selamatkan dunia dari roh jahat. Best sangat sebab masing-masing saling melengkapi. 

Ending dia kau orang kena tonton sendiri lah. Kang kata aku jadi spoiler pula walaupun banyak dah aku cerita dekat sini. 

Serius banyak lagi adegan-adegan lucu dalam filem Raya And The Last Dragon. Kau orang akan enjoy filem ni terutama yang ada anak kecil kecuali kau orang benci benda comel. 

Selamat menonton, yang dah tonton meh komen dekat bawah, apa babak kau orang paling ingat dan paling teruja? 

Food Review – Meat Cartel BBQ Wangsamaju, Makan Sambil Mengalir Air Mata

Food Review – Meat Cartel BBQ Wangsamaju, Makan Sambil Mengalir Air Mata

Sabtu lepas kami sekeluarga ke restoran Meat Cartel American BBQ cawangan WangsaMaju. Kami pilih (baca: aku yang ajak) sebab tekak teringin nak makan daging. 

Aku dapat tahu tentang restoran Meat Cartel ni daripada Influencer popular iaitu Faiz Dickie atau pun lebih dikenali dengan watak Kak Leha Bunting di media sosial.

Dia upload Insta Story, yang dia dijemput menghadiri majlis pembukaan Restoren Meat Cartel cawangan Wangsamaju pada minggu lepas. Restoran ni baru sahaja dibuka beberapa hari lepas kepada orang ramai.

Seingat aku pernah terbaca laporan berita yang pelakon dan juga suami Fazura, Fattah Amin umumkan yang dia nak francais kan Meat Cartel pada tahun lepas. 

Selain WangsaMaju, cawangan lain Meat Cartel ialah Meat Cartel Jalan Ipoh, Shah Alam, Kota Damansara, TTDI, Bandar Dato Onn, Meru, Ipoh dan Kampung Baru.




Memandangkan baru je dibuka jadi aku tak letak expectation tinggi sangat. Belum lepas tempoh percubaan bagi aku. 

Perjalanan ke restoran tak jauh sangat dari rumah dan mudah je nak cari. Lokasi dia terletak di bangunan kedai yang baru nak naik. Waze sajalah lebih mudah.

Kami parking betul-betul dekat depan restoran. Lepas ni kalau bangunan dah siap dan banyak kedai dah beroperasi rasanya parking akan jadi terhad.



First impression masa melangkah masuk aku senang hati. Simple je konsep dia pilih, warna merah dan susun atur meja kerusi nampak santai. Sesuai untuk keluarga dan kanak-kanak. Itu penting. Hiasan dalaman pun tak terlalu over.

Restoran ni ada dua tingkat. Memandangkan bahagian bawah penuh dengan pelanggan jadi kami duduk di tingkat dua, lebih privacy dan tak segan sangat kalau nak ambil gambar. Masa tu masih ada staff yang tengah betulkan saliran pengudaraan dan check air cond.



Menu Meat Cartel

Dah namanya pun American BBQ mestilah kebanyakkan menu ialah daging. Boleh order ala carte atau set untuk dipilih. Kami decide untuk makan ala carte supaya dapat rasa banyak jenis makanan. Lagi pun first time cuba, kalau tak sedap kan sedih.

Apa yang aku describe selepas ini semestinya mengikut selera dan tekak aku ya. Mungkin bagi tekak kau orang kalau cuba mungkin sedap dan sebaliknya. Aku memang suka makan daging dan menu western jadi tekak aku boleh terima makanan dekat sini.

Kalau datang sini kau orang boleh cuba Beef Ribs, Set Heseinberg, beef briske, lamb, sandwhich, beef & lamb rice, Mac & Cheese, BBQ Fried Chiecken Wings dan banyak lagi.






Harga Makanan di Meat Cartel

Dari segi harga aku rasa agak mahal untuk sesetengah makanan dan air, tapi sebab sedap jadi aku sedapkan hati sendiri. Suami makan Lamb Burger (side dish Onion Ring) RM35.90, untuk Ikhwan dia pilih Bloody Mac & Cheese – Beef Rm22.90, aku pilih Rice – lamb (daging carik, nasi butter, sambal kicap) RM18.90, French Fries RM8.90 & soft drink RM4.

Paling aku rasa over price ialah fries sebab dia tak letak herb yang fresh pun, sekadar fries je without Mayo as dipping. 

Kalau betul nak charge RM8.90 better bagi kentang fresh (bukan frozen) dan tabur garam dan herb segar. Gambar tak sempat ambil sibuk gosok mata. 


Pengalaman Dining At Meat Cartel Wangsamaju

Well ini sekadar pendapat aku as customer yang suka makan dan of cos aku menghargai setiap duit yang aku laburkan even aku jarang berkira bab makan. 

Dari segi kebersihan, layanan staff, rasa makanan tu okey tapi masih banyak room for improvement aku rasa dia boleh tengok.

Apa yang berlaku masa aku makan dekat sana ialah aku makan sambil mengalirkan air mata. Sumpah aku tak tipu. First time dalam hidup aku makan sambil menangis in public. Meja sebelah pun sama weh. Keluar air mata sambil tergelak.

Aku syak sistem pengudaraan restoran meat cartel Wangsamaju ada masalah masa tu. Segala asap keluar dari bahagian dapur, tapi asap tu tak nampak. 

Sedar-sedar mata kau pedih je. Aircond berfungsi dengan baik, tapi mata dan hidung aku terlalu sensitif sampai pedih dan keluar air mata. 

Bayangkan anak aku yang umur 3 tahun, 5 tahun dan 9 tahun makan dalam keadaan perit-perit manja begitu. Well budak-budak dia bukan tahu pun kan cuma sibuk la gosok mata. Seolah-olah seksaan dalam diam.

Sebelum tu kami duduk di meja bahagian atas tau. Tapi aku tak tahan aku ajak suami tukar meja ke bawah. Part paling kelakar bila aku ternampak family sebelah yang ada anak sebaya anak-anak aku pergi basuh muka dan mengeluh sebab tak tahan pedih.

Budak lelaki tu sampai nak lap mata dengan tisu alas burger ayah dia. Kami mak ayah ni pandang muka masing-masing sambil senyum tahan gelak. Kasihan tapi nak tergelak pun ada.

Ni aku bukan reka cerita mahupun nak burukkan restoran. Oleh sebab aku nampak staff dia baiki paip / saluran dekat bahagian atas aku assume dia orang pun sedar masalah tu. 

Tapi dia tidak la pula tanya pasal mata pedih, sementara kami tunggu makanan dihidangkan dia hanya tanya tentang aircond berfungsi atau tidak sahaja.


Kesimpulan

Ikutkan mulut aku nak complaint je tapi suami larang dan nasihatkan kami makan cepat-cepat dan terus beredar. Masa dalam kereta nak keluar dari parking, suami kata tak akan repeat ke sini melainkan dia selesaikan masalah pengudaraan tu.

Paling tak best baju kami anak beranak habis bau asap. Bau macam kau pergi makan dekat dalam food court. Dah lah lepas tu masing-masing pergi KL East Mall. Gasak kan. Itulah sajalah pengalaman aku ke Meat Cartel Wangsamaju.